Saturday, May 3, 2008

MANA ROSOL WAHID???


Apakah pergolakan BN Terengganu masih parah?

Ketika berada di Bandar Kuala Berang, ana sempat bertandang ke majlis kesyukuran Exco Pertanian dan teknologi asas tani negeri, Rozi Mamat yang diadakan berhampiran pusat khidmat masyarakatnya di birai Sungai Berang. Ramailah jugak yang hadir, maklumlah makan percuma.

Terperanjat jugak tinjau punya tinjau atas pentas, nampak muka ang Mad Sejid Bujal...hehehe, MB Terengganu ler tu. Bukan main lagi kembang kempis..kembang kempis hidung abg Mad bila kena 'jek' oleh Rozi dan Tg. Putera (Kure) semasa berucap. MP Hulu Trg yang baru, Cikgu Mad Noor tersengih sumbang, sebab org tak jemput berucap. Sian dia...Tetapi ana tersentak gak sekejap, coz intai orang kuat Deris tak ada atas pentas. Bawah pentas pun tak ada. Takkan Rosol menyorok bawah stage kot...

Semua YB Hulu Terengganu ada termasuk musuh terkini abg Mad, iaitu YB Zawawi pun berada atas pentas. Kemana menghilang? Takkanlah takleh datang, sedangkan dalam masa yang sama tak sampai 2 jam sebelum itu Rosol melepaskan peserta lumba basikal Pra-Sukma.

Ana agak, Rosol dapat tahu abg Mad Said nak datang, dia cepat2 tutup phone, bimbang dihubungi AJK Umno bahagian. Kalau Kure, dah tentu tak ajak Rosol punya. Itulah situasinya pergolakkan Umno di Terengganu. Kalau baca akhbar arus perdana, dan tengok TV3 suku dan RTM janganlah caye 100% hal penyatuan Umno Terengganu. Makin parah, malah ada ahli Umno di situ sendiri berkata Umno Terengganu dah jadi macam Umno Kelantan.

Yang seronoknyer, ana tengok YB ADUN Kuala Berang. Dia asyik bertanya abg Mad je..sepanjang duk atas pentas. Buat2 senyum pun tak berapa menjadi. Maklumlah, orang dah bersalah: Dulu buat repot pasal org Mad Said tawar RM300k kalau sanggup jadi Exco. La ning...muka toyer jer, abg Mad layan buat2 tak dengor je. hahaha!

Oklah, itu saja sedikit sebanyak catatan yang ana dapat seharian di Hulu Terengganu hari ni. Kalau nak tau keputusan lumba basikal Pra-Sukma ...lihat kat scrollrelas kat atas tuh! Wasallam.

No comments: