Puak-Puak Amno Lupa Daratan
Jika diteliti kemelut perpecahan orang Melayu yang dilaungkan oleh Amno, ianya telah dimanipulasikan sepenuhnya oleh mereka sendiri berlandaskan prinsip, kononnya ingin membela ketuanan Melayu. Apakah itu benar?
Pemerhati politik bebas banyak membuat analisis, bagaimana perpecahan orang Melayu sebenarnya tidak begitu ketara, dan yang sedang mengalami perpecahan adalah Melayu dalam Amno itu sendiri. Ketika mereka menguasai hampir sepenuhnya kekuasaan dalam pemerintahan negara, seakan tiada ungkitan berkaitan perpecahan Melayu. Namun apabila kuasa semakin terhakis, Amno mula mencanang 'Bahawa Kuasa Melayu akan Hancur'.
Begitu mudah mereka membuat tohmahan. Tetapi apa nak dihairankan, kerana itulah dasar perjuangan Amno. Ketika berada dipuncak, mereka begitu lalai untuk mengukuhkan perpaduan Melayu. Hanya membela golongan 'Bangsawan' yang mementingkan 'Lubuk' mereka sahaja. Dan akhirnya Melayu bawahan menjadi bangsat dan melarat.
Siapa sebenarnya Amno?
Mereka juga merupakan golongan pembela. Tetapi hanya berkisar dalam lingkungan puak berkepentingan mereka sahaja. Sebagaimana sesetengah orang Melayu sedar, Amno dan BN hanya memberikan sekelumit kesejahteraan kepada rakyat, bak perumpamaan 'seluas lautan, masinnya yang sampai ke mulut rakyat hanya setitik sahaja'.
Begitu jauh jurang dan sudah lama menjadi amalan. Oleh yang demikian, ketika di kelilingi keselesaan mereka akan tersentak dan tercucuk punggung apabila berlaku sedikit kekurangan. Yang nyata kekurangan itu semakin ketara dari hari ke hari. Melayu sudah mula sedar dari lamunan, bahawa Amno bukan pejuang keamanan. Apatah lagi membela golongan yang terkurang.
Memang malang nasib Melayu. Apabila ada ketua, mereka tidak mempedulikan. Tetapi bila ketua mereka terantuk barulah turun ke bendang , hutan-hutan mencari penawar mengubat kesakitan. Rasanya sudah agak terlewat. Pemimpin Amno perlu merangkak kembali untuk belajar bagaimana menjiwai ketuanan Melayu. Jangan hanya pandai berpidato, dan menulis secoret rasa di kertas putih, tetapi hasilnya tidak seberapa.
Apa sudah jadi? Malah kini mula berbaik-baik dengan PAS, dan PKR. Tajuknya mahu bersatu demi Melayu. Akhirnya, dalam soal ini ...disaat nafas sudah semput, barulah memohon bantuan 'oksigen' daripada musuh sejati. Biarlah musuh sekalipun, inilah masa aku perlukan nyawa. Bukannya mereka tahu, bila segar nanti, aku akan gigit balik tengkok mereka. Hehehehehe!
Itulah rupa Amno.
Saturday, May 3, 2008
TAK HABIS-HABIS NAK JADI HERO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ye lah PAS je baik. PKR yang bagus. DAP pun lagi bagus. BAIK dan bagus menipu
Post a Comment