Hentam Umno Tapi Tak diambil Tindakan
Kepimpinan Umno yang ada pada masa ini dilihat amat takut dan begitu hormat kepada mantan PM Malaysia, Tun Dr, Mahathir Mohamad. Apa tidaknya, setiap kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh Tun hanya dipandang sepi oleh kepimpinan tertinggi BN/Umno.
Terkini, kenyataan Tun yang mengecam pemimpin Umno yang hanya tahu mengumpul harta sahaja akan lingkup dalam masa terdekat ini. Baginya, ketelusan PR yang lebih adil dan saksama dalam pemerintahan serta lebih mementingkan keselesaan rakyat dilihat dapat menarik sokongan yang lebih besar daripada rakyat. Malah beliau begitu yakin bahawa ada di antara MP BN yang akan bosan berada dalam kerajaan dan akan melompat ke PR bagi membentuk kerajaan pusat yang baru.
Tetapi sebaliknya, jika kenyataan-kenyataan pedas sebegitu dikeluarkan oleh pemimpin PR, maka sudah tentu mereka akan diselar dan diserang secara besar-besaran. Pihak pembangkang tidak diberi peluang untuk bersuara walaupun ia ada nilai sejagat untuk rakyat. Inilah rupa sebenar pemimpin Melayu umno yang hanya diberikan secalit kuasa oleh Allah SWT.
Mengapa mereka tidak berani mendakwa Tun Mahathir? Sedangkan kenyataan-kenyataan beliau kadangkala lebih pedas dan mengaibkan Umno itu sendiri. Bandingkan pula dengan kenyataan Karpal yang mempertikaikan campur tangan istana Perak? Mereka begitu bersungguh-sungguh mengambil cakna dan jika silap langkah Karpal akan dikenakan tindakan oleh Peguam Negara.
Sikap 'double standard' ini sebenarnya memerangkap Umno sendiri. Mereka merasa seronok dengan kuasa yang ada di tangan. So, nak buat apa saja tak kisahlah. Namun, mereka juga lupa bahawa segala tindak tanduk mereka itu sedang dinilai oleh rakyat. Semakin banyak kebobrokan yang dicipta oleh Umno, maka semakin tinggi 'percent' kebencian rakyat kepada mereka.
Dalam menyelesaikan sesuatu isu, pemimpin Umno dilihat tidak mempunyai asas timbang-tara yang profesional. Mereka hanya pandai melulu dan tidak memikirkan kesan jangka panjang sokongan rakyat negara ini. Lupakan seketika kekuasaan, dan cuba renungkan perpecahan dalaman mereka sendiri. Apa lagi yang mereka banggakan masih berada dalam Umno? Sokongan? Harapan? Masa depan? Semuanya sudah hancur dalam Umno.
Dengan kekuasaan yang tak seberapa ada itu, pemimpin Umno semakin berlumba-lumba untuk mengumpul sebanyak mungkin kekayaan sebagai bekalan untuk menjadi 'PEMBANGKANG' mungkin?
Sebab itulah bekas ketua mereka, Tun Mahathir hentam Umno bagai kucing kurap sekalipun, pemimpin yang masih ada hanya buat muka 'ayam israel' jerlah.
Wednesday, May 7, 2008
TAKUTKAH UMNO KEPADA TUN MAHATHIR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment