Friday, May 2, 2008

Jamry Sury Bermain Api


SYABAS MB PERAK

Ketika semua akhbar aliran perdana dan media elektronik milik kerajaan BN menghentam dan mengambil kesempatan dalam isu penatikan balik pertukaran Jamry Sury , Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), kita amat mengharapkan para bloggers terus memberikan liputan seimbang dan seadilnya berkaitan kes tersebut.

Ir. Mohd Nizar merupakan seorang Menteri Besar yang mempunyai kredibiliti serta perpewatakan sederhana, dilihat dieksploitasikan sepenuhnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno dan BN. Mereka hanya menunggu ada kes yang perlu diperbesarkan dan tidak berminat untuk mengulas serta membuat analisis tepat berkaitan sesuatu hal.

Hanya dengan cara itu sahaja mereka mampu mengoncangkan kedudukan PR di lima negeri yang gagal mereka kuasai selepas PRU baru-baru ini. Namun, syabas kita ucapkan kepada YAB Mohd Nizar yang begitu 'cool' dalam menangani isu ini.

Kita sedar, sebagai sebuah kerajaan negeri yang diberi mandat oleh rakyat, adalah menjadi tanggungjawab bagi ketua eksekutifnya menentukan kestabilan dan ketenteraman rakyat pimpinannya. Bukan sekadar bermimpi di siang hari menghenyut kerusi empuk di pejabat, MB di negeri Pakatan Rakyat adalah lebih toleran dan lebih telus dalam semua perkara, tidak sebagaimana terbukti masalah yang banyak timbul bagi negeri yang dipimpin oleh MB dari kalngan BN.

Sudah tentu kebijaksanaan Pemaangku Sultan Perak ada rahmat buat MB kesayangannya itu. Wajarlah Mohd Nizar menuruti apa jua nasihat yang dirasakan memberikan faedah kepada kesejahteraan negeri itu sendiri. Malah kita perlu sedar, bahawa segala pertimbangan yang dibuat oleh MB Perak itu bukan didorong oleh nafsu, tetapi semata-mata di atas sikap biadap Datuk Jumry itu sendiri. Dalam soal ini, kita tahu siapa sebenarnya yang kurang ajar dan apa sepatutnya diterima oleh beliau selaku kakitangan awam. Malah, sebagai penjawat awam, Jumry sepatutnya akur dengan aliran pentadbiran yang dilakukan oleh 'bos'nya dan bukan hanya menanguk di air keruh.

Biarlah ianya berlalu kerana perkara telah berlaku. Cuma ingatan kepada semua, kita lihat kebenaran berpihak di sebelah mana. Siapa yang akan melenting kepanasan dan siapa yang akan menelan segala kepahitan akibat kebodohan diri sendiri. Jika hendak dibandingkan kakitangan kerajaan negeri seperti di Terengganu yang diberhentikan terus, kita masih boleh memberi tabik kepada Mohd Nizar di atas keberaniannya itu. Syabas MB, dan Daulat Tuanku!

3 comments:

cybernetics mind said...

Assalamualaikum....insyaAllah segala2nya akan berpihak kepada kita. Tuanku hanya perlukan kenyataan/alasan2 bertulis dari YAB Menteri Besar tetapi yg dihighlightkan oleh mainstream media adalah isu "penarikan balik pertukaran" Dato' Jamry Sury.

MB kami adalah seorang yang tidak suka mendedahkan keburukan dan juga keaiban orang lain. Dalam majlis bersama Pegawai2 Awam beliau sering meminta mana2 Pegawai Awam yang melakukan kesalahan / penyelewengan agar "mengaudit" diri sendiri dan membuat penilaian/pembetulan pada diri sendiri dan bukannnya mengambil tindakan atau mengenakan sebarang hukuman ke atas Pegawai2 terbabit.

Saya telah dimaklumkan oleh Pegawai-Pegawai di Jabatan Agama Islam Perak bahawa "boss" mereka ni kurang memberikan kerjasama dan berbeza pendapat dengan YAB MB.

Khabarnya dalam satu Program Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Perak, YAB Dato' Seri Muhammad Nizar telah dinafikan haknya untuk berucap. Sesuatu yang tidak masuk aqal, seorang Ketua Eksekutif Negeri tidak menyampaikan sebarang ucapan di dalam majlis rasmi negeri. Program tersebut adalah program rasmi yang pertama setelah YAB Dato' Seri mengangkat sumpah sebagai MB Perak. Kehadiran orang ramai terutama Pegawai-Pegawai Awam cukup mengejutkan dan cukup luar biasa....mungkin kerana first time nak tengok MB Perak yang baru menyampaikan ucapan.

Semoga kebenaran itu berpihak kepada kita....InsyaAllah. Di atas dasar tanggungjawab maka saya rasakan perlu saya sampaikan maklumat yang ringkas ini. Setidak-tidaknya, iannya akan membantu kita menepis segala tohmahan yang dilemparkan.

pirah lah said...

Fuhhh lega sikit dpt penjelasan mcm ni..Takbir!

kamarul said...

dulu masa bn memerintah, kalau ada pegawai yang tak setuju dengan barisan nasional dikatakan bahawa itu adalah hak peribadi masing-masing. sekarang dah jadi pemerintah, ada yang tak setuju dengan mereka dianggap penentang. tunjuk contoh dulu baru cakap.