Saturday, May 3, 2008

Lemas di Sekayu


Mangsa lemas dihanyutkan kepala air

..ana sempat bergegas ke Sekayu apabila ada sahabat menelefon mengatakan ada mangsa lemas akibat dihanyutkan "Kepala air" di situ. Masa tu ana sedang membuat liputan lumba basikal Pra-Sukma di Bandar Kuala Berang. Kejadian berlaku sekitar 1.45 tengahari, dan memang di kawasan hulu nampak awan gelap sekali.

Bagaimanapun, ana tiba ke tempat kejadian sekitar jam 4.30pm. W/pun dah tahu mangsa pertama sudah ditemui dan disahkan meninggal dunia, ana terus juga ke lokasi untuk mendapatkan pandangan sebenar.
.

Tiba di lokasi, di jambatan pertama sebelum sampai ke air terjun ana lihat pihak Bomba dan Penyelamat sedang bertungkus lumus mencari mangsa yang lain. Diberitakan mangsa yang terlibat adalah sebanyak 8 orang. Seorang ditemui mati lemas, dua lagi masih belum ditemui dan lima orang berjaya diselamatkan berpaut di sebuah batu besar di tengah kawasan air terjun.

Tiba ditempat kejadian (sebagaimana dalam gambar), ana terus mendapatkan ahli keluarga mangsa yang belum ditemui. Menurut abang ipar salah seorang mangsa (Sukri bin Mamat), adiknya itu tidak memberitahu keluarga ke mana tujuan semasa turun dari rumah, dan pihak keluarganya hanya mengetahui kejadian berkenaan sekitar jam 3.00pm. Manakala bapa saudaranya pula sempat menunjukkan kereta kancil yang dibawa oleh mangsa ke situ yang masih terletak di kawasan parking.

Sukri berasal dari Rhu Renggeh, Marang dan bekerja sebagai 'tukang elektrik'. Manakala seorang lagi yang belum ditemui tidak diketahui identitinya. Mangsa yang telah ditemui, merupakan seorang gadis dikenali Sakinah yang berasal dari Kampung Kuala Pueh, Kuala Berang. Mayat mangsa dihantar ke hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat. Ana tak sempat ambik gambar pun. Lokasi mayat mangsa ditemui adalah sejauh hampir 1 kilometer dari tempat kejadian.

Kerja-kerja menyelamat masih diteruskan, dan pihak keluarga dan orang ramai masih berharap mangsa ditemui dengan selamat.Al-faithah buat keluarga mangsa.

Keterangan gambar.
Gambar besar merupakan tempat kejadian berlaku.
Gambar kecil: Bapa saudara mangsa:Subri, Kereta Subri, dan pihak bomba dan polis masih meneruskan operasi mencari.

No comments: