Wednesday, September 24, 2008

AHLI UMNO: ADA KESEDARAN TAPI TIADA KEKUATAN


Mungkin 20 tahun lalu golongan Melayu di negara ini begitu bangga menjadi sebahagian daripada Umno. Apakan tidak- semuanya ketika itu berpaksikan Umno yang melaungkan slogan memperjuangkan nasib Melayu seantero Malaysia. Tidak ada parti lain yang mampu membela nasib Melayu selain Umno. Begitu gah bunyinya.

Sinonimnya Umno dengan orang Melayu hinggakan golongan ini begitu jumud dan amat takut untuk menyertai mana-mana parti lain, bimbang dilabel sebagai pembangkang. Dalam label itu, mereka hanya memikirkan nasib malang; bimbang ditindas, dipinggirkan, dan disabotaj dalam apa jua perkara


Namun, senario itu seakan berubah apabila meletusnya ‘tsunami’ Anwar Ibrahim lebih sedekad yang lalu. Walaupun sejak sekian lama, orang Melayu yang arif dan tahu keperluan sesebuah negara itu perlu ditadbir dengan telus dan berwibawa, hanya PAS sahaja yang begitu menonjol memperjuangkan itu semua. Bagaimana pun, ledakan ‘Anwarmania’ telah membuka banyak ruang pemikiran positif di kalangan bangsa Melayu itu sendiri.

Ada juga andaian yang mengatakan, ahli Umno bukannya tidak sedar akan keperluan mewujudkan sebuah negara di bawah satu kepimpinan yang telus dan bermaruah. Mereka juga sedar siapa sepatutnya yang patut memimpin negara ini. Namun, dengan desakan kehendak dan nafsu yang meluap, majoriti ahli Umno hanya berpaksikan kebendaan dalam menilai masa depan negara. Mereka lupa bahawa tuntutan agama mampu menjadi ‘payung’ kepada semua ‘kesesatan’ ciptaan manusia.

Penulis bukan mahu mengangkat martabat Anwar Ibrahim sebagai pencetus minda Melayu. Tidak juga berminat untuk mengupas masalah pribadinya, namun apa yang jelas, rakyat sedia menerima perubahan yang dicanang oleh beliau dalam memperkasakan rakyat.

Jika suatu ketika dahulu kaum Melayu hanya ‘merempit’ dalam lingkungan lubang tempurung, kini mereka semakin ‘glokal’. Manakala, lingkungan pagar Umno mula digigit sedikit demi sedikit sehingga putus, langsung membawa mereka keluar dari segala kejumudan tadi. Ramai yang tersentak dari lamunan menyertai konsep pemikiran Anwar, yakni sanggup berada dalam kelompok Pakatan Rakyat (PR). Begitu pun, masih ramai yang mewarisi mentaliti budaya berani tapi takut. Satu warisan Umno turun temurun yang banyak menyelamatkan para pemimpin agung mereka.

Ahli Umno memang hebat. Kenapa hebat? Kerana hanya mereka yang mengatakan mereka hebat. Orang lain pula ‘komang’ (bahasa Terengganu), tidak sehebat ahli Umno. Hayati dan telitilah Umno di mana-mana; MASA DEPANMU TERJAMIN DI BAWAH KEPIMPINAN BARISAN NASIONAL”. “UMNO PENYELAMAT BANGSA”. Hebat, bukan!

Bermakna orang Melayu dan rakyat negara ini akan hancur dan menderita jika ada satu kumpulan lain memerintah negara. Sebenarnya ahli Umno lupa dan tidak meneropong jauh sehingga ke Amerika Syarikat, walaupun mewarisi demokrasi ala negara Polis Dunia itu. Lihat bagaimana amalan demokrasi di sana. Biarpun dilabel sebagai sebuah negara paling jahat dan ganas di dunia, tetapi apabila tiba pertentangan dalam pilihanraya, parti yang bertanding bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak melampaui batas yang ditetapkan.

Cuba kita teropong ke seberang lautan pasifik. Tidak ada dalam sejarah Amerika Syarikat parti Republikan atau Demokrat berjaya memerintah selama mana yang Umno-BN memerintah di negara kita. Antara kedua-dua parti berkenaan, mereka saling mewarisi pemerintahan dan akan menerima nasib malang seandainya silap percaturan. Namun, Amerika tetap dianggap kuasa ekonomi dunia. Lihat pula negara Jepun, yang sering menyaksikan pertukaran Perdana Menterinya yang bertanggung jawab. Setiap inci kesalahan serta kelemahan sendiri atau yang dilakukan oleh anak-anak buahnya, pasti mereka akan melepaskan jawatan demi kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara.

Berbeza dengan minda Melayu Umno. Mereka bermatian mempertahankan batang reput walaupun masyarakat tahu ianya akan runtuh jua suatu masa nanti. Biarlah seteruk mana penderitaan rakyat, menjunamnya ekonomi negara dan rendahnya moral pemimpin, Umno tetap Umno. Pemimpin mereka tidak berganjak. Maklumlah, mungkin mahu menunjukkan kepetahan berpidato mempertahankan kedudukan masing-masing. Tahap yang menunjukkan betapa lemahnya tahap pemikiran mereka.

Dalam pada Umno mendabik dada dan bertungkus lumus mempertahankan maruah, kini muncul pula golongan ‘pencacai’ dalam parti mereka. Suasana gawat, sikap lawan tauke dan bercakap celupar di antara satu sama lain, begitu merungsingkan Pemimpin Tertinggi Umno. Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan berani apabila beliau meminta Pak Lah mempercepatkan proses peralihan kuasa. Ini menempelak Pak Lah yang kelihatan amat goyah dan tidak dipercayai ahli kabinetnya sendiri.

Kenyataan pedas naib presiden Umno itu menghiris hati Pak Lah. Malah, kenyataan Najib yang hampir senada dengan Muhyiddin turut mengerutkan dahi beliau. Belum sempat meleraikan isu Muhyiddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang menjaga hal ehwal kehakiman dalam kerajaan, Zaid Ibrahim turut mengeluarkan kenyataan membidas Pak Lah dan kerajaan yang menggunakan ISA terhadap orang awam.

Mungkin terpukul dengan kenyataan yang ‘biadap’ itu, Pak Lah termanggu seketika. Namun, percayalah, beliau tidak akan meletakkan jawatan. Itu pasti. Luahan Zaid yang hampir senada dengan pembangkang itu boleh memudaratkan keharmonian Umno. Bagi Umno, kenyataan benar biarpun pahit untuk ditelan adalah sukar untuk diterima. Sejarah telah membuktikan bahawa ahli Umno tidak ada kekuatan untuk mengubah kepimpinan. Akhirnya siapa sahaja yang berlagak hero, pasti akan menerima akibatnya.

Dalam Umno, jurang moral jelas kelihatan. Jika suatu ketika dahulu ramai golongan Melayu yang menjadi pemimpin ikhlas berjuang, kini mereka mengejar tampuk kepimpinan semata-mata kerana wang. Dua situasi berbeza, ‘berjuang’ dan ‘berwang’. Sukar sekali mencari keabadian dalam Umno. Mereka kena akui hakikat ini. Kalau tidak, masakan mereka menghadapi masalah dalaman yang hebat. Bagaimana mereka mahu ‘mentarbiyahkan’ ahli parti lain agar menjadi pengikut mereka?

Rentetan insiden dalaman Umno sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini mampu mengambarkan kepada umum bagaimana sindrom baru telah melanda Umno dan pucuk pimpinan atasan mereka. Mungkin orang menganggap itu Cuma luahan peribadi dalam sistem demokrasi mati Umno. Walau apapun istilah dan anggapan, ianya tidak lebih daripada sindrom ‘lawan tauke’ sebagaimana tanggapan masyarakat umum.

Tampak sedikit ada kesedaran di situ. Bagaimana pun apakah kesedaran itu cukup untuk menyedarkan pemimpin atasan mereka? Jika sekadar meluahkan tanpa melakukan reaksi susulan, ia tidak bermakna langsung. Hanya menjadi bahan ceita, kemudian sepi dibawa arus masa.

Penulis harap ahli dan pemimpin Umno yang mempunyai kesedaran mampu mengumpulkan kekuatan. Kekuatan yang bisa melunturkan kesombongan dan keegoan. Bukan sekadar berkata-kata kemudian menikus apabila sang ‘meow’ mengeluarkan kuku menghambat. Akhirnya apa yang kita dapat lihat hanyalah sekadar seekor tikus yang memecut laju menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa sang kucing tadi. Oleh itu, di manakah kredibiliti dan rasa tanggungjawab di atas segala kenyataan mereka. Sekurang-kurangnya jadilah hero seperti Zaid Ibrahim. Mungkin boleh menjadi ikon ahli Umno yang ada kesedaran dan mampu menunjukkan kekuatan.

baca selanjutnya...

Monday, September 22, 2008

16 Sept bersama Ahli Nujum Negara

1. " Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO yang mana PR.."
- Ahli Nujum Negara - " Mintak pada hamba !!,apabila sebatang kayu diletakkan didalam air,yang condong kebawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..
Sebabnya? " Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam sekarang,manakala PR makin tinggi kedudukannya
2. " Dua ekor anak itik yang baru menetas,yang manakah UMNO dan yang manakah PR ?.
- Ahli Nujum Negara- " Ini senang sahaja,kita letakkan kedua anak itik kedalam bekas berisi air,yang mengejar itulah PR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO.. Sebabnya?
Sebab didalam negara kita,musuh PR hanyalah UMNO yang patut kita kejar,bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!


3. " Ada sebuah Masealah,satu baaaanyak-banyak!!,dua sedikit-sediiiiikit !!,tiga Jarang-jarang!! ,empat kad-dang, kad-dang,apa itu ?
Ahli Nujum Negara - " UMNO !!! , Buktikan..
Satu Baaanyak-banyak ,ertinya ahli UMNO memang banyak dalam negara ini, dua sedikit-sediiikit, ertinya sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu,tiga jarang-jarang,ertinya jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan ,empat kad-dang,kad-dang,ertinya kad-dang,kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya..

4. "Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO,di keris nya kah? atau di jenteranya kah ?..
Ahli Nujum Negara - " Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya, "Dimana terletak kekuatannya?. " kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!! "Buktikan!! Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatan,iaitu toyol dari Media Prima,Toyol dari Polis serta Toyol dari Badan kehakiman..Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun telah hakikatnya mereka luka parah.
Biasalah ,UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata DSAI,jangan takut..LAWAN..LAWAN..
" Kalau Ahli Nujum betul bijaksana!! Apakah yang ada di genggaman beta ?...

.......DUIT !!.. kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO..

baca selanjutnya...

Wednesday, September 17, 2008

HYDROFUEL: JIMAT SEHINGGA 40%


Dalam kegawatan ekonomi dan harga pasaran minyak dunia tidak menentu, tentunya membebankan pengguna yang menggunakan kenderaan untuk kerja seharian.

Oleh itu, untuk meringankan beban, jalan penyelesaiannya adalah memasang hydrofuel di kenderaan anda. Jika PM (Pok Loh) melancarkan hydrofuel di KL dengan kos pemasangan RM900-RM2300 untuk sebuah kereta, kami hanya mengenakan caj sebanyak RM250.00 sahaja dengan fungsi yang sama.

Oleh itu apa tunggu lagi. Sebarang pertanyaan dan tempahan pemasangan, sila emailkan maklumat kepada yb_pmn@yahoo.com. Hanya yang berminat sahaja akan dilayan. Insyaallah jimat sehingga 40% penggunaan minyak. Tempoh pemasangan sekitar 1 hingga 2 jam sahaja.
Permintaan hanyalah untuk sekitar Kuala Trg, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu sahaja.

Harap maklum! Marilah kita berhijrah. Takbir..Allahu Akbar!

baca selanjutnya...

Monday, September 15, 2008

TAK JADI LOMPAT: BRAHIM ALI KEKAL RAJA KATAK


DUNIA FANTASI- 'RAJA KATAK' (YB IBRAHIM ALI) merupakan insan paling gembira setakat hari ini apabila tidak berlaku sebarang 'lompatan' daripada Ahli Parlimen (MP) BN ke Pakatan Rakyat sebagaimana digembar-gemburkan oleh DSAI.

Beliau yang diteropong oleh beberapa orang wartawan dari negara CIKODOK, mendapati sedang TERLOMPAT-LOMPAT kegembiraan akibat kegagalan acara lompatan tersebut. Ketika ditemuramah oleh kumpulan wartawan itu, beliau menyatakan bahawa beliau teramat gembira kerana masih mampu mengekalkan gelaran 'RAJA LOMPAT' atau lebih sinonim dengan YB KATAK LOMPAT.



Namun, apabila ditanya kenapa baru kini beliau berani bersuara, sedangkan perkara lompat melompat MP BN ke PKR sudah lama diperkatakan, beliau dengan senyum KATAK berkata, "kawe bimbe, kalu-kalu kecek banyok...MP BN jadi lompat- mako rekod kawe sebagai RAJO LOMPAT akan terhapus,".

BERAHIM RAJA KATAK juga dengan bangganya telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan PKR itu telah memperbodohkan rakyat negara ini. Bagaimanapun beliau lupa bahawa beliau juga merupakan salah seorang YB yang tidak ada pendirian.

Malah, untuk terus mengekalkan RAJA KATAK, Brahim sanggup membelit TGNA dengan pelbagai cara asalkan beliau diberi kouta sebagai calon MP di Pasir Mas dalam PRU12 baru-baru ini.

Apabila wartawan mempersoalkan dirinya sebagai seorang YB yang tiada kredibiliti, Brahim agak tersipu-sipu menjawab.

"Buat apo nak jadi YB yang ado kredibiliti. Cukup setakat pandai menipu dan berkecek mace aye seramo ...kiro OKlah tu. Tok Guru Nik Ajis pong kawe GORENG, takkan demo kato kawe takdok kredibiliti lagi," jelasnya sambil mengeluarkan lidah yang bergulung.

Menurut wartawan tersebut, Raja Katak itu kini boleh menarik nafas lega ekoran perkembangan terkini dalam pakatan rakyat. Malah, beliau diberitakan akan bercuti ke KOREA untuk melawat ladang KATAK terbesar di dunia sebagai melepas hajat dari segala peristiwa mendebarkan itu.

"Kawe raso nak gi melawat KoREa, tempat ternak katak terbesar di dunio. Kalu buleh kawe nak bagitau tokey kile tu, kalu dio nak ambik ambok sebagai bako (baka) katak terbaik dunia, bolehlah buat rundingan hargo," ujarnya lagi.

Dalam majalah KOBIS (bukan FORBES), RAJA KATAK ini dikatakan merupakan spesis terbaik (bahagian AUTA) di dunia. Disebabkan ciri-ciri itu, beliau sentiasa menjadi rebutan pengeluar katak dunia untuk dijadikan SUPER SUP KATAK OF THE YEAR.

baca selanjutnya...

Friday, September 12, 2008

ADIK YB AWI PERTIKAI PEMECATANNYA


Jalaluddin Ismail, salah seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Hulu Terengganu mempertikaikan pengugurannya daripada senarai AJK Bahagian dan mahukan penjelasan terperinci daripada Ketua Bahagian, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Beliau mempertikaikan dan mempersoalkan kenapa dirinya dan dua rakannya termasuk Setiausaha Bahagian turut dipecat oleh Ku Tera.

Jalalluddin Ismail, yang juga adik kepada ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail berkata, tindakan Ku Tera adalah keterlaluan dan tidak profesional.


Namun, dari pengamatannya ekoran tindakan dipecat itu, beliau merumuskan bahawa mereka bertiga dikenakan tindakan sedemikian kerana tidak menyokong pencalonan Ku Tera sebagai calon Ketua Bahagian dalam pemilihan nanti. Selain itu, Jalaluddin juga menganggap tidakan Ku Tera itu sebagai jalan menyekat system demokrasi yang sedang berjalan baik sekarang.

Beliau yang masih terpingga-pingga dengan tindakan itu melahirkan rasa tidak puashati, dan sedang merancang mencabarnya berdasarkan peraturan dalam perlembagaan Umno.

Menurut Perlembagaan Umno fasal 15.5 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya:

a) Ketua - 20%
b) Timbalan Ketua - 15%
c) Naib - 10%
d) Ahli Jawatankuasa - 2 Cawangan

daripada jumalah Cawangan yang sah dalam Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi 150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua.

Oleh yang demikian, tidak ada sebarang kesalahan baginya yang menyokong pencalonan Cikgu Mad Nong sebagai calon Ketua Bahagian menentang Ku Tera, berdasarkan jumlah undian yang diperolehi melebihi 20 peratus.

“Saya akan meneliti dan mengkaji perlembagaan Umno yang ada dan jika tidak ada sebarang kesalahan yang boleh disabitkan ke atas saya dan rakan-rakan, kita akan mencabarnya balik,” katanya sambil melahirkan rasa tidak puas hati.

Untuk rekod, pencalonan Ketua Bahagian Hulu Terengganu begitu sengit, di mana Ku Tera hanya mempunyai kelebihan 4 pencalonan, iaitu dengan 67. Manakala Mad Nong pula mendapat 63 pencalonan, yang dikira boleh mengugat kedudukan beliau selaku ketua bahagian nanti.

Sumber dalaman mengatakan, walaupun mendahului Mod Nong, Ku Tera dilihat tidak senang duduk apabila masih banyak cawangan yang turut mencalonkan lawannya itu. Baginya sebagai penyandang dan orang kuat Menteri Besar, cabaran sebegitu memalukan dan boleh menjejaskan tumpuan pemilihan pada November nanti.

baca selanjutnya...

Wednesday, September 10, 2008

DONGENG DAN SUMPAH ANWAR: UMNO JADI HARU BIRU


Cerita dongeng alaf baru; bak seorang penglipulara, Anwar Ibrahim amat berjaya mengolah cerita sehingga menjadikan Umno tunggang terbalik bagaikan kapal dihempas laut Samudera.

Tidak kira samada apa yang dinyatakan bakal ‘menjadi’ ataupun sebaliknya, yang pasti Umno tetap mengelabah. Kalau nak dijadikan perumpamaan, Anwar umpama kepulan asap yang amat ditakuti sang lebah (Umno). Walaupun asap itu tidak terus membunuh, namun kesannya amat menakutkan buat serangga itu .


Anwar Ibrahim; suatu ketika dahulu hampir berjaya ditenggelamkan daripada arus perdana politik tanahair. Umno-BN sendiri begitu yakin Anwar akan berkubur tanpa nisan dalam mengejar cita-cita politiknya. Bahkan, hasrat yang diluahkan beliau ketika merengkok di balik jeriji besi Sungai Buloh untuk kembali ke arena politik dianggap satu dongeng atau mimpi tak berkesudahan oleh pemimpin Umno sendiri. Mereka memandang hina dan begitu sinis terhadap Anwar. Bagi mereka, sudah ‘expired’.

Namun, kebangkitan Anwar begitu memeranjatkan. Satu persatu siri dongeng Anwar menjadi kenyataan. Ketika beliau meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan menguasai negeri-negeri utama di negara ini, ianya dianggap dongeng. Bagaimana pun ia telah menjadi kenyataan selepas pilihanraya.

Sedekad tersisih dalam arena politik, keyakinan pemimpin Umno semakin menebal bahawa Anwar tidak akan diterima rakyat. Impian beliau bertanding dalam pilihanraya dan kembali ke kerusinya di Parlimen juga dianggap dongeng. Biarpun dihentam segenap penjuru, dituduh melakukan liwat pusingan kedua, diwar-warkan bersahabat baik dengan Yahudi dan Amerika Syarikat serta pelbagai cemuhan yang pahit untuk ditelan, Anwar tetap menang di Permatang Pauh. Ramai pemimpin BN yang masih belum tersedar daripada mimpi dan terlupa mengucapkan tahniah kepada Anwar hasil kemenangan cemerlang di sana. Satu lagi siri dongeng Anwar menjadi kenyataan.

Kini, timbul satu lagi dongeng yang dianggap tidak masuk akal. Boleh dianggap dongeng ‘agung’ iaitu Anwar membentuk kerajaan PR menjelang 20 September setelah dianjak dari tarikh asal 16 September.

Samada dongeng itu mejadi kenyataan atau tidak, sekurang-kurangnya seluruh pemimpin BN terasa gerun (ngeri). Saban hari makan tak kenyang. Tidur malam bermimpikan Anwar. Mandi pagi terbayangkan Pakatan Rakyat. Malah, makan tengahari, begitu terasa tertelan ‘penumbuk’ Anwar. Begitu hampir Anwar dalam kamus hidup pemimpin Umno-BN. Paling ketara, Pak Lah begitu rajin berulang alik ke ‘seberang’.

Teringat sewaktu kecil dahulu, ataupun ketika menonton cerita hantu (langsuir). Kita dapat lihat bagaimana kebanyakan jalan ceritanya yang mengisahkan si polan yang jahat membunuh si polan lain kerana dendam atau sebagainya. Akhirnya, sebagai balasan, si mati akan menjelma sebagai langsuir yang sentiasa mengintai peluang membalas dendam terhadap musuhnya yang masih hidup itu.

Begitulah juga dengan Umno. Mereka bagaikan watak jahat dalam filem hantu yang diserang rasa bersalah setelah melakukan dosa. Hidup menjadi semakin tidak keruan apabila Anwar menjelma bagaikan langsuir yang saban waktu mengejar mangsa untuk membalas dendam. Lantaran, bila tiba waktu malam, bunyi angin bersiul sekalipun akan dikatakan langsuir.

Jika tidak diserang rasa bersalah, mengapa pemimpin Umno-BN begitu takut dengan Anwar? Seandainya Anwar tidak memberi kesan langsung kepada masa depan politik Malaysia, mengapa pula mereka begitu cakna dengan setiap pergerakan beliau. Persetankan semua itu. Apa istimewanya Anwar? Hebat sangatkah beliau sehingga seluruh pemimpin kerajaan terpaksa membuat kenyataan terhadapnya seorang?

Itulah buktinya. Dalam situasi rakyat dihamburkan BN tidak takut kepada Anwar dan PR, mereka semakin tidak keruan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah kelab penyokong kerajaan menghantar rombongan Ahli Parlimen mereka mengadakan lawatan serentak ke luar negara. Dalam bahasa mudah, orang kata ‘macam budak-budak’. Lucu, nakal, dan kadang kala tidak masuk akal pun.

Dalam pada mengatakan semua hal berkaitan Anwar adalah dongeng semata-mata, Umno terlupa mereka telah melakukan pelbagai tindakan dangkal. Pemimpin tertinggi mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan dan arahan yang mudah ditelah. Pemimpin Umno-BN cuba menjelaskan setiap kenyataan, namun rakyat lebih faham. Rakyat adalah hakim.

Begitu pun, mulut siapakah yang kita mampu tutup selagi ia menjadi milik manusia. Sekoyong-koyong melakukan kesilapan, pasti ada yang akan berbuih mulutnya untuk cuba menegakkan benang basah. Ianya satu hakikat yang nyata dalam Umno-BN.

Justeru, dalam semua kecelaruan dan keaiban, Umno seolah-olah sedang dimakan ‘sumpah’. Sumpahan yang payah ditangkis oleh ‘pawang’ Melayu dengan sekadar merenung air di buyung. Malah, mereka terpaksa menggunakan bomoh Cina, India dan tok batin dari Sabah dan Sarawak. Berjayakah mereka?

Semua orang sedang mentertawakan Umno yang begitu ‘mesra’ bersama parti komponennya. Hamburan kata-kata pedas kepada pihak lawan nampaknya terpalit ke muka sendiri. Harus diingat, pergelutan dan percakaran dalaman BN adalah lebih dahsyat daripada permusuhan mereka terhadap pihak pembangkang. Malah, itulah kelemahan ketara Umno sejak dahulu lagi.

Dalam situasi terdesak, pemimpin Umno sering mencanangkan segala yang berlaku adalah secara ‘kebetulan’ sahaja. Sekiranya ada kekalutan, mereka mampu menyelesaikannya dalam tempoh terdekat, walaupun memakan masa berdekad-dekad. Segala pergerakan dan percaturan Umno tidak ubah seperti lakonan daripada pelajar TADIKA yang mana jalan ceritanya sudah diduga sejak awal lagi. Agaknya, jika kita menonton opera Cina, dirasakan lebih seronok jalan ceritanya.

Kenapa agaknya belaku sedemikian rupa? Apa yang sedang melanda Umno. Mungkin juga Umno sedang melalui detik sukar akibat termakan sumpahan tadi. Para pemimpin dan ahli Umno sewenang-wenangnya melabelkan orang di luar Umno sebagai ‘sesat’, malahan dalam Umno sahaja yang mampu memacu rakyat dan negara ke arah kesejahteraan. Bagi mereka selain Umno, harapan rakyat akan berkecai. Itulah antara intipati kesombongan yang dibanggakan Umno-BN.

Mungkin ramai yang sedang membicarakan tentang kegagalan Anwar membentuk kerajaan sebagaimana diwar-warkan. Namun, kecekapan beliau menyusun propaganda dan strategi hamper melumpuhkan Umno-BN. Percakaran Umno sesama sendiri bersama ahli komponennya semakin menyerlahkan kewibawaan Anwar. Bagai ditatang, segala yang berlaku seolah-olah hasil perancangan licik Anwar sehingga para pemimpin BN bercanggah pendapat dan akhirnya berbalah sesama mereka.

Antara dongeng dan sumpah Anwar, kesannya memang ketara; Umno semakin haru biru.

baca selanjutnya...

Thursday, September 4, 2008

SIAPA BODOH: AHMAD ISMAIL ATAU NAJIB?


Seronok tengok gelagat dua orang pemimpin Umno. Satu orang 'besar' Umno Najibtantuya dan satu lagi Umno 'kecik' Datuk Ahmad Ismail yang semakin panas dengan isu kaum Cina sebagai pendatang di negara ini.

Paling kelakar dan mengelikan hati...belum pun tuan punya diri memohon maaf, Najib dengan muka toya...terus memohon maaf bagi pihak Umno. Kenapa? Rasa bersalah sangatkah beliau dengan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera itu?

Sepatutnya beliau orang nombor dua berkuasa dalam Umno-BN, boleh mengarahkan Ahmad Ismail membacakan teks yang disediakan oleh beliau untuk memohon maaf. Tetapi sekilas pandang, apabila berlaku sedemikian rupa, seperti ada sesuatu yang tak kena dalam Umno sekarang ini. Adakah Datuk Ahmad Ismail tak takut pada Najib atau sengaja nak lawan tokey?

Ataupun, Pak Lah kuat mempertahankan Ahmad Ismail sebab takut kalau kacau hal Umno Pulau Pinang, nanti nasib beliau di sana makin tenat. Kenapa timbul percanggahan antara Najih dan Bodolah Badawi.

Yang paling menghairankan, tiba-tiba sahaja tuan punya diri dengan kes ini membuat kenyataan bahawa beliau tidak perlu meminta maaf di atas apa yang berlaku memandangkan tidak ada apa-apa kesalahan yang telah dilakukannya.

Nampaknya, kena lagi Najib dalam soal ini. Ahmad Ismail dengan selamba mengeluarkan kenyataan sebegitu, sedangkan Najib belum subuh lagi dan buat kenyataan mohon maaf. Mungkin Najib nak jadi hero dalam soal ini, tapi hero cap kapak je kot!

Sebagai orang kuat Umno dan jika benar mendapat kepercayaan Pak Lah dalam pelan peralihan kuasa nanti, tentu Najib tak dipermainkan oleh orang Pak Lah sebegitu rupa. Dalam keadaan Bodolah mempertahankan Ahmad Ismail, Najib mohon maaf, bermakna dalam erti kata sebenar, Ahmad Ismail bersalahlah.

Apa-apapun kita sama-sama tunggu dan lihat macamana Umno nak kenakan tindakan terhadap orang kuat Umno Pulau Pinang itu. Bertambah botaklah nampaknya Najib nak pikir dan selesaikan lagi satu masalah. Jangan mati kerana rambut gugur dah ler Pak Najib oiiiii!!!

So, di sini siapa yang bodoh? Ahmad Ismail atau Najib?....Pak Lah boleh jawab kot!

baca selanjutnya...

Monday, September 1, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith

Puasa Ramadhan tidak boleh dimulakan dengan berpuasa sunat atas alasan ingin menyambut ketibaan Ramadhan. Namun, jika seseorang individu itu telah biasa dan memang mengamalkan berpuasa sunat di dalam hidupnya, maka individu ini tidak
ditegah untuk berpuasa sunat walaupun puasa sunat yang dilakukannya adalah pada sehari atau dua hari sebelum kedatangan Ramadhan. Malahan, hal seperti ini dibolehkan di dalam Islam. Misalnya, jika seseorang itu telah biasa berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Ramadhan pada tahun itu jatuh pada hari Selasa, maka individu itu dibolehkan meneruskan puasa sunatnya sebagaimana lazimnya.

Namun jika individu itu sengaja melakukan puasa sunat sedangkan itu bukanlah kebiasaan amalannya, maka puasa seperti ini adalah diharamkan kerana ia dikatakan sebagai mendahului ibadat puasa Ramadhan. Walaupun ada segolongan individu yang berpendapat puasa seperti ini sebagai satu penghormatan untuk menyambut ketibaan Ramadhan tetapi Rasulullah SAW sendiri menidakkan dalil yang sebegini dan menegah sama sekali amalannya.

Terdapat segelintir golongan bukan Islam yang berpendapat ibadat puasa ini tidak lain daripada meletih dan menyeksakan lantaran pantang larang yang perlu dipatuhi, namun pendapat-pendapat sebegini mula terhakis berikutan penemuan dan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa puasa adalah satu amalan yang baik bagi menjamin tahap kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhannya.

Di samping menerangkan kepada mereka tentang konsep sebenar ibadat dalam Islam, kita sentiasa digalakkan untuk memperbaiki dan menambah amalan dari semada ke semasa terutamanya di dalam bulan Ramadhan ini. Ibadat utama dalam Ramadhan ialah untuk mengerjakan puasa.

"Barangsiapa tidak membulatkan niatnya berpuasa sebelum fajar (subuh), maka tidak ada puasa baginya." - HR Ahmad & Ashabus Sunan

Awal puasa ialah berniat untuk mengerjakan ibadat tersebut.



Niat puasa terbahagi kepada dua iaitu:

Berniat setiap malam sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang berkeinginan untuk berpuasa, wajib menyatakan niatnya; Berniat pada awal bulan Ramadhan sebelum datangnya waktu Subuh - seseorang yang ingin berpuasa pada bulan tersebut, wajib menyatakan niatnya untuk berpuasa selama satu bulan Ramadhan.

Kedua-dua pengertian ini boleh diterima pakai, namun bagi mendidik anak-anak kecil berlatih berpuasa, lebih wajar jika kaedah yang pertama ini diterapkan kepada mereka. Manakala kaedah yang kedua pula lebih mudah dan meringankan Seseorang yang akan mengerjakan ibadat puasa selama sebulan Ramadhan, memadai jika menyatakan niat puasanya sekali pada malam pertama Ramadhan. Jika niatnya dinyatakan setiap malam, maka hal ini dikategorikan sebagai sunat dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Selamat Berpuasa dan wassalam.

baca selanjutnya...