Friday, October 31, 2008

SUDAHLAH ROSOL....


Dah banyak aku dengar orang melalak duk salak bukit. Tapi banyak-banyak melalak, seronok tengok Rosol tanpa wahyu sorang ni yang tak berhenti melalak lagi sejak kalah pemilihan Umno Bahagian Hulu Terengganu baru-baru ini. Kalah pulak dengan budak hingusan, Mat Rozi (ckp Melayu pun pelat)..Hahahahaa!

Itulah Rosol, hang ada ilmu agama, tapi silap masuk sarang. sepatutnya berjuanglah menegakkan Islam yang syumul, bukan tegakkan Islam HadHad Hari sebagaimana yang ngko pertahankan dulu. Malang sungguh nasibmu Rosol. Bila dah kalah, asyik hentam orang lain saja. Kononya tidak berdendam, tapi terus mengeluarkan kenyataan. Orang panggil apa macamtu?

Kamu lupa Rosol, inilah balasan orang yang keji memperlekehkan Islam di atas muka bumi ini. Allah bayar 'cash' terhadap keangkuhan kamu itu. Nasib baik hang tak dipanah petir tau...

Ketika mempunyai kuasa dalam Exco kerajaan negeri, dan pegang jawatan SU Perhubungan Umno Negeri, hang lupa diri. Dalam dewan dengan selamba hang maki Tuan Guru, hina orang lain nak tegakkan Islam, kononnya Islam HadHad Hari itulah terbaik.

Semua orang kena perlekeh dengan hang sorang. Maklumlah org kanan Derih Jusoh. Kini apa sudah jadi? Mana bos hang tu? Dia cool jer, dapat pegang Pengerusi MARA lagi, yang menyalak kamu dan konco-konco kamu....dapat apa? Boleh malu jer. Asyik buka pekung di dada memanjang, semua orang tahu keburukan kamu dan parti mangkuk kamu tu.

Bawak bertaubatlah Rosol, pi masjid Bukit Diman bermuhasabah diri, minta ampun dengan Allah dan kembalilah ke jalan yang benar. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.

baca selanjutnya...

ABG MAD SEJID BUJAL DAH MULA TUNJUK BANGGANG DIA...


Salam sejahtera!
Minggu ini kita dikejutkan dengan pelbagai kejutan daripada Kumpulan Bank Najis (BN) terutamanya Umno. Yang paling mengejutkan adalah kenyataan Abg Mad Sejid Bujal (MB Terengganu) yang mengeluarkan kenyataan akan menguggurkan 'title' Exco yang disandang oleh Yahya Khatib ekoran kemenangan besarnya mengalahkan Senator Man Bakar dalam perebutan Ketua Bahagian Marang baru-baru ini.

Selain itu, dua Exco lagi turut disenarai hitamkan oleh beliau atas alasan yang sama. Bukan sahaja mengejut, tetapi ia menunjukkan sikap sebenar seorang Menteri Besar Terengganu yang tidak 'educated'. Ahmad Said memang dilabelkan sebagai salah seorang ADUN yang kurang cerdik di kalangan rakan-rakan YB Terengganu sendiri, tetapi disebabkan tiada pilihan, maka beliau dilantik sebagai MB Terengganu. Malang sungguh nasib rakyat Terengganu kini.

Paling banggang adalah sikapnya yang mahu melucutkan gelaran Exco terhadap tiga orang ADUN termasuk Yahya Khatib. Kebodohan Ahmad amat ketara. Sepatutnya kalau nak tunjukkan kebenggapan pun biarlah bawa bersabar. Jangan terburu-buru. Disebabkan terlalu ikutkan perasaan dan desakan pihak yang kalah, beliau terus melenting.

Semua rakyat Terengganu sedar, penasihat utama Ahmad adalah Tengku Putera Tengku Awang (Ku Tera) Speaker Kerajaan Terengganu, merangkap Ketua Bahagian Hulu Terengganu. Dua lagi orang kuat beliau adalah Matulidi (Ketua Bahagian Dungun), dan Man Bakar sendiri.

Ketiga-tiga penasihat Mad Said itu rupanya hilang sabar apabila Yahya Khatib menang dan sekaligus mengaibkan MB Terengganu. Ahmad aib, kononya Yahya tidak mendengar nasihat beliau agar menarik diri daripada bertanding menentang 'calonnya' Senator Abd. Rahman Bakar. Kelangsungan pemilihan Bahagian Marang menampakkan sedikit kewarasan ahli Umno akar umbi yang mahukan perubahan. Malah, kemenangan Yahya Khatib itu turut memberikan kemenangan moral kepada mantan MB Terengganu, Idris Jusoh, di mana anak-anak buahnya masih mempunyai sokongan.

Bagi Idris pula, kemenangan Yahya itu menampakkan sedikit sinar buatnya untuk kembali ke kancah politik setelah disingkirkan dengan aib sekali. Harapan itu tidak lain bergantung kepada Najib yang bakal menjadi PM nanti. Struktur asas politik Najib adalah di aliran 'grass root' Idris, bukannya Ahmad Said. Begitu juga dengan Ku Tera yang menang di Hulu Terengganu yang dikatakan bakal disingkirkan sekiranya Najib berkuasa nanti. Bermakna nasib Rosol semakin cerah.

Berbalik kepada Ahmad tadi...tindakannya itu amat kebudak-budakan, yang akan menyebabkan pemimpin utama Umno di Terengganu akan membuat penilaian logik berkaitan status kebijaksanaan beliau sebagai pemimpin utama Umno Terengganu.

Walaupun Ahmad tahu risikonya amat besar apabila beliau melucutkan jawatan Exco Yahya nanti, namun beliau masih bersandarkan teori 'aku berkuasa, aku boleh lakukan apa sahaja'. Namun, beliau lupa bahawa era kegemilangan Idris yang dijatuhkan oleh beliau juga berpendirian sama. Akhirnya keangkuhan Idris terus lebur. Apakah Ahmad kebal untuk menangkis itu semua? Sedangkan kini, Puteri Umno Marang membuat pendirian akan berdiri teguh di belakang Yahya Khatib walaupun apa sekalipun terjadi.

Nahaslah lu..Bang Mad weiii!

baca selanjutnya...

Thursday, October 30, 2008

PENAGGUHAN PEMBELIAN EURO DAN HELIKOPTER BOLEH SELAMATKAN DUIT RAKYAT


Serangan dan tuntutan berterusan rakyat dan NGO'S yang prihatin dengan penyalahggunaan wang rakyat dalam usaha pihak kerajaan BN membelanjakan sewenang-wenangnya agak berkesan sehari dua ini.

Laporan polis dan bantahan yang dilakukan oleh AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Najib yang menerima bidaan membeli Eurocopter bagi menggantikan Nuri telah merenjatkan bakal PM Malaysia itu. Dengan tidak semena-mena proses jual beli terpaksa dihentikan akibat jurang (margin) harga dan keuntungan adalah melampau. Malah, kesan bantahan itu juga dapat menyekat pihak kerajaan berurus niaga dalam satu lagi pembelian 21 buah Helikopter untuk kegunaan PDRM.

Kedua-dua projek urusniaga itu amat ketara dan melibatkan wang berbillion ringgit. Sedangkan dalam masa yang sama kadar inflasi negara semakin meningkat. Bukan sekatan itu yang mahu dibincangkan, namun ketelusan memainkan peranan yang penting.

Sebenarnya jika rakyat negara ini prihatin dan sayangkan negara, maka sudah lama pemimpin-pemimpin Umno-BN diboikot. Bermakna hayat BN sudah lama mati. Namun, disebabkan Umno dan BN merupakan gabungan parti yang mengamalkan politik rasuah terutama konsep menaburkan wang untuk berkuasa sebagaimana kata ramai penganalisis politik, tidak hairanlah semua perkara itu berlaku.

BN yang dikepalai oleh Umno merupakan parti berteraskan wang. Semua pemimpin utama dan pemimpin kampungan akan mengejar kebendaan untuk terus berkuasa dan mendapatkan kuasa. Dengan sekecil-kecil duit sehingga melibatkan berbillion ringgit telah menjadi tradisi dan amalan sejati mereka.

Barisan kepimpinan BN merasa bangga apabila mereka dapat menabur wang sebegitu banyak agar rakyat di bawah mereka terus menjadi peminta setia. Hanya dengan cara itu negara ini boleh mereka kuasai tanpa perlu menjelaskan konsep kerohanian secara menyeluruh. Dan dengan pendekatan itu juga Umno dapat mengelakkan rakyat secara keseluruhannya menuntut mereka menegakkan sebuah negara Islam.

Secara tidak langsung, Umno berjaya menjalankan konsep penerapan nilai-nilai Islam yang mengaburi mata rakyat. Dengan kuasa duit, mereka merencanakan aktiviti riadah dan amalan jariah seolah-olah menepati syariat Islam. Lihat sahaja bagaimana kerja amal yang disusuli dengan persembahan artis menjolok mata. Mengadakan pesta keraian secara bebas melibatkan bukan munrim dan sebagainya. Itu biasa.

Malangnya masih ramai rakyat yang begitu marahkan pemimpin banggang mereka itu tidak mengambil tindakan sewajarnya. Malah, apabila tiba ,masa pemilihan mereka pula sanggup mempertahankan segala kebobrokan pemimpin mereka pula.

Inilah wadah dan legasi sebahagian rakyat Malaysia. Mereka mudah digula-gulakan. Sebanyak mana kerajaan mahu menggunakan wang rakyat dengan kapisti tidak masuk akal sekalipun, mereka masih boleh tersenyum. Berapa ramai yang bangkit menentang dan membuat laopran kepada pihak berkuasa? Walaupun pihak yang berkenaan dicurigai ketelusannya, rakyat mesti bangkit sebagaimana rakyat Thailand dan Indinesia bangkit menuntut hak mereka sehingga kerjaan mampu ditumbangkan.

Ayuh warga Malaysia....renungilah diri dan kenalilah peribadi pemimpin kamu. Percayalah, kita tidak akan mati jika membuang pemimpin yang penuh JAHANAM dan memilih pemimpin yang mencintai ISLAM. Kita belum melunaskan lagi janji kita kepada Allah SWT; kita adalah Khalifah yang diutuskan untuk menegakkan Islam di muka bumi ini. Ingat dan Fikir-fikirkanlah!

baca selanjutnya...

Sunday, October 26, 2008

MANA YB UMNO TERENGGANU?

Meneliti senarai calon yang dicalonkan Bahagian Umno untuk menduduki kerusi penting parti itu di peringkat Pusat, berderau juga darah penulis ketika menulis artikel ini. Bukan kerana minat hendak mengulas hal pemimpin Umno Terengganu, tetapi sesekali 'kaget' juga apabila terkial-kial mencari kedudukan teratas senarai nama mereka bagi jawatan penting itu.

Soalnya di mana kedudukan mereka?
"Alahai! Buat apa susah-susah nak menyusahkan diri bertanding jawatan tertinggi di peringkat pusat. Bukankah jadi Yang Berhormat (YB) di sini (Terengganu) pun dah kira ok. Mesti kayalah!," ujar salah seorang bekas ahli jawatankuasa Umno peringkat cawangan di negeri Penyu bertelur itu.

Tidak keterlaluan jika Terengganu dikatakan antara negeri yang paling 'sejuk' melahirkan pemimpin Umno di peringkat pusat. Sedangkan dalam masa yang sama penyokong di sini amat dahagakan pemimpin mereka menjadi wira di peringkat pusat. Langsung tiada nama yang boleh diketengahkan, dan jika ada sekalipun pasti tewas sebelum 'keris' dihunuskan. Memalukan!

Jenguk sejenak ke selatan, terutama Johor yang membariskan banyak nama besar dan kecil. Yang penting bukan sekadar ada nama, sokongan yang mereka dapat amat menghairahkan. Pasti melelehkan air liur YB di Terengganu.

Ketika pemimpin Umno Terengganu terkial-kial cuba mencelah, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu gah melepasi had kelayakan bertanding calon Timbalan Presiden Umno. Malah, masih ada tiga nama lagi yang bersaing jawatan Naib Presiden, iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datu Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Datuk Seri Syed Hamid Albar. Manakala dua nama besar lain yang tidak berminat bertanding kali ini adalah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Tak berapa kerat yang kenal Ahmad Said. Namanya 'meletup' seketika pun kerana isu jawatan MB dan kos penyelengaraan kereta Proton Perdana V6. Lepas itu sunyi balik. Siapa yang kenal dengan Nasir Ibrahim Fikri? Walaupun anak bekas MB Terengganu, beliau tiada taring di peringkat pusat. Tengku Putera lagi mengecewakan. Ahli Majlis Tertinggi yang kini meniti masa kejatuhan ekoran sukarnya mendapat pencalonan.

Jauh sekali ahli Umno di negara ini mahu mencalonkan Rosol Wahid, Abdul Rahman Bakar dan Din Adam. Sedangkan Razali Ismail yang memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran tidak ada kemampuan membawa diri sendiri. Maklumlah, menang pun hanya dengan beberapa undi sahaja dengan Mat Sabu. Kalau ada sekelumit sokongan dan sedang dikenali ramai, hanyalah Shabery Chik yang memegang potfolio Menteri Penerangan. Itu pun ketika berdebat dengan Anwar Ibrahim, memek muka sudah jadi tidak keruan apabila ‘terkena’ batang hidung, bagaimana mahu memimpin ahli di seluruh negara?

Sejarah juga membuktikan bagaimana hebatnya kalangan wanita Umno Johor. Kebetulan pula, penyandang Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad datangnya dari Johor yang mengambil alih daripada orang Johor juga, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ke mana pula calon-calon wanita dan puteri Umno Terengganu. Ini juga mengaibkan ahli wanita dan puteri Umno Terengganu malah, ada yang ditanya langsung tidak mengenali mereka itu. Keluarlah, Nordiana!

Wujud teori yang mengatakan bahawa negeri terkaya, rakyat termiskin ini sudah termakan sumpah. Mereka hanya 'berlagak' di kandang sendiri sahaja tetapi tidak mampu melangkah jauh. Bersamaan dengan 'talent' yang ada pada mereka, hanya mampu berceramah kepada orang kampung sahaja.

Menambah derita, calon-calon dari selatan terus menguasai saingan termasuk, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Rahim Tamby Chik dari Melaka yang membuat pengumuman terbuka bertanding. Begitu juga bagi Tan Sri Mohd Isa Samad yang tidak menghadapi masalah untuk memenangi semula jawatan naib presiden yang disandangnya pada 2004 dahulu.

Benarkah ini suratan bagi Terengganu dan kebetulan pula bagi Johor dan jirannya. Menyelongkar sejarah, ia tidak menghairankan di mana ramai sekali pemimpin Umno datangnya dari sana. Presiden pertama Umno Datuk Onn Jaafar adalah orang selatan. Diikuti Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Nak tahu lagi? Nah! Selatan juga ada Tun Ghaffar Baba, Tun Sardon Jubir dan tak lupa pada Tan Sri Musa Hitam.

Hairannya, kenapa jiwa anak-anak Terengganu yang bergelar YB Umno tidak begitu teringin mengikut jejak langkah mereka itu. Malangnya dalam masa semua bahagian menamatkan mesyuarat masing-masing, adakah mereka dari Terengganu dicalonkan? Bukan kata Timbalan Presiden atau Naib Presiden yang cukup kabur bagi mereka, tetapi sekadar calon Majlis Tertinggi (MT) sekalipun belum pasti melepasi paras kelayakan.

Walaupun ada suara-suara nakal mengatakan bahawa pemimpin Terengganu 'dok rok cetong' (dialek Terengganu), sebenarnya mereka tiada karisma untuk menjadi 'leader'. Benarlah kata bekas Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mustaffa Yassin bahawa Umno merupakan Parti Pusaka. Lihat bagaimana proses penyerahan jawatan tertinggi (Presiden Umno) dilakukan. Ia seolah-olah mengambarkan Presiden itu sendiri adalah harta pusaka yang perlu 'diserahkan' dan bukan melalui pemilihan akar umbi. Sedangkan pemimpin adalah milik ahli.

Namun, segala peluang kepimpinan tertinggi Umno yang tidak mengalir kepada YB Terengganu mungkin ada rahmatnya buat rakyat negeri ini. Tidak salah jika mengatakan, kepimpinan tertinggi negara ini akan jatuh juga kepada wakil rakyat dari Terenggannu atau jirannya Kelantan, sekiranya Pas yang berada dalam Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihanraya akan datang.

Mungkin juga dilabelkan salah sebuah negeri yang terlibat dengan dokongan Islam 'exstream', tempiasnya turut terpalit kepada pemimpin-pemimpin Umno di sini. Lantas, mereka terus dipinggirkan, walau berita sensasi sesetengahnya itu heboh diperkatakan di seluruh negara.

baca selanjutnya...

Thursday, October 23, 2008

TUTUP SHOUT BOX KELAB RADIO TKO.FM

Bukti Pengendalinya Tidak Profesional dan Takut Pada Bayang-Bayang

Salam sejahtera, Saya terpanggil untuk menyatakan semua ini kerana untuk menyatakan kebenaran...Sebagaimana sahabat tahu, penutupan sementara laman sembang (shout box) di Kelab GB radio tko.fm membuktikan pemiliknya atau DJ gaban amat takut denan bayang-bayangnya. Beliau yang megendalikan radio berkenaan sebelum PRU12, telah mendapat sambutan hangat termasuk daripada ana sendiri.

Namun, bersandarkan status amaturnya, GB gagal mengawal emosi dan telah membuktikan beliau seorang yang tidak profesional apabila berhadapan dengan kritikan. Sejak akhir-akhir ini GB yang petah berbicara, warak, dan banyak memberikan ulasan al-quran dan hadis telah terjebak dengan isu ahli jawatankuasanya yang mahu meletakkan jawatan.

Paling mengecewakan, GB telah mempolitikkan situasi ajknya yang secara sukarela berkhidmat dan sukarela mahu meletakkan jawatan disebabkan kekangan kerja sehingga beliau sendiri tertekan.

Mungkin ramai yang tidak sedar dengan apa yang telah berlaku dan apa punca sebenarnya. Walaupun yb_pmn bekas Pengerusi kelab tersebut tidak sehebat dan terkenal sebagaimana GB, namun apabila tuduhan dan tohmahan keterlaluan daripada GB kepada diri ini dan bekas Setiausaha Puteri Salsa, maka ianya perlu dijelaskan.

Biarlah ada yang mahu mengutuk diri ini, namun pendedahan perlu untuk menyedarkan orang yang alpa. Syabas GB yang HEBAT! Namun anda gagal!

Kenapa tidak mahu mengaku melakukan kesilapan dan berbincang secara profesional di shout? Takut untuk menterjemahkan kebenaran anda? Jika saudara GB benar, silakan! apa salahnya. Jangan dengan menjadi pemilik radio tko.fm, dan sudah membenci ajk lama, saudara menggunakan peluang tersebut menghentam kami. Berhujahlah secara profesional.

Kami tidak pernah takut untuk berdepan, malah sedia memghuraikan bukti bahawa saudara seorang yang autokratik. Pertama: sedarkah saudara GB bahawa apabila memaparkan blog, ianya menjadi milik umum? Tetapi kenapa ada jamaah yang menegur saudara secara adil, GB tidak dapat menerimanya?

Kedua: tuduhan saudara ekoran agak terlalu lama ajk tidak memanggil meeting dan tidak muncul di shout box, ianya mengambarkan seolah-olah kami terikat dengan satu undang-undang. Sambil memainkan lagu, saudara mentafsir pelbagai ayat-ayat dari al-quran dan hadis Nabi yang mengambarkan org yang tidak menjalankan tanggungjawab akan menerima akibatnya.

Siapa yang pernah setuju dengan perlantikan ajak itu saudara GB? Ingatkah saudara ianya adalah cadangan MAYA secara senda gurau, namun apabila terkeluar nama ajk tersebut utk memegang jawatan, kami tidak mampu melakukan apa-apa pun. Sebab, kita bukan berada di meja bulat atau di dewan mesyuarat. So..apa kesalahan kami?

Ketiga: Saudara Gb sewenang-wenangnya membuat tohmahan kepada yb_pmn dan Salsa dengan mengatakan sudah berkali-kali dihubungi melalui YM, Skype dan email...namun tiada jawapan balas. Ianya satu pembohongan nyat daripada saudara. Kami tidak pernah menerimanya walau satu msg drp anda! Jangan menuduh yang bukan-bukan kerana saudara seorang yang pandai mentafsir....

Keempat: Kenapa saudara melakukan perbincangan memindahkan famili day dari Terengganu ke Melaka hanya dengan akhi DIN MELAKA sahaja. Tak mengapalah.....kenapa tidak dimaklumkan kepada saya sebagai Pengerusi pada masa itu? Saudara tiada email saya atau no. talifon sayakah?

Kelima: adakah saudara GB memikirkan dan cuba mendapat jawapan kepada permasalahan ajk? Kita tidak membungkam! Projek membuat baju TKO banyak mengajar kesabaran saya. Tetapi adakah segala kesulitan saya luahkan kepada akhi Gb dan semua sahabat yang lain? Hanya salsa sahaja yang tahu.

Dan paling meloyakan; banyak rakan-rakan di radio tko memberi respon kepada saya waktu itu selakui pengerusi, bahawa anda seorang yang tidak mampu menerima kritikan. Malah paling malang, jika ada sesuatu komen daripada jamaah yang bersangkutan dengan forum dan artikel di tko, anda juga gagal menanganinya secara ilmiah. Bermakna anda mempertahankan apa yang dilulus terbit walupun tidak manis bagi pandangan umum.

Saya banyak meneliti sikap saudara. walupun kagum, tetapi rasa ego saudara juga tinggi. Dengan hanya perkara yang tidak jelas dan dijelaskan kepada semua jamaah dalam radio tko, tergamak anda menghantar mesej sms kepada Salsa dengan mendoakan semoga Allah SWT mengambil nyawanya , kononya agar tidak menyakiti hati kamu. Dahsyat kamu sebagi seorang yang mengaku Muslim. Sebijik seperti Mahathir yang bengang dengan Anwar Ibrahim dan mengenakannya dengan pelbagai tuduhan tanpa memikirkan apa yang telah disumbangkannya selama ini.

...bersambung..

baca selanjutnya...

Wednesday, October 22, 2008

SELAMAT MAJU JAYA RADIO TKO.FM


yb_pmn minta berundur...

Mungkin ramai yang tak sedar pun bahawa yb_pmn (analah yu..) dilantik secara tergesa-gesa memegang jawatan Pengerusi Kelab Radio Tko.fm suatu ketika dulu. Walaupun dilantik 'on air' yb tetap akur dengan kehendak sahabat dan jamaah yang mengusulkan nama yb itu. Dan dengan tidak semena-mena diterima pemilik radio itu, akhi GB.

Namun, kini yb_pmn secara rasmi sudah meletakkan jawatan di atas desakan kerja yang banyak. Begitu juga Setiausaha, Salsa. Tiada apa yang mahu diperkatakan, cuma harapan kami bekas ajk seketika kelab radio itu mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada tuan punya radio dan jadikanlah apa yang berlaku sebagai iktibar.

Secara pribadi, saya kagum dengan gb yang mengendalikan radio tersebut, semoga kerja amal tuan diberkati Allah SWT.

Harapan: Jadilah yang terbaik, dan buangkanlah segala rasa riak apabila berada dipuncak. Insyaallah berjaya.

baca selanjutnya...

Tuesday, October 21, 2008

MANA AHLI POLITIK UMNO TERENGGANU?


Kebayakannya Hebat Berkokok Di kandang Sendiri

Meneliti senarai calon untuk menduduki kerusi penting Parti Umno di peringkat Pusat, berderau juga darah politik hamba ini untuk menulis artikel ini. Bukan kerana minat sangat hendak mengulas hal pemimpin Umno Terengganu, tetapi sesekali 'kaget' juga apabila terkial-kial mencari kedudukan teratas senarai nama mereka bagi jawatan penting itu.

Soalnya di mana kedudukan mereka? "Alahai! Buat apa susah-susah nak menyusahkan diri bertanding jawatan tertinggi di peringkat pusat. Bukankah jadi Yang Berhormat (YB) di sini (Terengganu) pun dah kira ok. Mesti kaya lah!," ujar salah seorang bekas ahli jawatankuasa Umno peringkat kampung di negeri Penyu Bertelur itu.




Bukan apa, ada desas desus ahli akar umbi rasa terpukul dengan sikap 'yes man' ahli YB di Terengganu. Peduli apa pasal pemilihan, baik aku jaga 'kandang' aku di kampung sudah lah. Sedangkan ahli Umno di sini amat dahagakan pemimpin mereka menjadi wira di peringkat pusat pula. Bukan sekadar 'melepak' di kampung, di mana semakin hari semakin menyusahkan masyarakat setempat.

Tidak keterlaluan jika Terengganu dikenali sebagai negeri yang paling 'sejuk' melahirkan pemimpin Umno di peringkat pusat. Langsung tiada nama yang boleh diketengahkan, dan jika ada sekalipun pasti tewas sebelum 'keris' dihunuskan. Memalukan!

Jenguk pula ke selatan, terutama Johor yang membariskan banyak nama besar dan kecil. Yang penting bukan sekadar ada nama, sokongan yang mereka dapat amat menghairahkan. Pasti melelehkan air liur YB di Terengganu.

Ketika pemimpin Umno Terengganu terkial-kial cuba mencelah, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu gah melepasi had kelayakan bertanding calon Timbalan Presiden Umno. Malah, masih ada tiga nama lagi yang bersaing jawatan Naib Presiden, iaitu Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datu Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Datuk Seri Syed Hamid Albar. Manakala dua nama besar lain yang tidak berminat bertanding kali ini adalah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, dan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Tak berapa kerat yang kenal Ahmad Said. Namanya 'meletup' seketika pun kerana isu jawatan MB dan kos penyelengaraan kereta Proton Perdana V6. Lepas itu sunyi balik. Siapa yang kenal dengan Nasir Ibrahim Fikri? Walaupun anak bekas MB Terengganu, beliau tiada taring di peringkat pusat. Tengku Putera lagi mengecewakan. Ahli Majlis Tertinggi yang kini meniti masa kejatuhan ekoran sukarnya mendapat pencalonan.

Jauh sekali ahli Uno di negara ini mahu mencalonkan Rosol Wahid, Abdul Rahman Bakar dan Din Adam. Sedangkan Razali Ismail yang memegang jawatan Timbalan Menteri Pelajaran sendiri pun tidak ada kemampuan membawa diri sendiri. maklumlah, menang pun hanya dengan beberapa undi sahaja dengan Mat Sabu. Kalau ada sekelumit sokongan dan sedang dikenali ramai, hanyalah Sabery Chek yang memegang potfolio Menteri Penerangan. Itu pun ketika berdebat dengan Anwar Ibrahim, memek muka sudah jadi tidak keruan. bagaimana mahu memimpin ahli di seluruh negara?

Sejarah juga membuktikan bagaimana hebatnya kalangan wanita Umno Johor. Kebetulan pula, penyandang Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad datangnya dari Johor yang mengambil alih daripada orang Johor juga, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ke mana pula calon-calon wanita dan puteri Umno Terengganu. Ini juga mengaibkan ahli wanita dan puteri Umno Terengganu malah, ada yang ditanya langsung tidak mengenali mereka itu. Dimanakah silapnya.

Wujud teori yang mengatakan bahawa negeri Terkaya, Rakyat Termiskin ini sudah termakan sumpah. Mereka hanya 'berlagak' di kandang sendiri sahaja tetapi tidak mampu melangkah jauh. Bersamaan dengan 'talent' yang ada pada mereka, hanya mampu berceramah kepada orang kampung sahaja.

Menambah derita, calon-calon dari selatan terus menguasai saingan termasuk, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Rahim Tamby Chik dari Melaka yang membuat pengumuman terbuka bertanding. Begitu juga bagi Tan Sri Mohd Isa Samad yang tidak menghadapi masalah untuk memenangi semula jawatan naib presiden yang disandangnya pada 2004 dahulu.

Benarkah ini suratan bagi Terengganu dan kebetulan pula bagi Johor dan jirannya. Menyelongkar sejarah, ia tidak menghairankan di mana ramai sekali pemimpin Umno datangnya dari sana. Presiden pertama Umno Datuk Onn Jaafar adalah orang selatan. Diikuti Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn. Nak tahu lagi? Nah! Selatan juga ada Tun Ghaffar Baba, Tun Sardon Jubir dan tak lupa pada Tan Sri Musa Hitam.

Tidak hairanlah jika jiwa anak-anak Terengganu begitu teringin mengikut jejak langkah mereka itu. Tetapi dalam masa semua bahagian yang akan menamatkan mesyuarat masing-masing, adakah YB dari Terengganu akan dicalonkan? Bukan kata Timbalan Presiden atau Naib Presiden yang cukup kabur bagi mereka, tetapi sekadar calon Majlis Tertinggi (MT) sekalipun belum pasti melepasi paras kelayakan.

Walaupun ada suara-suara nakal mengatakan bahawa pemimpin Terengganu 'dok rok cetong' (dialek Terengganu),mereka kelihatan tiada karisma untuk menjadi 'leader'. Benarlah kata bekas Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mustaffa Yassin bahawa Umno merupakan Parti Pusaka. Lihat bagaimana proses penyerahan jawatan tertinggi (Presiden Umno) dilakukan. Ia seolah-olah mengambarkan ia sebagai satu pusaka yang perlu 'diserahkan' dan bukan melalui pemilihan akar umbi. Sedangkan pemimpin adalah milik ahli.

Namun, segala permasalahan kepimpinan tertinggi Umno yang tidak mengalir kepada YB Terengganu mungkin ada rahmatnya buat rakyat negeri ini. Tidak salah jika mengatakan, kepimpinan tertinggi negara ini akan jatuh juga kepada individu dari Terenggannu atau jirannya Kelantan, sekiranya Pas yang berada dalam Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihanraya nanti.

Mungkin juga dilabelkan salah sebuah negeri yang terlibat dengan dokongan Islam 'extream', ianya turut tempias kepada pemimpin-pemimpin Umno di sini. Lantas, mereka terus dipinggirkan, walau berita sensasi sesetengahnya itu heboh di seluruh negara.

baca selanjutnya...

Thursday, October 16, 2008

PARTI KOMPONEN BN SEMAKIN GAH: UMNO SEMAKIN PARAH


Umno Terkedu Lagi...

Entah berapa kali Umno-sebuah parti kebangsaan Melayu tersentak atau dikejutkan dengan kezutan-kezutan yang diluar jangka. Tak perlu penulis menghuraikan segala macam kejutan yang telah berlalu kerana kejutan terbaru berupa saranan daripada Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai dalam perhimpunan Agung Pemuda MCA bakal mencetuskan polemik baru dalam siri krisis perebutan kuasa BN.

melafazkan kenyataan di atas kapisiti Ketua Pemuda MCA yang bakal 'pencen' tidak berapa lama lagi, Liow menyakini tuntutan yang dilaungkannya itu akan dipenuhi oleh Umno dalam situasi rasa bimbang para pemimpin mereka terhadap ancaman 'lari' dari BN semakin membungkam. LINK.


Boleh dikatakan, parti komponen BN semakin galak dan amat lantang menyuarakan pendapat serta tuntutan sejak kebelakangan ini. Sesuatu perkara yang amat jarang berlaku sebelum ini.

Malah, segala kritikan dan tuntutan yang dibuat oleh parti komponen BN amat menyesakkan Umno. Mimpi indah pemimpin Umno selama ini bakal diamuk dengan igauan buruk. Keselesaan bak Raja di Puncak singgahsana semakin menipis.

Sememangnya penganalisis politik sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku. Dalam segala kelemahan pentadbiran dan pengurusan Parti, BN semakin tempang, walaupun mereka pernah mengaku terputusnya hubungan dengan SAPP di Sabah tidak melemahkan BN.

Bagi ahli dan pemimpin Umno, kenyataan Liow boleh diistilahkan sebagai cuba 'menderkaha'. Tetapi di pihak MCA, ianya merupakan satu tuntutan demi keseimbangan pembahagian kuasa yang sudah lebih 50 tahun pincang.

Sebagaimana kita ketahui, Usia BN sudah lanjut. Begitu juga perumpamaan manusia, dalam usia lanjut...pelbagai penyakit berjangkit akan menyerang. Kadangkala sel darah dalam badan sendiri menjadi virus merbahaya. Itulah BN.

Jika dilihat masa pengucapan yang dibuat oleh Liow, ia seolah-olah sudah dirancang dan memang bertujuan membidik tepat pemimpin Umno, terutama dua orang kuat pemuda mereka; Hishamuddin dan Khairy.

Jika selama ini Hishamuddin dengan egois menghunus keris berkaratnya, sambil melaungkan takkan Melayu Hilang di dunia...dalam sarang Pemuda MCA, rupanya beliau tidak berani menghunus keris tersebut. apa yang mampu dilakukan hanya 'membatu' sambil menunjukkan trademarknya..tersengih bagaikan Mega sale di laman E-bay (tak laku2 lagi pun).

Tunggulah apa reaksi pemimpin Umno. Apa kata mereka dan bagaimana pula bakal PM kesayangan kita Najib Hantutantuya menangkis dengan penuh berhemah. Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA itu bukanlah sekadar senda gurau kepada teman seperjuangan di pihak Umno, tetapi ia berupa AMARAN KERAS buat teman seperjuangan mereka itu dalam satu parti perikatan.

Sipnopsis kepada kejutan itu, ia turut melebarkan senyum puak MIC, PPPP, dan bermacam parti komponen BN di Sabah dan Sarawak. Bagi merka inilah masa mengambil peluang dalam kekalutan.

Akibat kedegilan: Umno akan bersendirian. Rancangan 916 - masih relevan!
Lawannnnnnnnn......tetapppppp...Lawannnnn!
Takbir...Allahu Akbar!!

baca selanjutnya...

Tuesday, October 14, 2008

KENAPA TIDAK?

Era Najib, Semua Boleh Jadi...

Najib Tun Razak yang sinonim dengan HANTUTANTUYA dilaporkan sudah mula menunjukkan taringnya apabila mula mengeluarkan kenyataan angkuh berkaitan peralihan kuasa secara aman.

Beliau yang diasak media, dengan bangganya menyatakan bahawa jika Umno tidak mengikut kehendak akar umbi, maka akibatnya terjadilah nasib malang PRU12 baru-baru ini. Kenyataan beliau itu bermakna beliau telah menempelak Abdullah Badawi yang menunjukkan PM itu tidak diterima oleh ahli akar umbi. Dan peralihan kuasa itu merupakan satu jalan yang terbaik untuk menyelamatkan Umno.

Jika selama ini kita sering melihat wajah Najib yang tidak keruan ekoran spekulasi masa depannya dalam percaturan politik Umno, ditambah kekalutan dikaitkan dengan kes Altantuya, kini Najib menarik nafas lega.

Selepas menyaksikan semua Bahagian yang selesai bermesyuarat memberikan kredit kepadanya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara dan Umno. Apabila keadaan berkabus sudah berlalu, Najib tidak segan silu lagi menguntum senyum, sehingga kadang kala meleret-leret tidak seperti mana kita dapat lihat sebelum ini.

Pun begitu, jangkamasa sehingga Mac nanti masih terlalu lama dalam kalendar politik negara. Biarpun sudah diberikan lampu biru (hijau) oleh semua ahli dan kepimpinan tertinggi Umno berdasarkan pelan peralihan kuasa, Najib sebenarnya masih melalui mimpi ngeri.

Beban memikirkan status pemimpin agung Umno, sekaligus memaut gelaran Perdana Menteri Malaysia amat berat. Bukan memikul tanggungjawab, tetapi berat memikirkan apakah ianya akan berlaku sebagaimana yang dirancangkan. Biarpun perancangan rapi sudah dibuat oleh parti, namun kita masih mempunyai ketentuan Ilahi yang akan menentukan segala-galanya.

Lihat sahaja perlumbaan kereta di litar.Formula One (F1). Kita sering dihidangkan dengan aksi yang mendebarkan sehingga ke akhir perlumbaan. Dan dalam banyak siri perlumbaan yang diikuti, kita juga dihidangkan bagaimana babak menyakinkan seseorang pelumba yang begitu yakin menghabiskan perlumbaan, tetapi tidak kesampaiaan.

Perlumbaan antara Kimi Raikonen dan Michael Shumacer menjadi contoh terbaik. Di mana Kimi yang hanya beberapa meter mengapai kejayaan di podium utama dengan meninggalkan jauh Schumacer, akhirnya berputih mata akibat kerosakan mekanikal enjin Mclarennya betul-betul di hadapan garisan penamat. Akhirnya Schumacer yang ketinggalan jauh di belakang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan Kimi tidak mendapat apa-apa habuan pun.

Ia mungkin berbeza dalam arena politik. Namun, apa jua kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana ketentuan Ilahi itu adalah muktamad.

Kita lupakan seketika perlumbaan F1 dan ketentuan Ilahi tadi. Cuba renungkan apa yang sedang berlaku dalam Umno masa kini. Dengan pelbagai kekalutan dan kecelaruan dalaman, prinsip Umno mampu berubah-rubah pada bila masa sahaja. Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan drama peralihan kuasa menjelang pertengahan 2010, ianya telah diubah lebih awal pada Mac depan. Sebelum diputuskan, adakah sesiapa di antara kita yang menyangka perkara itu akan berlaku?

...bersambung

baca selanjutnya...

Saturday, October 11, 2008

CIKGU MAD NONG DAN PENYOKONG MAKIN TERASA BAHANG

Pemilihan Ketua Bahagian Hulu Terengganu yang bakal berlangsung tanggal 25 Oktober ini menyaksikan bahang ‘panas’ makin menyelubungi kem Cikgu Mad Nong (Mohd Nor Othman) Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Dengan Bahagian Hulu Terengganu tersenarai antara bahagian yang ‘terpanas’ dalam sesi pemilihan kali ini selain Bahagian Marang, Mad Nong dilihat semakin kelemasan dan hanyut dengan angan-angan beliau untuk mencabar Speaker Dewan Negeri Terengganu, iaitu mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tengku Putera Tengku Awang ( Ku Tera).


Orang kuat Exco Kerajaan Negeri, Rozi Mamat dilaporkan berkata, impian Mad Nong mengalahkan Ku Tera dalm pemilihan kali ini tampak kabur dan sukar terlaksana.

“Impian cikgu Mad Nong nampaknya bakal tinggal impian semata-mata. Jika sebelum pemilihan cawangan, ada penentang Ku Tera mengatakan beliau bakal tewas di tangan Mad Nong akibat rasa tidak puas hati, kini sebaliknya berlaku,” katanya lagi yang enggan mendedahkan nama kepada Buletin Online.

Kenyataan itu pada asasnya ada kebenarannya, di mana beberapa tindakan yang dilakukan oleh Ku Tera bagi memastikan kemenangan beliau semakin nyata. Dengan penyingkiran tiga orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian, termasuk setiausaha dan adik YB Zawawi Ismail sendiri, kini hampir melumpuhkan team ‘penentang’.

Manakala salah seorang wakil team Mad Nong pula dilaporkan berkata, mereka optimis dengan sokongan yang akan diberikan oleh perwakilan dalam mesyuarat agung nanti. Malah katanya, Mad Nong akan menang menerusi undi protes terhadap Ku Tera yang banyak melakukan sogokan kepada perwakilan.

“Kita tidak hairan dia (ku Tera) menang awal dalam pencalonan baru-baru ini. Banyak cawangan yang respon kepada kita bahawa mereka tak dapat buat apa-apa semasa mesyuarat cawangan di sebabkan kawasan panas dan dijangka mencalonkan Mad Nong telah dihadiri oleh Ku Tera sendiri.

“Malah paling memalukan, Ku Tera sendiri yang bertindak membilang undi pada setiap mesyuarat, bimbang ahli tidak memberika sokongan terhadapnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilihan 25 Oktober nanti juga menyaksikan pertembungan dua sahabat karib, Rozi mamat dan bekas Exco rosol wahid bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Laluan Rozi dilihat amat cerah berdasarkan sikapnya yang ‘low profile’ dengan semua lapisan masyarakat di Hulu Terengganu. Manakala, Rosol pula semakin sukar ditemui akibat merajuk selepas krisis Umno Terengganu dulu dan lebih banyak mendiamkan diri daripada bertemu ahli.

Apa pun ramalan, keputusan muktamad adalah pada Sabtu depan dan jika Mad Nong tewas, bermakna team beliau termasuk Rosol, dan Cikgu Awi bolehlah menempah keranda untuk mengucapkan sayonara kepada politik Umno Hulu Terengganu.

baca selanjutnya...

Tuesday, October 7, 2008

KRITIKAN MAMPU MEMPERKASAKAN PAS

Sebulan dua ini kita disajikan dengan pelbagai senario tidak menentu dalam arus politik perdana. Timbul pelbagai mesej yang disampaikan samada berbentuk sokongan mahupun kritikan.

Namun, minda Melayu dan kebanyakan jiwa manusia, kritikan merupakan perkara paling sinonim untuk diikuti. Bukan sahaja ingin mengetahui apa kesudahan kritikan tersebut, malah ada yang menunggu masa sesuai untuk mencelah. Ada yang membina dan sebaliknya. Begitu juga dengan PAS Terengganu yang dihentam teruk, bukan sahaja daripada pihak 'musuh' malah sekutu dan ahlinya sendiri yang begitu ampuh membuat kritikan terbuka.


Penulis tidak mempertikaikan hak, namun kadangkala cara yang digunakan seolah-olah memberikan kemenangan moral kepada pihak lawan. Dengan kata lain; apakah pemimpin dan ahli PAS sendiri sudah terpengaruh dan terpalit dengan aliran pemikiran Umno?

Melontar kritikan tanpa bermesyuwarah sewenang-wenangnya bukanlah pilihan bijak, tidak kiralah dalam Umno ataupun PAS. Sebagai pewaris perjuangan menegakkan Islam, tidak wajar pimpinan PAS melontarkan kritikan terbuka. Apa salahnya gunakan saluran yang betul dan segala permasalahan dapat dineutralkan.

Berbalik kepada PAS Terengganu yang teruk dibelasah oleh Ir. Khalid Samad, Timbalan II Persuruhjaya PAS Selangor. Mungkin Khalid sudah merasakan tiba masanya keluar dari kepompong dan menonjolkan diri agar lebih dikenali.

Namun, persoalan yang dilontarkan mungkin agak keras dan tidak munasabah buat PAS Terengganu. Apatah lagi membuat perbandingan antara PAS Selangor dan Terengganu secara kontras. Ada juga sampai di telinga penulis yang mengatakan Khalid terlalu 'exited' dan mendabik dada dengan kemenangan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, dan beliau sendiri begitu gah dengan kemenangan besar di kawasannya.

Begitu pun, Khalid lupa bahawa PAS adalah paltform memperjuangkan Islam yang turut didokongi oleh beliau. Jika beliau terlalu ghairah dengan kemenangan sehingga berupaya mengeluarkan kenyataan menghiris perasaan orang lain, bermakna beliau belum menjadi seorang ahli yang tulen dalam PAS itu sendiri.

Kenapa Khalid, antara pimpinan tertinggi PAS Selangor tidak merujuk kepada Jawatankuasa Post-Mortem Pilihanraya PAS Terengganu sebelum membuat kenyataan? Di situ rasanya tersedia pelbagai jawapan daripada apa rasa ketidak puasan di pihak beliau atau sesiapa sahaja.

Ini memberikan kita satu tanggapan bahawa seseorang itu mempunyai agenda tertentu di sebalik kenyataannya. Mungkin Khalid seorang yang profesional dan menggunakan haknya untuk bersuara. Atau peluang dilantik sebagai Menteri dalam PR semakin mudah jika kerap bersuara?

Jika sekadar merebut kesempatan, pemimpin atasan PAS boleh dikatakan agak terpesong dari apa yang diperjuangkan selama ini.

Sedarkah kita, jika PAS inginkan kuasa melebihi hasrat menegakkan Islam, maka sudah lama Hadi Awang dan Nik Aziz menerima perlawaan Umno-BN untuk bergabung. Konsepnya mudah, PAS memperjuangkan Islam sebagai terasnya, dan dalam apa jua keadaan kuasa merupakan perkara kedua walaupun ia amat penting.

Prinsip yang dipegang PAS tidak sama dengan mana-mana Parti Sekular di negara ini. Malah, kenyataan Tuan Presiden PAS yang memberi amaran akan menarik diri daripada PR jika Ahli Parlimen mereka bukan majoriti Islam, jelas memberikan maksud.

Kuasa amat mudah. PAS juga boleh berkuasa dan mempunyai kuasa di peringkat pusat jika menerima tawaran Umno bergabung ketika mereka berada dalam kesempitan baru-baru ini. Namun, pendirian pimpinan yang mahukan Islam itu ditegakkan sebagai perlembagaan telah menyentak pemimpin Umno.

Isu memperlekehkan Persuruhjaya PAS Terengganu, Mustafa Ali juga mencerminkan pengkritiknya itu tidak matang. Syabas diucapkan kepada Datuk Mustafa yang kelihatan bersahaja menangani masalah tersebut. Kematangan dan asam garam bergelumang dengan kerenah politik semasa membuatkan beliau tabah mengahadapi saat-saat genting.

Memang mudah membuat kesimpulan dalam sedetik, apatah lagi 'mengutuk' rakan sendiri apabila berlaku sedikit kepincangan. Dan bukan mudah pula untuk menarik kembali sesuatu kenyataan songsang, kerana manusia mempunyai egonya sendiri.

Bagaimana pun, semua kritikan dan tohmahan terhadap PAS itu sendiri membuatkan mereka semakin matang. Oleh itu, pemimpin PAS juga tidak boleh menyalahkan orang lain jika mereka dituduh mengambil kesempatan untuk mengejar pangkat dan jawatan dalam parti. Semua itu semakin nyata apabila wujud segerombolan pemimpin PAS yang agresif untuk 'melonjak' dan mereka ini mudah dikesan kerana berasal dari kelompok yang sama.

Tidak salah melontarkan kritikan, asalkan ianya dalam suasana harmoni dan melalui saluran yang betul. Usah mengikut rentak musuh yang tidak pernah malu membuka pekung di dada, lantas mengambarkan mereka bagaikan pertubuhan yang tidak sihat.

Tidak semestinya kita hebat berhujah, kita disenangi. Kadang kala hujah itu akhirnya akan menikam diri jua.

baca selanjutnya...

Thursday, October 2, 2008

KEMBALILAH BERJUANG...

1 Syawal kini berlalu sudah, namun perjuangan umat Islam untuk membebaskan kemelut sekularisma dan sistem kapitalis yang mencengkam masih terlalu jauh. Dengan manusia semakin hanyut dengan kebendaan dan saban hari mencipta pelbagai jenis dosa yang tampak bagaikan halal, dunia semakin tenggelam.

Negara kita yang tercinta, Malaysia turut tidak terlepas. Dalam keghairahan berjuta-juta umat Islam meraikan hari lebaran; hari kemenangan...mereka sebenarnya lupa akan erti 'kemenangan' sebenarnya.

Tiada erti kemenangan bagi pencinta Islam selagi daulah Islamiyah tidak tertegak di negara ini. Perayaan bukanlah kemenangan sebenar bagi umat, kerana kita mempunyai tugas dari Allah SWT untuk mentarbiyah seluruh umat di sini agar mencintai Islam. Menegakkan sebuah negara Islam. Dan meletakkan asaa-asas Islam sebagai pegagangan.

Kenapa umat Islam begitu taat menghabiskan sebulan berpuasa? Adakah suruhan melaksanakan puasa itu datang dari kitab lain, dan bukannya dari Al-Quran? Jika ianya daripada ayat-ayat kalamullah, mengapa pula manusia hanya akur dengan arahan itu sahaja? Sedangkan masih banyak ayat-ayat al-Quran yang lain yang ditegaskan untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan adil dan saksama?

Inilah lumrah manusia. Mereka lupa bahawa suatu hari mereka akan mengadap Allah SWT. Mereka juga lupa bagaimana untuk menuju jalan bersemuka dengan Allah SWT, mereka mestilah mempunyai banyak bekalan dan taat pada perintahnya. Lihat sahaja bagaimana seseorang pelancong asing yang mahu ke sesuatu destinasi. Jika mereka tidak mempunyai maklumat (guide) sudah tentu mereka akan tersesat dan gagal tiba ke destinasinya.

Begitu juga dengan kita. Jika tidak mempunyai bekalan, maka kita akan terus sesat untuk selamanya. Namun, manusia masih tetap ingkar seolah-olagh mereka lupa mereka ada pencipta. Ada tanggungjawab dan ada kerja yang perlu ditegakkan.

Jika mereka anggap aidilfitri sebagai hari kemenangan, ianya satu kesilapan besar. Kita masih belum menang jika tidak terlepas seksaan kubur. Tidak juga terlepas jika gagal dalam timbangan di akhirat, lantas gagal meniti titian siratumustaqim. Apatah lagi kita pasti belum merdeka jika terhumban ke neraka jahanam.

Bangkitlah umat Islam. Kumpulkan kekuatan untuk menghapuskan kedayusan. Percaya bahawa kita akan kembali dan meraih kemenangan di akhirat nanti...tentunya janji Allah Syurga Firdausi.

baca selanjutnya...

SALAM IDULFITRI


Saya mengucapkan selamat berhari raya buat semua sahabat dan saudara sesama Islam. Semoga bergembira bersama keluarga.

baca selanjutnya...