Saturday, May 31, 2008

JADUAL SUKMA TERTUNDA


Penganjuran Sukma Makin Kelam Kabut

SELEPAS dihidangkan dengan situasi kelam kabut sepanjang penganjuran Sukma ke XII menjelang majlis perasmian hari ini (31 Mei 2008), pihak penganjur dilihat semakin berserabut dengan masalah jadual pertandingan pula.

Terkini masalah penjadualan pertandingan melibatkan permainan hoki wanita. Ketika bahang saingan membara untuk dimulakan, perlawanan hoki wanita yang akan dilangsungkan di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 1 Jun 2008 (Ahad) terpaksa ditunda lewat sehari daripada jadual asal berikutan masalah tiada bekalan air pancut menyirami padang.


Menurut sumber, ketika taklimat post-mortem perlawanan pembukaan hoki lelaki di Padang Hoki Kompleks Gong Badak, Setiausaha Persatuan Hoki Malaysia (PHM), Hashim Mohamed Yusof berkata, beliau terpaksa menghadapi serangan pihak media akibat perlawanan di Batu Buruk terpaksa ditangguhkan.

Katanya, perkara itu tidak dapat dielakkan akibat pemancut air yang akan digunakan, gagal disiapkan oleh pihak kontraktor yang berkaitan.

Secara keseluruhannya, kecacatan itu telah mencemarkan imej Terengganu sebagai penganjur Sukma kali ini. Sedangkan, perkara remeh tersebut sepatutnya sudah diselesaikan sebulan lebih awal. Perkara tersebut turut disahkan sendiri oleh MB Terengganu ketika ditemuramah oleh RTM selepas majlis menaikkan bendera hari ini.

Tinjauan Wartawan Buletin Online tiga hari sebelum majlis perasmian turut menceritakan betapa daifnya persiapan yang dilakukan di Stadium Hoki Batu Buruk itu (lihat gambar). Manakala tinjauan juga dilakukan di dalam stadium utama Kompleks Gong Badak, iaitu sekitar 9 jam sebelum majlis perasmian diadakan, menunjukkan pekerja kontrak masih bertungkus lumus menyiapkan garisan dan nombor di atas trek.

Segala kepincangan dan masalah teknikal yang berlaku disepanjang penganjuran Sukma kali ini menunjukkan betapa pihak bertanggungjawab gagal menyelesaikan masalah tersebut pada tarik yang sepatutnya. Semuanya itu akan menjadi catatan dan buah mulut semua orang termasuk delegate dan kontigen yang hadir.

baca selanjutnya...

Friday, May 30, 2008

LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH SWT...

Kita terlalu kerdil di sisiNya

Saksikan panorama Taufan Nargis daripada email sahabat kita...dan cubalah kita renungkan apakah tujuan kita diutuskan oleh Allah SWT ke dunia fana ini.

Cyclone hit Burma and surroundings -?very graphic.. not for faint-hearted...
THIS?IS VERY GRAPHIC.... BUT PEOPLE NEED TO SEE THIS TO TRULY UNDERSTAND THE FORCE OF NATURE

baca selanjutnya...

Wednesday, May 28, 2008

EZAM: BANDUAN TULEN YANG MUNAFIK???


Ikon Pemusnah Bangsa

KITA Umat Islam yang cintakan kesyumulan Islam itu sendiri tidak perlu gusar dan bersedih dengan 'rejoin' Ezam ke dalam Amno.

Ezam bolehlah diibaratkan sebagai seorang banduan tulen yang yang Munafik...

Kenapa aku gelar dia munafik, sebab paling utama adalah melalui kata-kata beliau selepas melepaskan jawatan Ketua AMK PKR, dan beliau pernah juga menyatakan dihadapan TGNA bahawa dalam semua PArti Politik yang wujud negara ini, hanya PAS sahaja yang boleh dipercayai.

"Selepas saya perhatikan secara mendalam kedudukan Parti Politik di tanahair, saya percaya PAS adalah parti politik yang boleh dipercayai berbanding dengan parti lain termasuk PKR.

"Tidak ada pemimpin parti lain yang begitu bersungguh-sungguh berjuang untuk menegakkan keadilan melainkan PAS. Dan lihat sahajalah para pemimpin mereka yang sanggup berkorban demi menegakkan, Islam, perjuangan dan keadilan,"... macamtulah kata-katanya.

Kini, setelah mengangkat PAS sebagai yang terbaik, kenapa beliau masuk kembali Amno?? Adakah beliau seorang munafik yang hanya pandai berkata-kata?

Rasionalnya: Jika beliau memperjuangkan keadilan, beliau tidak akan bermuka-muka di hadapan muryid kesayangan ahli PAS itu semata-mata inginkan publisiti murahan.

Bekas sahabat karibnya, Cikgu Fariz Musa ketika diminta mengulas tentang kemasukan semula Ezam kepada Amno berkata, itu adalah haknya mutlak beliau. Malah PKR tidak merasakan apa-apa kerugian dengan 'rejoin' Ezam itu.

"Kita tak ada apa-apa lagi kepentingan dengan Ezam, dan beliau sendiri tidak bersama dengan kita sudah begitu lama. Bagi PKR, selepas beliau keluar dari parti ini, bermakna Ezam sudah tidak ada apa-apa lagi.

"Buat apa kita nak mempertahankan beliau. Itu haknya untuk menyertai mana-mana parti. Malah semasa dan sebelum pru sekalipun, beliau tidak ada hubungkait dengan PKR pun," kata Fariz lagi.

Wallahuaallam!

baca selanjutnya...

Tuesday, May 27, 2008

SEBULAN BERLALU....

Terima kasih Sahabat & Akhi GB

KINI telah sebulan berlalu, dan aku melepasi fasa pengenalan laman blog PISAU TOREH yang dibangunkan untuk bersama-sama para bloggers lain yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan dalam negara demokrasi mati kita ini.

Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger yang baik, dan saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari dalam menjadikan blog ini satu blog yang berfaedah. Jika selama ini saya kurang yakin dengan sambutannya, tetapi alhamdulillah setelah dipromosikan selama seminggu di forum TKO, blog ini sudah boleh berdiri sendiri dan saya percaya ianya mempunyai peminatnya tersendiri. Dan 18000 lebih pengunjung dalam sebulan membuktikan sokongan semua!

Buat semua pengunjung, saya selaku penulis mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan, kritikan dan idea yang bernas. Sebenarnya saya memerlukan banyak kritikan yang boleh membantu saya meneruskan coretan yang bermutu. Malah, pengalaman menulis di akhbar akan saya aplikasikan sepenuhnya di sini untuk dikongsi bersama.

Tak lupa ribuan terima kasih kepada akhi GB dan sahabat di kelab GB yang banyak menyokong. Tanpa kalian, YB_PMN tentu sukar bernafas. Buat semua, teruskan perjuangan menegakkan Islam. TAKBIR!

baca selanjutnya...

BAJU KELAB GB (TKO.fm)..muslimat




baca selanjutnya...

BAJU KELAB GB (TKO.fm)...lelaki




baca selanjutnya...

Monday, May 26, 2008

BAJU KELAB GB (TKO.fm)


Warna baju adalah orange....

baca selanjutnya...

Sunday, May 25, 2008

SYABAS CIKGU FARIZ MUSA


Masih setia Bersama PKR

LIPUTAN saya ke atas laporan polis yang dibuat Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa atas ajakan sahabat penulis (harakah) telah menemukan saya kembali dengannya. Dah lama jugaklah tak ketemu dgn Cikgu Fariz ni. Maklumlah dia dah ada tanggungjawab besar sekarang, lebih-lebih lagi sejak menyandang jawatan Timbalan AMK PKR Pusat.

Bila lama tak bersua muka, tentulah timbul perasaan nak bersembang macam dulu, maklumlah masa mula-mula berjuang dulu banyak masa bersama. Alhamdulillah, ingatkan dah tak perasan, tetapi bila selesai membaca kenyataan akhbarnya berkaitan laporan polis ke atas geng 6 jahanam, beliau menyapa saya, dan kami bersalam erat.

Wah! Makin bersemangat Cikgu Fariz sekarang ni. Saya adalah tanya macamana perkembangan? Jawabnya, macamnilah sibuk selalu. Banyak habiskan masa di Kemaman (tempat beliau jadi calon MP) dan di sekitar Marang (kawasan kampung dia lah tu).

Mung kerje mende la ning? Saya bertanya..."buat masa sekarang, aku tanam semua anggur-anggur yang ada," katanya bermaksud (menggangurlah tu). Hehe..padan muka, nak sangat berhenti jadi cikgu, la ni ...nah! Tanam anggur. Kalau menang PRU baru-baru ini bolehlah elaun sikit, kan!

Namun, disebalik tekanan yang diterimanya, saya yang mengenali beliau sejak mula Dato' Anwar 'dikenakan' oleh Chet Det, Cikgu Fariz seorang pejuang tulen. Jauh dalam sudut hati, saya tabik kepada beliau yang boleh dikatakan hampir tinggal keseorangan memperjuangkan keadilan melalui PKR. Orang yang ada yang datang dan ada yang pergi.

Seorang bekas guru yang ditendang sesuka hati oleh kerajaan BN. Merangkak di Sekolah Orang Asli Sungai Pergam di Kemaman, kemudian dihantar pula ke SK C di Negeri Sembilan telah membuatkan jiwanya semakin hebat. Beliau tidak menyesal tidak dinaikkan ke DG41 w/pun sudah lama memegang segulung ijazah. Kini beliua menumpukan sepenuh masa dalam AMK PKR...syabas Cikgu Fariz.

Insyaallah, suatu hari anak-anak murid cikgu akan kenang dan mungkin bangga bahawa bekas gurunya telah menjadi Menteri atau timbalan Menteri Pelajaran Malaysia apabila Pakatan Rakyat Menang dan menguasai Kerajaan Persekutuan. Insyaallah!

Tabik Cikgu Fariz.

baca selanjutnya...

Contoh Baju dari wan_mt




baca selanjutnya...

Warna Baju dari Din Melaka




baca selanjutnya...

AMK BUAT LAPORAN POLIS


Laporan di Balai Polis Kuala Terengganu.

25 mEI 2008
Kenyataan Media Ketua AMK Terengganu
Fariz Musa

KLIP VIDEO V.K.LINGAM:
Siasat Segera Dr, Mahathir Mohamad dan lima individu lain lagi.

Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu hari ini telah membuat laporan polis terhadap individu-individu berikut:




1. Dr, Mahathir Mohamad
2. Tengku Adnan Tengku Mansor
3. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
4. Eusoff Chin
5. Vincent Tan
6. V.K.Lingam

Laporan inidi buat berdasarkan laporan Suruhanjaya Siasatan Klip Video Lingam yang telah menyatakan bahawa individu-individu di atas terlibat di dalam mengatur perlantikan hakim-hakim kanan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa terdapat cukup sebab untuk mengambil tindakan di bawah beberapa peruntukan undang-undang terhadap sebahagian daripada mereka.


Laporan polis ini bertujuan untuk membolehkan Polis DiRaja Malaysia membuka kertas siasatan dan menyiasat segera individu-individu terlibat, seterusnya mengemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan mestilah dimulakan segera tanpa bertangguh bagi memulihkan keyakinan rakyat dan dunia terhadap sistem kehakiman negara yang merosot teruk sejak kebelakangan ini. Sekiranya terdapat bukti yang cukup untuk mendakwa mereka di mahkamah, ia perlu segera dilakukan. Proses perbicaraan akan membolehkan tahap sebenar barah dalam sistem kehakiman ini dikenalpasti dan tindakan perlu diambil untuk menghentikannya dan memulihkan nama baik sistem kehamkiman. Sekiranya individu tersebut bersalah, maka proses siasatan dan perbicaraan yang adil akan dapat membersihkan nama mereka.

AMK negeri Terengganu menggesa pihak polis dan peguam negara bertindak tanpa rasa gentar atau pilih kasih di dalam menangani kes ini. Meskipun individu yang terlibat berkedudukan tinggi, keadilan mesti dilihat oleh rakyat telah dilaksanakan terhadap semua orang secara adil.

Harapan Baru Untuk Malaysia
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu.

baca selanjutnya...

Design logo baju kelab TKOfm






Design 1















Design 2


baca selanjutnya...

Saturday, May 24, 2008

IDRIS JUSOH TIDAK MAHU MENYERAH KALAH


Tidak Mahu Letak Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Trg.

MANTAN Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh diberitakan tidak mahu mengalah dan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu. Walaupun konsep dan tradisi Pengerusi Perhubungan Negeri kebiasaannya akan menjadi milik Menteri Besar secara automatik, ianya tidak sama sekali berlaku di Terengganu selepas krisis MB selesai.

Sebagaimana spekulasi yang diperkatakan kebanyakan masyarakat tempatan, Idris terus bertahan berdasarkan 'arahan' daripada bosnya di Putrajaya. Ini mengambarkan dendam kesumat Bodolah Badawi terhadap Ahmad Said. Ini juga bermakna secara tersiratnya, Idris dan Bodolah masih ingkar terhadap Istana Terengganu yang telah memilih Ahmad Said sebagai MB. Walaupun Istana Terengganu tidak ada hak terhadap perlembagaan parti politik, namun lakonan BN Terengganu jelas membelakangkan hasrat MPPR.

Dengan penjelasan Idris itu, ia seolah-olah menunjukkan bahawa kemelut BN Terengganu semakin parah. Ahmad Said sekarang berada dalam situasi "Umno-Pembangkang", maknanya badan Umno tetapi jiwa pembangkang.

Penjelasan Rosol Wahid selaku SU Perhubungan negeri bahawa tidak berlaku perpecahan dalam Umno Terengganu juga bagaikan golongan munafik yang bercakap lepas tanpa memikirkan kesan langsung terhadap kepimpinan MB baru itu. Keangkuhan Idris dan konco-konconya yang memang boleh diklaskan sebagai 'samseng' begitu jelas sekali.

Tindakan mereka itu dilihat sebagai balasan dan tekanan terhadap Ahmad Said. Harapan golongan penderhaka ini agar MB itu akan terus merasa tertekan dan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat. Namun, beliau lupa bahawa dalam sesuatu kes sebegini, dalam ketahanan Ahmad Said bertahan, lama-kelamaan penyokong Amno sendiri akan melontarkan rasa benci kepada Idris dan kumpulannya itu.

Akhirnya, beliau pasti akan menerima aib ekoran kebebalannya mengkaji taktik pemimpin tertinggi Amno yang hanya akan melepaskan tangan apabila keadaan lebih memihak kepada Ahmad Said kelak. Sama-sama kita saksikan....kehancuran Amno semakin jelas!

baca selanjutnya...

MALAYSIA TERUS BERPUTIH MATA


Sikap Acuh Tak Acuh Pemimpin BN Membawa Padah

SELURUH dunia sudah mengetahui bagaimana Malaysia Kalah dengan pukulan 'TKO' ditangan Singapura (Baca Singapork) ke atas tuntutan Pulau Batu Putih di Penghujung Tanjung Pengerang Johor.

Tidak kiralah apa jua rasional mahkamah antarabangsa (ICJ) dalam pengulungan hujahnya, hakikatnya negara kita tewas lagi di tangan negara mini Yahudi, Singapork. Memang Malaysia sebuah negara malang di mata rakyatnya sendiri. Tidak perlu kita menuding jari menyalahkan orang lain, dalam hal ini, kita hanya perlu melihat peranan Amno dalam menangani kes ini. Adakah kerajaan BN yang bersalah?Sejak sekian lama, seingat saya sewaktu isu Pulau Batu Putih ini dibangkitkan, rasanya adalah daripada pihak PAS di sekitar tahun 1990 an, atau mungkin lebih awal dari itu lagi.Masih terngiang-giang di telinga pada tahun 1991, ketika saya masih menuntut di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Baharu, saya ada terlibat dalam satu ceramah Haji Mohd Sabu di Dewan Dato On, Larkin. Ketika itu Mohd Sabu begitu bersemangat menyampaikan ceramahnya bertajuk, "Selamatkan Pulau Batu Putih".

Mungkin pada hemat saya pada masa itu pihak berkuasa Singapork sudah mula memainkan peranannya untuk menguasai Pulau Tersebut. Diberitakan mereka mula mengawal Pulau itu dan mendirikan penempatan untuk tentera mereka berkawal. Malangnya, rejim Amno hanya mendiamkan diri dan tidak sedikit pun memberi amaran kepada Singapork. Hanya penceramah PAS yang ke hulu dan ke hilir mempertahankan Pulau Batu Putih.

Peranan Amno pula ketika itu adalah mengeluarkan kenyataan dengan membidas balik usaha yang dilakukan oleh PAS, sedangkan ia merupakan perjuangan melambangkan kedaulatan negara ini. Malah, ada di antara eramah-ceramah tersebut diganggu oleh puak-puak Amno yang tidak senang duduk dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak PAS.

Hasilnya; itulah pegangan Amno dan BN dalam soal Pulau Batu Putih. Mereka tidak berjuang sebagaimana mereka berjuang untuk mengekalkan Terengganu di bawah pemerintahan BN, mencari ruang untuk mengambil balik Kelantan dan pelbagai lagi yang mengambarkan bahawa perjuangan itu mempunyai agenda pribadi yang jelas akan memberikan kekayaan kepada mereka berbanding Pulau Batu Putih.

Ungkapan lesu dan aksi selamba kepimpinan BN menunjukkan bahawa mereka sudah awal-awal lagi tahu apa keputusan yang bakal diterima daripada ICJ di The Hauge, Belanda.

Kini rakyat boleh membuat perbandingan, siapa yang benar-benar memperjuangkan kedaulatan negara; samada PAS atau BN. Malaysia bukan sahaja tergadai Pulau tersebut, tetapi sudah banyak kehilangan maruah kepada negara mini Yahudi itu dalam banyak hal. Tak perlulah saya rungkaikan di sini kerana kita sememangnya tahu apa yang sudah tergadai kepada Singapork. Hanya satu yang boleh menyelamatkan negara, iaitu Pakatan Rakyat.

baca selanjutnya...

Wednesday, May 21, 2008

BRAVO EZAM...



Bakal Pemimpin Umno Paling Berkesan?

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada saudara Ezam Mohd Nor di atas 'kejahilannya', sekiranya beliau menyertai semula Amno. Sesuatu yang sudah saya agak sejak sekian lama. Namun, pada firasatnya, beliau terlalu malu untuk berbuat demikian lebih awal disebabkan kesungguhannya menentang kemungkaran dan korupsi.

Kini segalanya terungkai dan sudah jelas kepada kita, siapa Ezam sebenarnya. Walaupun beberapa kali bertemu dengannya, dan beliau pernah memberikan kata perangsang, "Teruskan Perjuangan", akhirnya beliau sendiri tewas di gelanggang nafsu sarakahnya yang belum tertunai.

Beliau tidak tergamak untuk kembali ke Amno bukan kerana benci, tetapi hanya berdasarkan rasa malu kerana berjuang untuk keadilan, kononnya. Setelah gagal meletakkan tapak kepercayaan terhadap PKR dan Anwar ibrahim, beliau kini memilih masa yang dianggap menasabah untuk kembali semula kepada Amno.

Pertama, dalam keadaan Amno bercelaru, kemasukkan beliau tidak banyak diperkatakan,memandangkan terlalu banyak perkara besar yang sedang melanda Parti itu.

Kedua, inilah masa yang sesuai untuk menyelit diri sebagai orang berpengaruh dengan mendampingi pemimpin yang tersepit, terutamanya Bodolah. Malah, PM sendiri tidak mampu menolak hasrat Ezam bagi mengimbangi kekuatan Anwar pada masa ini.

Ketiga, Pak Lah tersenyum lebar kerana jerat akhirnya terbingkas dan hasilnya adalah seekor pelanduk yang diidamkan. Otak pelanduk tidak akan direbus buat sementara, kerana ianya akan digunakan untuk merencanakan beberapa agenda jahat (yang pasti nampak baik), bagi menjahanamkan PR dan musuh-musuh politik dalamannya di Bank Najis.

Ezam juga meramalkan pilihanray umum akan datang pasti lebih cepat berbanding dengan yang lalu. Oleh itu sekiranya lambat menyelit, maka beliau tidak berpeluang melobi lebih awal sebagai calon MP.

Dan pastinya, Ezam tentu sudah seminggu bergelar jutawan dengan kesudiaannya 'rejoin' amno. Malah, kepadatan kantungnya bagaikan satu penawar di atas segala kepayahan dan kehinaan semasa berada di KEMTA. Curahan wang ringgit dan juga gelaran yang bakal menyusur sudah pasti tidak mampu ditolak bagi orang yang tidak beriman sepertinya itu.

Saudaraku Ezam....
Sungguh rendah nilai dirimu dalam mengadaikan maruah dan perjuangan sebagaimana engkau dijadikan IKON selama ini. Sudah tentu ramai juga rakan seperjuangan tersentak di atas kerapuhan pegangan serta nilai sejagat yang tinggi, lenyap begitu sahaja dari belenggu hidupmu.

Apa jua ulasan, pastinya Ezam tetap Ezam. Kini, kita hanya mampu menunggu dan mendengar apa jua kutukan, penghinaan, dan tohmahan yang bakal diluahkannya kepada PR, terutama PKR. Namun, awas tidak mustahil juga ramai lagi pencacai PKR yang tidak berpendirian akan mengikut jejak langkah SI KEPARAT ini nanti. Apa yang paling malang; pendokong GERAK itu akhirnya menjadi pendokong BERAK yang setia.

Namun, semua itu spekulasi....dan kita tunggu apa berlaku selasa nanti.

Selamat berjaya sahabatku!

baca selanjutnya...

MENGAKULAH UMNO


Sebagai Sebuah Parti Haprak Melayu

Mengapa Parti Umno sentiasa dilanda 'Tsunami'?
Mudah sahaja...kerana Umno merupakan sebuah Parti HAPRAK bagi orang Melayu. Atau dengan perkataan lain, ianya adalah sebuah Pertubuhan yang telah 'dialibabakan' oleh sekumpulan MamakKuty yang mempunyai agenda tertentu dalam memusnahkan kewibawaan kredibiliti Melayu Tulen.

Mungkin anda tidak setuju, dan saya tidak pula menyatakan maksud itu 100% pun. Dengan kedudukan kritikal Umno buat masa ini, serta sejarah pergolakannya yang tidak pernah surut, maka wajarlah orang Melayu berhijrah beramai-ramai ke 'bulatan' PAS yang benar-benar memperjuangkan Ketuanan Melayu. Malah PAS sama sekali tidak pernah mendabik dada mengatakan Parti itu hanya untuk Melayu, malah ianya terbuka untuk semua kaum asalkan ia merupakan seorang Islam. Dan kini sudah terbukti ia relevan untuk semua kaum di negara ini.

Kemelut yang melanda Amno sekarang begitu memalukan. Dalam pada Amno sedang bergelut memperbaiki imejnya yang rosak teruk akibat perlakuan sumbang pemimpinnya dalam salah laku seks, rasuah, dikaitkan dengan pembunuhan, pecah amanah, perebutan kuasa tanpa had, dan cantas mencantas menuju puncak, kini mereka dikejutkan dengan masalah keluar parti beramai-ramai pula.

Begitu aibnya padah yang terpaksa mereka terima. Malah perpecahan yang berlaku sepanjang masa dalam Amno begitu memualkan untuk diadili oleh rakyat negara ini telah membuka satu ruang untuk mereka menolak Amno secara total.

Jika tidak kerana kuasa yang ada dan pengaruh atau peranan wang ringgit, sudah lama parti HAPRAK orang Melayu itu layu. Bukan setakat layu, tetapi berkubur tanpa nisan. Selama 62 tahun melakukan kerja 'membekukan' pemikiran rakyat tanpa sempadan (GLOKAL), Amno bukan wadah sebenar perjuangan orang Melayu, tetapi ia menjadi 'DADAH' terbesar kaum ini sehingga berjaya 'MENCANDUKAN' orang Melayu dalam khayalan.

Sepatutnya sudah lama orang Melayu berpijak di bumi nyata, bukannya terus dikhayalkan oleh janji manis Amno yang palsu. Kononnya beteraskan Ketuanan Melayu, parti ini sudah menjadi sebuah Syarikat SDN. BHD. bagi sesetengah golongan berpengaruh mengaut keuntungan peribadi dan keluarga. Ia adalah lubuk kemewahan untuk memperdagangankan 'maruah' dengan menjadikan orang Melayu sebagai barang dagangan tanpa belas ihsan.

Maka dalam situasi khayal itu, golongan yang berada dalam 'Bank Najis' ini dibuai gelombang sepanjang masa, sehinggakan mereka tidak merasakan gelombang ganas 'tsunami' yang melanda itu sebagai satu bencana.

Bayangkanlah! Tidak ada satu badan bebas pun yang tidak dikawal oleh mereka untuk kepentingan golongan berpengaruh dalam Amno. Semuanya menjadi liabiliti yang ampuh untuk mengawal dan mempertahankan mereka dalam apa jua situasi.

Sebenarnya motto sebenar Amno adalah, "Buat apa saja, kerana kami adalah Raja, dan kami selamat tak kira di mana".

Fikir-fikirkanlah!

baca selanjutnya...

Tuesday, May 20, 2008

TAKTIK KOTOR AMNO?


Dalam keadaan pemimpin PAS dan PR mahu melaksanakan kerja kemasyarakatan dengan ikhlas, masih ada pencacai yang sanggup membuat fitnah dan melupakan seketika dosa kering dalam melaksanakan agenda jahat mereka.

Hasilnya inilah kerja jahat yang dimaksudkan....(lihat gambar)
ulasan lanjut di
http://mohdtaufek.blogspot.com/


baca selanjutnya...

Monday, May 19, 2008

HAHAHAHAHA....DOA ORANG TERANIAYA SUDAH MAKBUL!



Tsunami Kedua Melanda AMNO Haprak!

Kenyataan Mantan Perdana Menteri, Mahadet mengumumkan keluar Umno merupakan satu das tembakan TORPEDO buat Kepimpinan Umno Malaysia yang dikepalai Bodolah Badwi. Mungkin memeranjatkan, dan yang sudah menghidu percaturan Mahafiraun itu mungkin tidak seberapa kejutannya.

Bagaimana pun, kenyataan dan reaksi Mahathir itu memberikan pukulan padu kepada Bodolah dan keseluruhan organisasi Parti Umno Malaysia, yang hanya menunggu masa untuk terus tenggelam selepas karam dalam PRU12 baru-baru ini.

Dengan beberapa orang kuat Mahathir yang telah dan akan mengikut jejak langkahnya, maka teori Pakatan Rakyat (PR) menuju ke Parlimen semakin 'menjadi'.

Pengumuman itu juga sebenarnya memberi kesan paling dashyat dalam sejarah penubuhan Amno, dan ianya dianggarkan lebih teruk daripada kesan Tsunami, Nargis, serta gempa bumi yang melanda tengah China baru-baru ini.

Pihak PR kini dibertiakan sedang menunggu penuh sabar perkembangan ini dan sesuatu yang lebih teruk pasti akan melanda Amno dalam waktu terdekat ini. Dengan rutin DENDAM kesumat setiap ahli Amno dalam pengisian perjuangan mereka, inilah masanya orang-orang kuat Mahathir menunjukkan belang untuk membelasah Bodolah secukupnya.

Abdullah Badwi lupa, semua tindakannya terhadap Mahathir belum cukup berkesan. Dengan hanya berkuasa tidak sampai dua penggal lagi, beliau lupa bahawa Mahatir telah mengukuhkan asasnya selama lebih 22 tahun dalam Amno.

Kini, Bodolah akan terus tertekan, dan tidak mustahil bahawa beliau akan terus mengundur diri daripada menerajui negara dan Amno. Ini mungkin akan datang daripada desakan ahli akar umbi yang masih setia terhadap Mahathir. Dan kita jangan lupa bahawa, dalam kabinet Abdullah masih ramai terdapat kumpulan penyokong kuat mantan PM itu. Ianya termasuklah, Giant Shahril dan Rafidah The Big Crying.

Allah itu Maha Kaya, dan segala perancanganNya tidak kita ketahui. Selamat berpecah Amno!!!

Hidup PR..Takbir!

baca selanjutnya...

Sunday, May 18, 2008

ANTARA SENARAI KEBIOLAN AMNO TERKINI


1. Derih al-Jusoihhh n The 22 Gang : Derhaka kepada Sultan Terengganu.(Mereka kata tak derhaka pun).
2. Shahidan and the gang, derhaka kpd Raja Perlis.(Sama gak ngan Tereangganu, tak derhaka)
3. Bodolah derhaka, sebab keluarkan kenyataan, YDPA tak ikut perlembagaan dlm melantik Ahmad Said.(Semua kaki dan badan berwajib kecut batuu nak siasat, dakwa, tangkap dan sumbat dalam jel).
4. Menteri JPM kata serah RM7.3billion pada Trg. Deris kata Sampai RM1.3billion jer.(RM6.3b...telan kat Toyol Selangor Kot)
5. Bodolah kata Amno Releven, KULI kata hancur doh.( Sebab dua-dua samo nyanyok)
6. Hisangmuding kata Amno kalah teruk PRU pasal Khairy JINmaluddin, Khinzir Joker (KJ) kata keris lembik Hisangmunding sebab kaloh.(Mende tu dua-dua menggong doh)
7. Bodolah kata Amno bersatu, tapi Abg Mad Sejid Bujal kebulur tak terima dana.(Pok Loh kata ..mampoh lah hang Mamat, nak jadi MB sangat)

....80,000. Bodoloh kata SPR yang tak kasi guna dakwat, SPR kata Bodolah tak bagi pulak!. (dua-dua ketua Suruhanjaya Penipu Rakyat)

banyak ler lagi...nanti sambung...

baca selanjutnya...

BEGITU MUDAH???


Murahnya Nilai SPR dan Perdana Menteri Malaysia

Sebenarnya rakyat yang prihatin memang amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh PM Malaysia, Pak Lah dalam soal penggunaan dakwat dalam PRU12 baru-baru ini. Dengan tidak semena-mena, beliau ditanya pasal dakwat oleh para wartawan dan dengan mudah pula Bodolah menjawab, "Keputusan SPR tidak menggunakan dakwat bukanlah arahan pihak kerajaan,".

Bagaikan wayang 'hantu lompat cina', sedangkan sebelum itu SPR telah mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan dakwat tidak dapat diteruskan adalah disebabkan arahan pihak kerajaan yang menolaknya. Sebelum pergi jauh, cuba buat penilaian, janggal atau tidak dan siapa yang bersalah sebenarnya? (Mungkin ini satu lagi berkat doa, dan Allah telah melaga-lagakan sesama mereka).

Jika diteliti statment yang dikeluarkan oleh Bodolah, nyata ianya nampak sangat tersekat-sekat seolah-olah terpaksa mengeluarkan satu kenyataan untuk menyelamatkan keadaan. Beliau tidak menyedari impak yang besar sedang menanti hasil daripada kenyataan beliau itu telah mencetuskan satu lagi polemik dangkal ciptaan BN.

Kenapa seorang PM yang dipuja dan diagung-agungkan oleh rejim Amno itu bertindak seperti orang 'BODOH?'. Sedangkan statment itu sepatutnya dikeluarkan sebelum pilihanraya diadakan untuk menjelaskan segala kekusutan yang bersarang di pihak pembangkang.

Dapat ijazah dengan rayuankah PM kita semasa di Universiti dulu? Sehinggakan sukar memikirkan mana yang baik dan buruk untuk diberitau kepada rakyat. Banggang sangatkah beliau untuk memilih sesuatu isu itu akhirnya menjadi polemik yang menjerat pihak BN sendiri? Atau memang dah buntu sipemikir kolot itu?

Namun, biarlah ada sejuta percanggahan sekalipun, pelbagai pertindihan yang memalukan, memualkan, dan segala aksi lucu dalam setiap perlakuan serta perlaksanaan yang dibuat, ianya tetap relevan bagi pendokong BN. Alhamdulillah, dalam pada itu memang sudah ramai pun yang meninggalkan Amno dan BN, akibat kegagalan mereka membuat penstrukturan yang setimpal dan masuk akal.

Berkali-kali saya katakan bahawa lebih 62 tahun Umno dan BN mentarbiyahkan ahlinya sehingga kini, maka tidak hairanlah tahap pemikiran mereka semakin kolot dan gagal berubah. Luaran nampak hebat, namun dalamannya kosong bagaikan buluh betung.

Kita tunggu apa pula percakaran antara Bodolah dan Tan Sri raSHIT dalam hal ini. Yang penting kita dah tau....kalau dia sayang raSHIT tu dia belalah, tapi kalau benci dan menyusahkan...beliau akan humban macam 6 jahanam di bawah tuh!

baca selanjutnya...

Friday, May 16, 2008

ENAM JAHANAM VERSI BARU



baca selanjutnya...

CACA MARBA KERAJAAN DAN PIHAK AKHBAR


JPM Saman Akhbar Bukti Mereka Terdesak

Tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang membuat laporan polis berkaitan penyiaran berita keputusan Suruhanjaya diRaja yang menyiasat Klip Video Lingam, mendahului kenyataan yang dikeluarkan Kabinet membuktikan Kerajaan BN begitu terdesak untuk menutup segala kepincangan yang berlaku di antara mereka.

Ini juga menunjukkan bahawa dalam BN sendiri wujudnya golongan yang tidak sebulu dengan semua dasar yang dibuat, lantas mereka berlumba-lumba membocorkan segala maklumat yang ada kepada orang luar. Janganlah teperanjat apabila isu laporan ini nanti akan menjadi lebih sensasi daripada isu 6 jahanam yang akan dihadapkan ke mahkamah kelak.Apa pun tindakan JPM itu, rakyat pasti akan menyaksikan satu lagi drama kebobrokkan BN yang amat jelek dalam sejarah kemerdekaan negara. Kita juga tidak tahu bagaimana nasib siasatan itu sekiranya tidak disusuli dengan siasatan diraja.

Ketakutan pemimpin BN dalam apa jua desakan untuk diadakan siasatan diRaja sebenarnya ada kebenaran. Mereka amat takut dengan ketelusan siasatan yang dibuat melangkaui kejelikkan siasatan yang dibuat oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah.

Namun, apa yang dikesalkan, masih ramai rakyat yang terpedaya dengan sandiwara BN. Pemikiran mereka seolah-olah sudah dibelenggu selama lebih 50 tahun. Dari sudut 'tarbiyah' pemikiran, BN dan Umno amat berjaya menjadikan ahlinya jumud. Kerana mereka tahu, sekiranya berlaku pelbagai perubahan serta kebangkitan rakyat, bukan mudah pihak pembangkang mahu melakukan 'brain wash' kepada golongan ini.

Lantaran itu, walau apa jua kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin BN, rakyat dalam kepompong itu hanya akan memandang sepi sahaja. Sedangkan dalam masa yang sama, andai kata ada pihak yang bangkit memperjuangkan nasib rakyat, ianya pula dianggap sebagai penderhaka.

baca selanjutnya...

Thursday, May 15, 2008

KRISIS ROYALTI MINYAK


Cukupkah duit yang dirompak untuk padam API NERAKA?

Sejak akhir-akhir ini, kita asyik ditokok oleh berita royalti minyak, terutama yang membabitkan negeri Terengganu. Penafian demi penafian telah dibuat oleh para pemimpin Amno Pusat mahupun negeri berkaitan dengan isu tersebut. Daripada isu yang serius, kini ianya nampak seperti satu sandiwara yang lucu pula.

Sejak pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Amirsham A.Aziz bahawa sebanyak RM7.3billion duit royalti telah diberikan kepada Terengganu, banyak pihak panas punggung (mungkin minyak dah ducucuh nak bakar dia orang kot). Yang jelas, mantan MB Terengganu, Idris Jusoh yang tidak mengaku menerima wang tersebut untuk perbelanjaan di negeri "terkaya?" itu.

Nah! Bila Idris hanya mengaku terima sebanyak RM1.3billion sahaja, di mana bakinya itu? Mustahil bekas ketua eksekutif sesebuah kerajaan negeri tidak tahu perbelanjaan negeri tadbirannya sendiri. Membuktikan betapa silapnya rakyat Terengganu memilih seorang wakil rakyat yang kolot mentadbir.

Begitupun, penafian beliau mungkin ada benarnya, di atas kapisiti duit yang lesap itu adalah bahagian-bahagian yang telah diagih-agihkan sesama mereka dalam bentuk projek membazir. Projeknya ada, tetapi kosnya adalah tidak masuk akal.

Sebenarnya sudah banyak isu rasuah dan salah laku yang melibatkan pemimpin Amno dan BN keluar, namun masih ada rakyat yang BUTA atau MEMBUTAkan mata mereka semata-mata kurangnya iman atau hanya mementingkan keduniaan.

Buat apa pihak kerajaan menyediakan kursus bertaraf dunia dalam bidang akauntansi, jika masalah simpan kira atau akaun kerajaan negeri tidak dapat dikira secara jujur. Perlu diingat, bahawa semua yang bersekongkol dengan kehilangan duit rakyat itu mestilah bertanggungjawab sepenuhnya. Dan jangan lupa bahawa balasan yang setimpal juga akan menanti diakhirat kelak.

Alahai...bang! Cerita apa pasal akhirat? Kan mati nanti kubur aku asing...kubur hang asing..Mana ada orang tau?

Hehe...lantak ko oranglah. Tapi ingat, dan semua yang terlibat dengan penyelewengan itu patut bertanya kepada dirinya, 'dah cukup banyak ke duit yang disonglap tu nak buat beli air, nak padam API Neraka?' Macamana? Cukup ke Bodolah, Deris, Rosol n The gang?

Kita tunggu dan lihat bagaimana keiaban mereka ini didedahkan oleh puak-puak mereka sendiri tanpa perlu dibongkar oleh pihak pembangkang. Semoga pembongkaran demi pembongkaran itu akan memberikan hidayah kepada seluruh rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia, amnya untuk terus berubah kepada kepimpinan yang lebih telus.

baca selanjutnya...

Wednesday, May 14, 2008

AWAS PROPAGANDA KRISTIAN


Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip'Islam

Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama
dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?

Ketika waktu Maghrib telah tiba, belasan pengunjung di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas mengerjakan solat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Namun, jangan keliru, mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib, tetapi mereka merupakan jamaah Kristian Ortodok. Kristian ortodok adalah sebuah sektsa (cabang) dalam agama Kristian.


Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab sektsa ini memang angat mirip dan hampir sama perlakuannya dengan Islam. Bukan saja asalnya serumpun, Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama sahaja.

Cuba perhatikan ketika mereka melakukan solat (rujuk gambar). Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah mereka juga menggunakan bahasa Arab. Malah, rukun solatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.

Bezanya, bila kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, iaitu 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya:sa'atul awwal (fajar/subuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (zuhur),
sa'atut tis'ah (asar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'),
dan sa'atul layl (tengah malam).

Perkara yang sama juga berlaku pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang
Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40 hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunat Isnin - Khamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Jumaat, iaitu dalam rangka proses mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain solat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR.............
wallahualammmubissawab........

baca selanjutnya...

SELAMAT HARI GURU


Guru Cemerlang, Guru Temberang

Saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua warga guru di tanahair darat, laut atau udara..Huhuhu! Macamana tu?

Ye lah...dah guru Malaysia kan GLOKAL...mesti sampai dah taraf tu...kan? Mesti ada kat mana2 darat, air ka udara. Seronok jadi guru kat Malaysia, cemerlang, gemilang, terbilang & temberang. Hehehee....tang temberang tu, bila time ajar Sain & Matematik dalam Bahasa Inggeris lah. Mana ada guru yang BI dpt 9 mampu ajar semua tuh! Kan temberang namanya.

Dulu tak ada nak jadi cikgu, kononnya 'komang' tak standard, itulah...inilah, macam2 alasan. La ni..haha tengok macamana? Tak abih exam lagi dah tanya borang nak masuk Institut Guru di seantero negara.

Lepas masuk, jadi cikgu...barulah tau betapa malangnya nasib si guru. Bertambah-tambah malang lagi bila Hisangmunding jadi Kepala Menterinya. Waduh-waduh..bapak Hisang...kalu itu sama masa anta jadi Kepala Bapak Menteri Pelajaran, kalu itu juga itu Kementerian jadi kelibut bah!

Apa tak kelibutnya, duk bincang kedai kopi 3 hari...hari keempat lancar PPSMI. Mai Terengganu makan keropok ngan Pok Yeh...buat pekeliling itu...buat pekeliling itu. Sekarang pekeliling dan pusing sekeliling...FEning..fening lalat laaa.

Macamana masalah kenaikan pangkat yang caca-marba. Ada Cikgu yang penat2 blajar sambung kat 'U' balik-balik dapat gaji rendah pada guru bukan siswazah....

Dah mengajar lama berpuluh tahun, bila sambung blajar dapat 'degree' dikira baru tahun pertama pulak, biarlah dah nak pencen pun.

Disebabakan terlalu tinggi taraf guru di Malaysia, kerja kat sekolah semua kena buat. Mengajar wajib! Sukan wajib! Persatuan Wajib! Unit beruniform wajib! Kursus wajib kena attempt! Segala macam mak nenek borang datang kat meja yang sepatutnya di isi oleh kerani atau PAP pun wajib kena isi sendiri.

Apatah lagi nak buat claim perjalanan. Kena taip sendiri...

Banyak wajibnya. Tapi bila nak mintak sedikit keselesaan dari yang berhak....banyak sunat pulak...Tak layan , tekan sikit dah Makruh! Ugut nak buat perhimpunan , terus jadi HARAM! Apala nasib ko cikgu!

Kalau nak tau duk kat sekolah tu....bukan guru cemerlang, tetapi guru yang dungu jer ..sebab takut nak tegur murid yang kurang asssssammmm! Betul, kalau tegur dia orang jeling kita rasa bimbang. Kalau rotan, mak bapak dia datang balik HENTAM.

Eeeee bayk ler lagi aku nak royat bagitau sini...nanti muak pulak nak baca noooooo.. Itulah Guru Malaysia. Guru Cemerlang + guru temberang.

Kalau ada yang indah2 kat sorat kabor tu, janganlah percaya idup2...tanya guru dulu. Yang hebatnya guru ni pada slogan saja. Realitinya hampasss jer!

Cikgu ni adalah tempat EKSPERIMEN Kepala-kepala bapak kat atas tu jer sebenarnya!

Takbir!

baca selanjutnya...

Tuesday, May 13, 2008

BILAKAH HARI ISTIMEWA PR?


Kami Sudah Bersedia!!!

JIKA selama ini masyarakat di negara kita dianugerahi dengan pelbagai hari istimewa untuk diraikan, bila pula agaknya akan muncul hari istimewa dari Pakatan Rakyat (PR)?

Masyarakat sudah sinonim dengan sambutan hari kemerdekaan negara, hari buruh, malah sambutan perayaan pelbagai kaum dan agama. Namun, ramai yang menanti, bilakah agaknya negara ini akan menyambut hari ‘PR’


‘PR’ boleh ditafsir dengan pelbagai makna atau akronim mengikut fahaman masing-masing. Ada yang mengelarkannya Pakatan Pembangkang, ada yang seronok menamakan sebagai Perubahan Rakyat, ada juga kata Permuafakatan Rakyat dan ada yang anggap PR adalah ‘PM Reverse’ untuk negara ini.

Biarlah dengan gelaran itu semua, tetapi persoalannya, bila mahu berubah? Akan munculkah hari istimewa itu, di mana kita akan menyaksikan tampuk kepimpinan kerajaan pusat akan bertukar tangan. Selepas Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12) baru-baru ini, banyak pihak dan invidu telah membuat bermacam spekulsi berkaitan tampuk pemerintahan negara. Rakyat disogok dengan andaian demi andaian yang sentiasa menghangatkan situasi, terutama kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN).

Tidak pernah kita lihat bagaimana gusarnya barisan kepimpinan eksekutif BN hari ini selepas era perkongsian kuasa pada tahun 1960-an dahulu. Walaupun menangkis apa jua kenyataan pembangkang, pemimpin BN sebenarnya tidak senang duduk sebagaimana rutin keselesaan mereka sebelum ini.

Biarpun mengekalkan kuasa pemerintahan kerajaan pusat, namun dengan keupayaan PR merampas 4 buah negeri dan mengekalkan Kelantan ditampuk kekuasaan, ianya telah menjadikan BN bagai belut kekeringan air. Gempuran perang saraf yang dicanang oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim benar-benar menusuk kalbu, sehinggakan Pak Lah dan barisan ‘panglima’nya tidak putus-putus berkunjung ke Sabah dan Sarawak ‘menziarah’ rakan seperjuangan. Jauh sekali mahu bercakap kasar, bagi mengelak rasa salah faham.

“Jangan bimbang…tak lama lagi dah. Tunggulah! Ramai MP Sabah Sarawak yang datang berjumpa dengan kita, dan mereka hanya menunggu masa yang sesuai sahaja lagi. Kalau tak ada aral, 30 MP dari sana akan menyeberang ke PR dan membentuk kerajaan pusat yang baru…,” katanya yang merujuk kepada bayangan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak akan melompat ke kem PR.

Hanya sekelumit kata-kata keramat itu, yang pada awalnya dipandang sepi dan sinis oleh kem BN, kini ianya menjadi satu igauan buruk buat mereka. Masakan boleh tidur lena jika diteliti setiap kenyataan balas oleh mereka terhadap Anwar Ibrahim.

Bimbang! Gusar! Takut!
Benar atau tidak?

Itulah yang melingkari benak pemimpin BN dan Umno sekarang. Malah kegusaran itu semakin menyerlahkan bahawa hari istimewa yang ditunggu-tunggu itu begitu hampir tiba. Jika selama ini Anwar dihina dan tiada dalam kamus mereka, kini Anwar menjadi onak yang paling berbisa. Setiap kata-kata Anwar direkod untuk diteliti, apakah ada kewajarannya. Lantaran jika tidak terpalit rasa malu, sudah tentu Pak Lah telah mengisytiharkan Anwar sebagai ‘musuh nombor satu negara’.

62 tahun usia Umno, lebih separuh abad BN memerintah negara Malaysia. Ramai yang mengatakan Umno dan BN sudah tua. Sudah ‘senja’ pemikiran pun sudah hanyut, apatah lagi ramai pemimpin itu yang cakap merapu, tidak masuk akal dan pakai hentam kromo sahaja.

‘Nyanyuk’lah tu maknanya. Betul ka?

Ditambah faktor persiktaran, dengan adanya kerajaan ‘tua’ di negara lain yang bertukar tangan menyebabkan BN rasa terlalu gerun. Itu merupakan isyarat jelas, suatu hari mereka akan menerima hakikat bahawa kekuasaan pasti akan lebur. Bukan hanya sekadar omong kosong, logiknya jika mengikut hukum alam sekalipun, yang berkuasa pasti akan rebah.

Telatah BN mudah diteka. Sejak sekian lama bersandiwara di sebalik aksi lakonan menjijikkan, segala kepincangan mereka sudah terserlah walau hanya dengan kekurangan sedikit kuasa. Tidak perlu pihak lain membuka rahsia, kalangan mereka sendiri begitu seronok merobek ‘pekung’ di dada. Itulah wajah BN. Ia juga rupa sebenar Umno. Bukan mendabik dada mengatakan PR yang diwakili PKR, PAS, dan DAP begitu baik dan sempurna. Tetapi pendekatan membela rakyat yang dikendong oleh mereka mengatasi sikap sambil lewa BN.

Benar, BN masih berkuasa. Tetapi mereka kini berkokok di atas pagar yang hampir tumbang. Terlalu banyak ‘tiang’ sokongan yang diperlukan untuk mengukuhkan struktur pagar itu. Namun, sampai bilakah tiang-tiang tersebut mampu bertahan. Lama kelamaan ia akan reput jua.

Cuba kita imbau kembali. Dalam hal ini, masyarakat saban hari ditokok dengan masalah daripada pihak BN yang gila ‘kepok’. Bagai ayam yang kehilangan tempat bertelur, ahli Yang Berhormat dan bekas exco kerajaan negeri BN di kebanyakkan negeri yang tewas dalam PRU ke-12, mereka secara melulu menghentam kepimpinan baru. Bagi mereka, orang lain selain BN tidak mampu mentadbir biarpun terbukti lebih cekap daripada mereka dari semua aspek.

Keangkuhan golongan ini akhirnya menerumuskan mereka kepada sikap riak yang pastinya akan membawa padah. Bukti selama 50 tahun lebih memerintah dengan menyusahkan sebahagian besar rakyat, BN langsung tidak memberi ruang selesa untuk PR membuktikan kewibawaan.

Kita tidak perlu membicarakan rancangan jangka panjang PR untuk kesejahteraan rakyat, hanya dengan melihat kelayakan dan kredibiliti ahli YB dari BN terutamanya Umno, dan dibandingkan dengan ‘talent’ yang ada pada ahli YB daripada PR, ianya jauh api dari panggang. Oleh itu, tidak hairanlah kini BN melalui detik-detik getir mempertahankan kekuasaan yang semakin menipis. Manakala pihak PR hanya menghitung detik untuk mendominasi kepimpinan negara, sekaligus menjadi penyelamat kepada agama dan bangsa untuk membuka satu lembaran baru dalam sejarah negara demokrasi ‘mati’ ini.

Dalam sedar atau tidak, kita tidak nafikan bahawa BN begitu hanyut dengan agenda ‘mengembung’kan perut mereka serta menyusahkan rakyat. Berpaksikan kepada slogan ‘Hanya BN Penyelamat Bangsa’, mereka pasti akan rebah dalam suasana tragis, malah mungkin sukar dipercayai.

Rasanya, rakyat sudah serik dengan segala perlakuan sumbang BN. Mereka tidak akan merasa rugi apa-apa pun sekiranya memilih PR untuk menerajui negara bersandarkan segala tawaran kontrak sosial yang menarik. Memandangkan pakar ekonomi dalam PR lebih hebat dan berupaya merangka pembangunan ekonomi mampan, maka ‘klausa’ itu amat membimbangkan kerajaan BN.

Lihat sahaja dalam pada mereka bermewah tanpa had, kini tiba-tiba sahaja mahu mengubah gaya hidup cara sederhana dan berjimat, kesannya mereka sendiri rasa tersentak lalu gagal mengikut rentak. Atas dasar itulah, apabila PR menawarkan pakej negara berkebajikan, rejim BN terus memperlekahkannya. Bukan tidak yakin, tetapi mahu menutup segala kebimbangan dalaman, selain memporak-perandakan rakyat dengan pelbagai kenyataan kurang matang.

Ingatlah para pemimpin BN, kekalahan mendadak dalam PRU baru-baru ini merupakan tsunami kecil sahaja. Gelombang ledakan tsunami kedua yang lebih dahsyat bakal menyusul. Dan mengikut teori asas hokum warna: Biru tidak akan mampu mempertahankan warna asalnya apabila dilanda campuran warna hijau, kuning dan biru laut. Hasilnya, mereka akan tenggelam serta lemas dalam kepungan warna-warna yang lebih menyerlah dan berwibawa tersebut.

baca selanjutnya...

Monday, May 12, 2008

PERBAHASAN DI PARLIMEN


Mana Wakil Rakyat Kita?

Agak malang bagi pengundi-pengundi di sesuatu kawasan yang telah memilih Wakil Rakyat ke Parlimen yang hanya menjadi pendengar setia. Ahli Parlimen yang dipilih agaknya begitu selesa apabila hasrat mereka menjadi YB sudah tercapai.

Peduli apa aku orang mengemukakan usul di Parlimen. Lagi banyak Wakil Rakyat lain berhujah lagi seronok aku releks. Waduh...waduh..bukan main lagi yer! Sebenarnya, itulah rupa YB saudara di Parlimen. Mana-mana yang terkena pasti 'terchili' kan?

Walaupun kita tahu masa untuk berhujah di Parlimen terlalu singkat, namun dalam masa yang singkat itu juga, saban tahun kita hanya melihat YB yang familiar sahaja berhujah dan bergaduh. Mana yang lain?

Jika setakat masuk Parlimen nak rehat dan habis Parlimen masa nak pergi shopping dengan Mak Datin, baik awal-awal lagilah tolak pencalonan untuk jadi MP. Buang masa saja. Ana pun rasa sedih gak bila MP tempat ana hanya terkebil-kebil dalam Parlimen. Dahlah usia gayut..entah jumpa ke tidak cari kerusi dalam dewan.

Hentam sajalah YB..asalkan cukup bulan 'FULUS' masyuk. Ada peluang, rembat projek. Lagipun nak jadi MP bukan senang nak dapat. Nak kekal sepenggal lagi manalah tahu lekat atau tidak.

baca selanjutnya...

Saturday, May 10, 2008

UMNO: JUARA DALAM KEKABURAN


Kononnya cekap mencuci najis pembangkang, namun gagal menutup bangkai sendiri.

SEPANJANG minggu lepas kita tidak lekang dengan isu ‘keceluparan’ Karpal Singh menyanggah titah Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah berkaitan arahan istana agar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, (JAIP) dikembalikan semula kepada Jumry Sury.

Daripada isu yang kecil dan boleh diselesaikan secara dalaman oleh kerajaan negeri Perak dan pihak istana, akhirnya isu itu menjadi isu nasional sehinggakan Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Badawi ‘tersyok’ sendiri, lantas mengarahkan orang kuatnya, Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) membuat laporan polis untuk ‘mengenakan’ Karpal.

Jika disingkap kes berkenaan, ia tidak lebih daripada isu silap faham antara pihak kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar dengan pihak istana. Malah, kita percaya sekiranya Menteri Besar Perak itu diberi peluang dengan kepintarannya yang ada, maka isu ini sudah lama diselesaikan. Namun, di atas kesungguhan Umno Perak dan Umno Pusat yang terlalu ingin menjadi ‘juara’ dalam soal ini, ianya telah mengheret banyak pihak. Malah, pelbagai kenyataan telah dikeluarkan di atas kekalutan ini.

Bukanlah ingin memperbesarkan isu, tetapi sekadar mencelah. Cuba kita renung sejauh mana keikhlasan Umno untuk menyelesaikan kemelut ini. Dari satu sudut positif, ianya bukan kemelut tetapi satu polemik yang dicipta oleh gerakan perang saraf Umno untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti pihak pembangkang. Kerana sudah menjadi dasar Umno, di mana mereka akan memutar belitkan sesuatu isu itu supaya menjadi hangat dan dapat menutup seketika lompang ‘kebocoran’ semasa mereka.

Rakyat sudah lama nampak politik murahan yang dijaja oleh semua pemimpin Umno. Kebanyakan isu yang diketengahkan hanyalah retorik semata. Cuma di atas kapisiti Umno mengepalai BN yang memerintah negara ini, maka masyarakat bawahan melihat semuanya itu adalah satu kewajaran yang perlu dipatuhi.

Berbalik kepada ‘juara’ tadi, Umno sedang berusaha untuk menjadi juara sebenar, biarpun dalam kekaburan. Bukan menyokong atau membantah kenyataan Karpal Singh, tetapi sedarkah kita siapa sebenarnya Karpal Singh itu? Bagaimana beliau membesar dalam dokongan demokrasi dan bait-bait mana dalam perlembagaan yang tidak diketahuinya? Jika seorang peguam yang sehebat beliau dianggap ‘gagal’ dalam konteks mentafsir perlembagaan, mungkin terlalu banyak lagi peguam yang begitu daif berada dalam sistem kahakiman negara kita.

Lantaran isu biadap terhadap kenyataan istana Perak sebenarnya wajar dijadikan platform oleh Umno untuk bermuhasabah diri di atas apa yang telah dilakukannya selama ini. Mungkin terlalu ghairah ingin menyanggah, begitu taksub untuk mengenakan tindakan terhadap Karpal, maka Umno sanggup menelan kata-kata keramatnya; ‘Melayu mudah lupa’. Mereka lupa bagaimana pemimpin Umno jugalah yang begitu naïf dalam isu menderhaka kepada Sultan dan Raja Melayu. Mereka mencampuri imuniti raja-raja Melayu, dan cuba kita menjenguk kisah yang berlaku di Terengganu dan Perlis. Bagaimana biadapnya Shahidan Kassim dan Idris Jusoh kepada raja mereka apabila tidak menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar baru yang diperkenankan oleh istana. Adakah pemimpin tertinggi Umno terus bertindak dengan mengambil tindakan ke atas dua orang penderhaka itu?

Jelas! Mereka hanya mendiamkan diri. Malah terus membiarkan penyokong mereka terus bertindak di luar batasan kemanusiaan. Lihatlah penyokong Idris, yang merentang banner dengan tulisan ‘Natang’ (binatang) yang ditujukan kepada Sultan dan pemangkunya. Sudahkan ‘natang’ itu ditangkap dan dijatuhi hukuman? Berapa ramai pula penyokong Shahidan yang berkerumun tidak puas hati di hadapan istana Perlis? Adakah Umno mengarahkan pihak polis melakukan tangkapan dan mendakwa para penderhaka tersebut?

Sudah tentu tidak. Dan jawapannya adalah ‘tidak’ sama sekali. Biadaplah kepada pihak istana setahap mana kamu mahu biadap kerana kamu adalah orang-orang Umno yang disayangi dan dilindungi. Sebaliknya, nahaslah kamu jika kamu merupakan puak-puak pembangkang yang dicop penderhaka. Bukan sahaja pemimpin Umno yang akan bangkit menentang, malah badan-badan bebas yang kononnya memperjuangkan Ketuanan Melayu turut timbul memberikan hujah yang lantang.

Ke mana pula perginya golongan yang dikatakan memperjuangkan Ketuanan Melayu ketika adanya pihak yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan yang baru?

Umno tentu tidak lupa bahawa suatu ketika dulu Anuar Musa pernah menabalkan
Tengku Ibrahim di sebuah padang sekolah. Bukankah itu penghinaan kepada Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Oleh itu mereka jangan pula berlagak untuk menjadi jaguh di dalam isu kenyataan yang dikeluarkan oleh Karpal Singh.

Rentetan peristiwa penabalan itu bukan sahaja memalukan Umno, malah mereka gagal mengenakan sebarang tindakan terhadapnya. Sebaliknya, Anuar dijulang sebagai hero dan akhirnya dilantik menerajui kepimpinan tertinggi Umno Kelantan yang akhirnya terus pincang.

Apakah skrip kesalahan hanya akanjatuh ke atas pihak yang tiada berkepentingan dalam Umno sahaja. Biarpun memperjuangkan kebenaran, mereka tetap dikenakan pendakwaan dan hukuman. Bukankah isu Raja-Raja Melayu adalah isu kesaksamaan dalam Ketuanan Melayu? Oleh itu, usahlah hairan dengan perlakuan Umno dalam menangani krisis ini. Mereka tahu di mana kewajaran atau kebenaran, namun tetap akan menutup mata sekiranya kebenaran itu ada di pihak pembangkang.

Sedarlah pemimpin Umno, lagu yang dipalu tidak selalunya merdu. Biar sehebat mana gaya dan ilmu, sedetik irama sumbang pasti akan terjelma jua. Pun begitu, payahnya menangani isu ini, samalah payahnya kita mahu melihat Umno mengaku kesilapan mereka sendiri. ‘Biadap’ pada pandangan mereka hanya ada pihak yang tidak bersekongkol dengan mereka sahaja. Rakyat yang membuat ‘judgement’ turut dikelirukan dengan pelbagai fakta ‘mengarut’ kepimpinan tertinggi Umno. Jika itulah pendekatan yang digunakan, formalitinya pengaruh sumbang akan terus meresap ke jiwa masyarakat.

Umno juga dilihat cuba menipu sejarah penderhakaan mereka pada istana. Malangnya, apabila melibatkan isu pemimpin Umno dan BN mereka hanya mendiamkan diri serta membisu seribu bahasa. Jangankan Umno, malahan NGO seperti GPMS dan lain-lain yang kononnya memperjuangkan hak kedaulatan orang Melayu semuanya "menikus", tidak berani untuk tampil. Bahkan tidak ada seorang pun dikalangan mereka yang membuat laporan polis seperti yang berlaku kepada Karpal. Pak Lah pun sebenarnya boleh dituduh menghina Sultan kerana secara terang-terang mempertikaikan kuasa sultan untuk melantik MB pilihan mereka. Bukankah ini lebih hina sebenarnya.

Sedangkan, apa yang berlaku kepada Karpal ialah sekadar satu sudut pandangan beliau semata-mata, supaya istana tidak mencampuri urusan kerajaan negeri. Lagipun Pengarah JAIP itu bukannya dipecat, cuma beliau ditukarkan sahaja. Mengikut pandangan Ketua Ekssekutif sesebuah negeri, tindakannya itu memang bertepatan dan masuk akal setelah mendapati Jamry Jury tidak mahu berkerjasama dengan kerajaan negeri. Bukankah ianya akan mencacatkan sebarang agenda kerajaan jika terdapat penentangan dari dalam terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan agama di negeri terbabit. Maka, wajarlah Jamry ditukarkan ke jabatan lain, demi menjaga keharmonian semua pihak.

Persoalannya sebenarnya di sini adalah, Umno berpura-pura tidak dapat menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri baru pimpinan Pakatan Rakyat. Lantaran itulah setiap usaha yang dilakukan, biarpun untuk kebaikan pasti akan ditentang habis-habisan oleh mereka. Dalam isu di negeri Perak ini sebenarnya ianya adalah isu terpencil yang membabitkan pihak kerajaan negeri dengan istana. Pertukaran adalah perkara biasa dalam perntadbiran kerajaan.

Ini bukan soal pemecatan. Perkara ini berlaku dimana-mana termasuk di negeri Pahang. Ustaz Yusof Embong seorang guru agama telah ditukarkan ke Sabah gara-gara dikatakan menyokong PAS dalam pilihanraya dulu. Kemudian terbaru difahamkan seorang Komander Angkatan Tentera Malaysia dari Kem Tanjung Gelang, Kuantan dikatakan telah ditukar serta merta apabila "Post-Mortem" yang dilakukan mendapati undi pos tentera dikawasan terbabit hampir 90% berpihak kepada PAS. Akibatnya BN kehilangan kerusi DUN Beserah kepada PAS dan Parlimen Indera Mahkota kepada PKR dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Walhal, kalau nak diikutkan komander terbabit tidak bersalah sebenarnya. Namun hanya kerana beliau tidak memantau undi pos akhirnya beliau menjadi mangsa kepada kerajaan BN di Pahang. Bukankah ini sesuatu yang normal dan tidak perlulah diperbesar-besarkan.

Bagaimana pula malangnya, ketika Umno berkuasa di Terengganu, mereka telah memecat Tengku Hassan (ADUN Ladang sekarang) sebagai pegawai kewangan negeri ketika itu?

Ironinya, sebagai seorang ahli politik veteran dalam parlimen, Karpal jujur memberi pandangan peribadi beliau supaya pihak istana tidak mencampuri urusan pertukaran berkenaan. Karpal percaya mungkin ada tangan-tangan lain yang memaksa pihak istana campur tangan dalam isu ini. Maka mengapakah kita harus melatah jika ia sekadar pandangan semata-mata. Isu ini hanya diperbesar-besarkan oleh Umno bagi menarik balik sokongan orang Melayu yang kononnya Pakatan Rakyat telah berkerjasama dengan orang yang akan menghapuskan ketuanan Melayu. Bukankah janggal bunyinya itu.

Bagaimana pun, semua masih tertunggu-tunggu perkembangan terkini apakah Karpal akan ditangkap dan didakwa di mahkamah atau mungkin juga beliau akan kembali ke kandang ISA jika Akta Hasutan dikenakan ke atas pemimpin kanan DAP itu. Semuanya bakal terjawab dalam masa terdekat apabila Peguam Negara turut masuk campur setelah banyak laporan polis yang dibuat oleh penyokong kerajaan dalam isu ini.

Kita berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara berkhemah dengan sebaik mungkin. Dan adalah lebih baik Karpal mengalah dengan memohon maaf secara terbuka kepada istana Perak serta seluruh rakyat Malaysia jika perbuatannya ini dikatakan menghina. Itulah jalan terbaik bagi meredakan keadaan yang semakin hangat ciptaan Umno mutakhir ini.

Umno juga belum terlambat untuk mengambil tindakan terhadap Anuar Musa, Idris Jusoh, Shahidan Kassim serta mana-mana individu yang telah menderhaka kepada pihak istana. Hanya tindakan terhadap mereka itu akan menjadi ‘check and balance’ dalam usaha Umno mendepani kes Karpal. Rakyat akan menyanjung tinggi Umno sekiranya mereka tahu menilai keadilan dan menghukum rakyat secara saksama.

Ayuh Umno! Serlahkan kejantanan mu.

baca selanjutnya...

Friday, May 9, 2008

DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH


Keajaiban Solat

Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yangIslam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yang menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.
Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Beliau adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" . Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji
hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan
Sembahyang!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!

Tidak menunaikan sembahyang , otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

baca selanjutnya...

FWD EMAIL SAHABAT


Berhati2 - Tom Yam Set Mengandungi Bahan Babi
(Porkcrackling)

Sekiranya anda gemar memakan tom yam , berhati hati apabila membeli perencah tom yam set 'thai chili paste' mae pranom brand. Set ini ada tulisan jawi "halal" tapi bahan-bahan iaitu paste ada mengandungi ' pork crackling' iaitu kulit babi.

Ianya digunakan sebagai pelengkap kepada set perencah yang di bungkus bersama bahan asli seperti serai, limau kasturi, lengkuas , cili padi dan daun limau sementara perencahnya 'thai chili paste' mae pranom brand banyak dijual di supermarket dan kedai2 di negara brunei darussalam. Mungkin terlepas juga di tempat kita. Gambar-gambar
tom yam set tersebut disertakan buat tatapan dan perhatian.


Untuk pengesahan selanjutnya, sila semak di Hub-hala Jakim.

baca selanjutnya...

Thursday, May 8, 2008

SATU LAGI KEBODOHAN YB BN


Wakil Rakyat Cap 'Angsa'

Terpandang kat tajuk utama Kosmo hari ini, "Talak Elektrik". Mungkin topik itu biasa saja, tetapi jika kita menyelami maksudnya, kita akan temui satu jawapan yang padu iaitu "Wakil Rakyat Kuala Nerus Cap Angsa", "TNB Cap Kure".

Kenapa! Yelah...sian kat pakcik Mamat Abdullah tu, rumah tak jauh dari jalan besar, kalau YB Kuala Nerus berulang alik pun mungkin nampak rumah sebuah yang usang tu. Jika melintasi waktu malam dah tentu rumah tersebut gelap gulita, sebab tak ada bekalan elektrik. Tak perasan ke YB? Kalau tak silap area ni kawasan Ramli Noh kot! Ustaz Umno yang cool tapi bisa.

Hai YB, sibuk ngan paper work nak teruskan Islam Had-Had Hari ke lagi? Atau bz dengan projek kembungkan kantung sendiri? Takkanlah masalah kecik macam tu tak dapat nak seattle.

Menurut Pakcik Mat tu, dia dah tinggal kat situ sejak 2004. La ning dah 2008, lama dah tu. Tapi bagi BN jangka masa tu amat singkat, belum sampai 50 tahun lagi...kan! Itulah Amno! Tapi jika diajukan pertanyaan, mesti beliau salahkan TNB. Rasanya TNB yang terlalu berprosedur ni pun lebih kurang jugak. Sepatutnya tengoklah pendapatan Pak Mat ni berapa sehari hasil dari jual getah.

Dari segi kebajikan sosial, dahulukanlah bantuan kecemasan itu. Malulah dalam era globalisasi, YB BN bercakap tinggi melangit, tetapi masih ada rakyatnya yang tidak ada bekalan elektrik. Yang peliknya, bila negara luar ditimpa bencana, pihak kerajaan BN ni mampu menyediakan ratusan juta ringgit untuk mereka. Rakyat sendiri...macamana?

Paling menarik, Pak Mat terpaksa kahwin cerai akibat masalah elektrik nih! Inilah dikatakan sebuah kisah syahdu daripada kebijaksanaan BN memerintah.

Bacalah kisah Mamat abdullah ni dalam Kosmo hari ini.

baca selanjutnya...

SEJENAK...


Kemewahan Menghanyutkan Pemimpin

Perubahan ketara senario politik tanahair selepas pilihanraya baru-baru ini menyingkap satu sejarah baru negara ini. Jika selama ini rakyat kelas bawahan sering melihat gaya mewah wakil rakyat mereka, tetapi kemenangan 82 ahli Parlimen pembangkang menyentap situasi itu apabila kebanyakan daripada mereka tidak menunjuk-nunjuk dan lebih mudah dikenali dengan gaya ‘santai’ sahaja jika dibandingkan dengan pemimpin Umno.

Secara tidak langsung, amalan itu memenuhi tuntutan dalam Islam yang mahukan para pemimpinnya bertanggungjawab kepada rakyat dan tidak mementingkan kesenangan diri sendiri semata-mata.


Cuba kita lihat kembali bagaimana kisah menarik khalifah yang sangat adil dalam sejarah pemerintahan Islam, iaitu Umar bin Abdul Aziz dan penasihatnya yang jujur Rajak bin Haiwah.

Kata Rajak bin Haiwah: Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi Gabenor Madinah, beliau pernah berkata kepadaku: “Wahai Rajak! Pergi belikan untukku sehelai baju”.
Aku pun belikan untuknya sehelai baju yang baik, harganya lima ratus dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya murah”.
Selepas beberapa tahun beliau menjadi khalifah. Suatu hari beliau berkata kepadaku: “Belikan untukku sehelai baju”. Maka aku membeli untuknya sehelai baju yang murah lagi amat sederhana, harganya hanya lima dirham. Apabila aku membawanya kepada beliau, maka beliau memegangnya dan berkata: “Bagus, cuma ianya mahal”.

Aku kehairanan, bagaimana mungkin baju yang aku beli untuknya di Madinah beberapa tahun lalu dengan harga lima ratus dirham dianggap murah dan baju yang aku beli sekarang dengan harga hanya lima dirham dianggap mahal.
Perasaanku tersentuh dengan perkataan beliau dan aku pun menangis. Umar bin Abdul Aziz bertanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Rajak?. Kataku: “Perkataanmu wahai Amirul Mukminin, bagaimana mungkin engkau menganggap baju yang lepas yang berharga lima ratus dirham murah, dan baju sekarang yang berharga lima dirham mahal?.

Balas Umar bin Abdul Aziz: “Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya.
Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”.
Begitulah jiwa seorang pemimpin yang mencatatkan sejarah keadilan kepimpinannya dengan tinta emas. Beliau hanya memerintah selama dua tahun, tetapi mengukir namanya dengan penuh keindahan di persada sejarah yang tidak kunjung padam. Jika diukur hubungan jiwanya dengan habuan kekal yang diharapkan di sisi Allah pada hari akhirat kelak telah menjadikan kepimpinannya penuh dengan keadilan dan rahmah Allah yang mencurah-curah.

Walaupun pakaiannya hanya dari kain murahan, tetapi keadilannya tidak dapat dibeli dengan apa-apa harga pun. Sejarah tidak pernah mengenangkan kemewahan harga baju atau kediaman seorang pemerintah dengan kenangan indah. Bahkan dalam sejarah, sikap suka bermewah-mewah pemerintah menggunakan harta rakyat telah banyak menghasilkan mimpi ngeri dan babak hitam bagi kehidupan rakyat jelata. Namun sejarah indah hanya akan mengingati keadilan dan amanahnya seorang penguasa, sekalipun bajunya buruk.

Cuba renungkan tampungan yang ada di baju Khalifah ‘Umar bin al-Khattab r.a., namun jiwa rakyatnya tidak pernah berlubang seperti bajunya. Amanah dan keadilan meliputi pemerintahannya. Entah berapa ramai pemimpin yang baju mereka megah dan mewah, namun jiwa dan perasaan rakyat mereka sentiasa terkoyak dan carik.
Adalah satu kesilapan besar apabila seorang pemimpin jika merasakan dia dihormati kerana gaya mewahnya, mampu menjulingkan mata rakyat. Dia lupa pemimpin dihormati kerana jasa, prihatin, amanah dan keadilan pemerintahannya. Bukan kerana kenderaannya yang mewah, rumah yang gah, paip dan curut yang panjang, isteri yang berhias permata berlian atau cermin matanya yang pekat hitam sehingga dia buta penderitaan rakyatnya. Tidak! Sesungguhnya tidak sama sekali.
Kita tidak pernah menyeru agar pemimpin Islam hidup dalam kemiskinan, kelaparan, atau memakai pakaian yang buruk serta tinggal di rumah yang nak roboh. Mungkin gaya yang hebat juga diperlukan untuk politik zaman kini yang terpaksa menghadapi persaingan musuh-musuh yang berbagai. Tidak salah bermewahan jika itu adalah harta mereka yang halal, bukan rasuah atau salah guna kuasa.
Pakai dan memilikilah apa yang mereka mahu, jika itu semua datang dari sumber yang diredhai untuk mereka. Bukan tidak ada pemimpin-pemimpin yang sememang berharta hasil dari usahanya sendiri. Bahkan kekayaan sesetengah pemimpin melimpah untuk rakyatnya dengan keikhlasan dan kasih-sayang.

Terengganu mungkin antara contoh terbaik dalam hal ini. Namun di sesetengah negeri, ke’ranggi’an pemimpin yang bergaya dengan hartanya menimbulkan kejengkelan dalam jiwa rakyat yang melihat. Sehingga seakan perlambangan seorang pemimpin itu, bukan kerena kewibawaannya, adab, karismanya, atau keadilannya, sebaliknya adalah harta dan kekayaannya yang ditunjuk-tunjukkan kepada orang ramai.
‘Teratak’ pemimpin pula bukan dikenali kerana dipenuhi rakyat yang mengadu hal derita mereka, tetapi mungkin kerana pagarnya yang besar, dan kemewahan luar dan dalamnya. Begitu juga kenderaan pemimpin bukan dikenali kerana sering tiba di kawasan rakyat melarat, tetapi kerana harganya yang luar biasa. Manakala, isteri pemimpin dikenali bukan kerana adab dan sopannya terhadap rakyat, tetapi kerana gaya ranggi dan hiasan diri yang mahal-mahal.
Maka sesetengah pemimpin merasakan dirinya berada pada kasta yang tinggi dan rakyat pula pada kasta bawahan. Maka wakil rakyat ada yang bertukar menjadi ‘tokeh rakyat’. Jika hal ini berlaku, politik kedengkian pun akan subur dan terus merebak lalu umat ini terus bergolak.

Ingat! Pelahap dan insan munafik adalah pendamping kepada pemimpin yang menjadikan harta dan gaya mewah teras kekuatannya, jika bukan keadilan dan kewibawaannya menjadi kekuatan. Mereka dikelilingi kerana habuan yang diharapkan dan dipuji kerana harta yang boleh diberi. Mereka pasti sukar menemui insan jujur yang sudi menegur tanpa minta dibalas dan menasihati kerana keikhlasan.
Seandainya kesilapan tidak dibetulkan dan kesalahannya tidak diingatkan, nescaya pemimpin itu akan tenggelam dalam pujian dusta dan khianat, kerana setiap yang ada di kelilingnya tidak pernah berfikir tentang nasib pemimpin mereka di akhirat nanti, sebaliknya hanya berfikir tentang untung mereka di dunia. Jika ada tokoh berlebel agama di sekitarnya pun, tidak akan berfungsi jika harta yang dicarinya. Akhirnya, ulama hanya mainan orang politik, bukan orang politik dipandu oleh ulama.

Lihat Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 66-68: (maksudnya) Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.
Justeru itu dalam hadis baginda menyebut: “Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Pertama, kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun. Kedua, kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. Ketiga, kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (maksudnya pertanyaan yang tidak berfaedah): Riwayat Malik dalam al-Muwatta`.

Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.
Maka rasuah dan politik wang akan berleluasa. Jika pemimpin naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti mereka ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat. Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat melalui hartanya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal dalam riwayat yang lain, sebelum kiamat adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.
Para sahabat bertanya, “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Rasulullah SAW, “Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah berdasarkan kewibawaan dan karisma yang dirujuk kepada dua persoalan asas, iaitu persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah. Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Seterusnya, kemampuan dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.
Tidak semestinya ustaz atau ulamak, tetapi iltizam dan keupayaan. Maksudnya, bukan kemewahan harta atau besar serban, tetapi kewibawaannya. Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Setidak-tidaknya, biarlah kekayaan adalah hasil dari titik peluh sendiri atau usaha yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, mereka bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Lebih tepat, kekayaan pemimpin wajar dikongsi untuk manfaat rakyat.
Moralnya: kemewahan bukanlah tiket untuk para pemimpin bermegah, mendabik dada serta berpoya-poya. Jadikanlah kemewahan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bukan menjadi bahan bakar api neraka di akhirat kelak.

baca selanjutnya...