Monday, May 5, 2008

KERJA BARU PEMUDA AMNO: BUAT LAPORAN POLIS




Tak Ada Kerja ke?

Seronok juga tengok macamana gelabah puak-puak Pemuda Amno duk sibuk buat laopran polis pasal kenyataan Karpal Singh. Ana bukanlah nak sokong Karpal dalam isu ini, cuma nak ulas dan terasa hairan juga, sejak bila Pemuda Amno begitu prihatin dengan semua ini?

Nampaknya sejak kalah teruk ni...mereka jadi semakin banyak kerja. Kalau kata nak buat kerja mereka sendiri dengan memperbaiki kelemahan parti dan bermuhasabah diri tentang kekalahan rasanya ada rasa menasabah juga. Ini tak...asyik sibuk memanjang dan saban hari kerja dia orang pasang telinga dan catat ungkapan yang dirasakan boleh dibuat laporan polis. Kesian kat pemimpin pembangkang, nak bercakap kena bertapis.

Buat mereka ni, ana nak respon sikit. Kalau selama ini tak pernah buat kerja macam ini, tak payahlah nak sibuk-sibuk. Sebab, pertama sekali rakyat tengok benda yang dibuat-buat ni, memalukan. Jangan anggap awak jer yang hebat dan ada akal. Rakyat lebih bijak menilai. Lagipun apa yang dibuat akan menambahkan lagi kebencian rakyat pada Amno. Tak serik lagi ke?

Nak bagitau juga pada juak-juak ni. Kenapa bila sekadar mengeluarkan kenyataan sebegitu, mereka sibuk nak buat laporan polis. Sedangkan ketika Majlis Pemangku Sultan Terengganu melantik Ahmad Said sebagai MB, dan ditentang secara biadap oleh puak Idris Jusoh, mereka tak buat laporan polis? Terbentang kain rentang 'NATANG' ditujukan kepada MPPR Terengganu, sebab apa tak heret puak-puak Exco Pemuda pergi buat laporan polis?

Sebelah utara pula, bila Raja Perlis lantik Mat Isa Sabu sebagai MB, kenapa tak sibuk ke balai Polis buat laporan kebiadapan Shahidan Kassim terhadap Raja? Butakah puak-puak ini? Kononnya gerak kerja sekarang ini bersandarkan kepada sensitiviti ketuanan Melayu. Tetapi kenapa memilih kes untuk diketengahkan?

Apa yang pasti, dalam keadaan tersepit....mereka mampu melakukan apa sahaja, asalkan nampak hebat dan gah sebagai pahlawan bersarungkan keris berkarat, mereka sanggup menebalkan muka menjadi hulu balang kononnya. Kalau nak jadi hero sekalipun, duduklah berbincang dengan orang yang cerdik sikit. Jangan asyik nak buat laporan polis dengan hanya memandang salah sebelah pihak sahaja. Ironinya, banyak puak-puak Amno yang buat silap, bukannya PR. Bila dah buat laporan, mereka pasti tanpa segan silu menjilat ludah mereka balik apabila ada kes di pihak Amno yang akan mereka pejamkan mata sahaja. Tak gitu?

No comments: