Sunday, May 18, 2008

BEGITU MUDAH???


Murahnya Nilai SPR dan Perdana Menteri Malaysia

Sebenarnya rakyat yang prihatin memang amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Malaysia, Pak Lah dalam soal penggunaan dakwat dalam PRU12 baru-baru ini. Dengan tidak semena-mena, beliau ditanya pasal dakwat oleh para wartawan dan dengan mudah pula Bodolah menjawab, "Keputusan SPR tidak menggunakan dakwat bukanlah arahan pihak kerajaan,".

Bagaikan wayang 'hantu lompat cina', sedangkan sebelum itu SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan dakwat tidak dapat diteruskan adalah disebabkan arahan pihak kerajaan yang menolaknya. Sebelum pergi jauh, cuba buat penilaian, janggal atau tidak dan siapa yang bersalah sebenarnya? (Mungkin ini satu lagi berkat doa, dan Allah telah melaga-lagakan sesama mereka).

Jika diteliti statment yang dikeluarkan oleh Bodolah, nyata ianya nampak sangat tersekat-sekat seolah-olah terpaksa mengeluarkan satu kenyataan untuk menyelamatkan keadaan. Beliau tidak menyedari impak yang besar sedang menanti hasil daripada kenyataan beliau itu telah mencetuskan satu lagi polemik dangkal ciptaan BN.

Kenapa seorang PM yang dipuja dan diagung-agungkan oleh rejim Amno itu bertindak seperti orang 'BODOH?'. Sedangkan statment itu sepatutnya dikeluarkan sebelum pilihanraya diadakan untuk menjelaskan segala kekusutan yang bersarang di pihak pembangkang.

Dapat ijazah dengan rayuankah PM kita semasa di Universiti dulu? Sehinggakan sukar memikirkan mana yang baik dan buruk untuk diberitau kepada rakyat. Banggang sangatkah beliau untuk memilih sesuatu isu itu akhirnya menjadi polemik yang menjerat pihak BN sendiri? Atau memang dah buntu sipemikir kolot itu?

Namun, biarlah ada sejuta percanggahan sekalipun, pelbagai pertindihan yang memalukan, memualkan, dan segala aksi lucu dalam setiap perlakuan serta perlaksanaan yang dibuat, ianya tetap relevan bagi pendokong BN. Alhamdulillah, dalam pada itu memang sudah ramai pun yang meninggalkan Amno dan BN, akibat kegagalan mereka membuat penstrukturan yang setimpal dan masuk akal.

Berkali-kali saya katakan bahawa lebih 62 tahun Umno dan BN mentarbiyahkan ahlinya sehingga kini, maka tidak hairanlah tahap pemikiran mereka semakin kolot dan gagal berubah. Luaran nampak hebat, namun dalamannya kosong bagaikan buluh betung.

Kita tunggu apa pula percakaran antara Bodolah dan Tan Sri raSHIT dalam hal ini. Yang penting kita dah tau....kalau dia sayang raSHIT tu dia belalah, tapi kalau benci dan menyusahkan...beliau akan humban macam 6 jahanam di bawah tuh!

3 comments:

kamarul said...

bersyukur lah sebab PakLah tak kuat. Kalau umno Kuat tak merasa lah nak memerintah kat kedah dan kena perintah kat penang, perak dan selangor. buat lah sembhayang syukur.

lagi satu kalau spr kata tu sama lah ngan kerajaan kata. sebab spr dibawah kuasa kerajaan. lagi mau bikin pening ke? manusia manusia suka sangat pandang BELAKANG dah tak nampak yang depan

Saiful Bahari said...

dunia semakin uzur......
manusia semakin jauh dari agama......

akhir umur dunia....
balasan allah beri diatas dunia.....
allah kupas niat jahat musuh-musuhnya..
allah aibkan manusia dihadapan seluruh makhluk didunia...
allah bungkaskan pakatan jahat musuhnya...
allah mengetahui apa didalam hati....

wallahu a'lam

pirah lah said...

hehehe,,senyum kambing!

Kamarulatartuk said:
"satu kalau spr kata tu sama lah ngan kerajaan kata. sebab spr dibawah kuasa kerajaan. lagi mau bikin pening ke?"....

nak tanya sikit...tak reti dengor TV3suku siar ulasan Bodolah ke? Atau buat2 tak paham..atau memang lu ni banggang?

Macamana lu ulas spr ngan Bodolah ulas sama...dah jadi isu satu dunia statement tak sama....badutlah hang ni kamrulatarturk