Tuesday, December 30, 2008

PRK: Ujian Sebenar Ahmad Said


Memang bukan mudah bagi Barisan Nasional (BN) untuk menangani Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) P36 Parlimen Kuala Terengganu, apatah lagi kemenangan Allahyarham Datuk Razali Ismail hanya dipisahkan dengan kontrovesi undi pos serta undi rosak sahaja. Manakala, Tuk Mun turut ‘merampas’ undi pembangkang ketika itu.

Perlu diingat, khidmat cemerlang Allahyarham Razali ketika menjadi Ahli Parlimen (MP) Kuala Terengganu, merangkap Timbalan Menteri Pelajaran tidak mudah ditebus oleh calon BN yang baru; Wan Ahmad Farid.

Selain menjadi kayu pengukur kepada Pas, dengan sejauh manakah keupayaan menarik sokongan dan mengaitkan isu-isu yang mengongkong pengundi di kawasan Kuala Terengganu, ia juga merupakan satu medan ujian buat Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu. Semua mata bertumpu di sini sebagai hakim yang akan mengadili beliau yang sedang menerajui sebuah kerajaan negeri yang terkaya, tetapi rakyatnya antara termiskin.

BN mungkin boleh mendabik dada meletakkan seorang calon berkaliber seperti Datuk Wan Ahmad Farid. Namun, adakah ia menepati kehendak penduduk Kuala Terengganu dan harapan MB sendiri?

Pandangan umum tentulah mengharapkan MB Terengganu yang menggantikan Idris Jusoh, partinya mahu membuktikan kepada seluruh warga Terengganu dan pucuk pimpinan Umno bahawa beliau sudah diterima rakyat. Di sebalik penantian itu, ramai juga ahli Umno yang seakan menanti ‘kejatuhan’ Ahmad dalam PRK itu nanti. Kenapa?

Sebagaimana diketahui umum, Umno Terengganu juga tidak lekang dengan krisis dan masalah dalaman. Ada suara nakal mengatakan MB tidak begitu sebulu dengan lantikan Wan Ahmad Farid sebagai calon Parlimen Kuala Terengganu. Sembang warung kopi, dan sumber ahli akar umbi juga menyatakan bahawa MB lebih gembira sekiranya Cikgu Zuber Embong terpilih sebagai calon, selepas calon pilihannya, Ketua Penerangan Umno Terengganu, Datuk Zuber tidak tersenarai.

Jika sedemikian rupa, bermakna wujudnya perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Umno Terengganu berkaitan pemilihan calon. Ada juga yang mengatakan pencalonan Datuk Wan Ahmad Farid merupakan satu kemenangan moral buat mantan MB Terengganu, Datuk Idris jusoh.

Begitu pun, rakyat Terengganu tidak mudah lupa bagaiman usaha keras Ahmad mengembalikan semula royalti minyak ke pangkuan negeri, sekaligus memberi isyarat kemenangan buat rakyat Terengganu itu sendiri.

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri (TPM), merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 Disember lalu yang ‘menyerahkan’ habuan tersebut kepada kerajaan negeri Terengganu bagaikan rahmat buat Ahmad sendiri. Beliau juga telah mengumumkan sebarang projek mega akan dibekukan dan ini pasti mengembirakan rakyat Terengganu yang mengharapkan ‘laba’ dan perkongsian bijak royalti minyak tersebut.

Hasrat beliau yang mahu melaksanakan program e-book dengan membekalkan komputer riba bagi mengantikan buku teks kepada pelajar tahun depan dilihat tawaran menang-menang beliau terhadap masyarakat dalam dunia pendidikan. Malah, kerajinan beliau turun padang tanpa ‘protokol’ begitu mengejutkan rakyat kebanyakan. Ini memberi merit kepadanya meraih sokongan bagi calon BN walaupun Wan Ahmad Farid dikatakan bukan daripada ‘teamnya’.

“Kita akui kita akan menghadapi tentangan sengit, tetpai kita akan mempertahankannya,” membayangkan betapa harpan beliau untuk meraih sokongan dalam memgekalkan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu.

Bukan mudah meraih undi rakyat di sini (KT) memandangkan pengundi Kuala Terengganu bukan sahaja mencari seorang Ahli Parlimen, lebih dari itu rakyat di sini turut mencari seorang wakil rakyat yang berkaliber dan mampu meneruskan khidmat cemerlang kepada mereka sebagaimana dipelopori oleh Allahyarham Razali.

Pembinaan pelbagai infrastruktur termasuk dalam bidang sukan di Gong Badak turut menaikkan imej pembangunan sukan di negeri ini. Ahmad tentu gembira meraikan kejayaan sulung kontinjen negeri yang meraih juara keseluruhan Sukma sejak temasya itu dimulakan sejak tahun 1986 lagi.

Namun, apakah dengan hanya kemenangan moral itu sahaja Ahmad mampu mengukir senyuman? Sudah berlapang dada meraih kejayaan sulung pilihan raya di bawah pentadbirannya. Perlu diingat, Pas juga mempunyai kekuatan tersendiri.

Pihak Pakatan Rakyat (PR) awal-awal lagi sudah melaungkan sokongan padu kepada Pas bagi mengelak segala keraguan dan salah anggap. Ia juga menutup terus peluang BN menghentam PR dalam soal pemilihan calon. Ini menjadikan Pas berada di landasan kukuh mengharungi ranjau di Kuala Terengganu. Segala persiapan kini tertumpu kepada memenangi hati rakyat dalam apa jua permasalahan.

Dengan menjadikan pertempuran ini seolah-olah ‘mengadaikan’ kerusi panas MB sebagai galang ganti, Ahmad Said tidak mempunyai pilihan lain kecuali menang di sini. Sebarang kekalahan hanya merobek kembali luka lama dan mungkin juga tampuk kerusi MB itu kembali mengelegak kepanasan. Mungkin keterlaluan, tetapi ada kemungkinan. Anggap sahaja Ahmad ada kawan dan ada lawan.

Parlimen Kuala Terengganu juga tidak asing bagi Pas, di mana mereka pernah merampasnya daripada BN pada pilihanraya sebelum ini. Jadi, bukanlah angan kosong jika Pas turut mimpikan ‘keindahan’ di PRK itu nanti. Malah, jika diambil kira momentum kemenangan PR di Permatang Pauh, serta ‘mood’ semasa rakyat di seluruh negara, tidak ada istilah tidak boleh bagi Pas merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Isu dan masalah kemiskinan tegar serta hak pemilikan tanah yang sering menghantui rakyat boleh dijadikan modal Pas meraih simpati. Keupayaan dan kebijaksanaan memerintah kerajaan negeri suatu masa dulu masih menambat hati rakyat hingga kini. Walaupun tidak lama, namun segala usaha yang dilakukan lebih berorientasikan rakyat berbanding BN yang lama memerintah, tetapi banyak perkara yang terbengkalai.

Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, mereka akan menggunakan pendekatan berbeza apabila bertanding di kawasan bandar. Semua faktor khususnya penamaan calon, gerak kerja termasuk pendekatan berkempen akan diperincikan sebaik mungkin. Malah, kenyataan Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyuarakan keyakinan Pas akan menang di Kuala Terengganu bagaikan menambah suntikan semangat kepada semua ahli Pas. Penerimaan ahli Pas lebih telus berbanding ahli Umno berkaitan pemilihan calon. Mereka sentiasa membuka pemikiran untuk menyokong mana-mana calon yang diutarakan, manakala Umno mempunyai masalah sebaliknya dalam soal itu.

“Diharap semua yang terlibat dalam pilihan raya itu kelak dapat mengundi Pas kerana segala apa yang Umno boleh buat selama ini, Pas juga mampu laksanakan.” ujar Nik Abdul Aziz yang membayangkan keupayaan Pas dalam pertentangan itu kelak.

Kesudahannya, Ahmad harus belajar erti pasrah sekiranya beliau terpaksa mengalah. Namun, andai kemenangan dicapai, beliau adalah orang Umno pertama berupaya menghela nafas panjang.

baca selanjutnya...

Sunday, December 28, 2008

AMANAT MA'AL HIJRAH DARI ISRAEL + UMNO



Salam ma'al Hijrah...

Bermulanya tahun baru kita dikejutkan dengan Serangan penghapusan etnik Islam Palestin yang dilakukan oleh Irasel Yahudi laknatullah dgn arahan Amerika di bawah kekuasaan BUSHittt yang sengaja melancarkan serangan maut itu bagi meninggalkan cercaan pada bakal Presiden Obama.

Itulah nasib Umat Islam Palestin serta pejuang Hammas serta para Mujahiddin yang lain. Mereka dianggap bagaikan debu oleh 'Mata Syaitan' dunia itu. Melakukan pembunuhan tanpa hati perut dan tidak pernah merasa kesal di atas perlakuan mereka.


Jika pembunuhan itu dikutuk oleh seluruh dunia, dan dalam Islam pula ianya merupakan satu tindakan HARAM puak Yahudi..tidak hairanlah pejuang Mujahiddin di seluruh dunia menentang mereka. Tetapi kenapa Islam Umno begitu Fobia untuk menyokong perjuangan golongan itu menentang Yahudi??

Presiden OIC hanya membisu...PBB memang macam BABI tunggang..dicucuk hidung oleh amerika. Pemimpin Islam pula hanya mencadangkan sahaja....Apa yg dicadang?? Berdamai...berdamai....berdamai. Bila para jihad Islam bangkit membunuh golongan itu, mereka turut dikecam dengan hebat, dan cepat pula pemerintah Islam mengenakan hukuman.


Persamaan itu turut ada dalam KERAjaan umno-BN di negara kita. Kepimpinan Umno hanya tersengih layu bila diajukan persoalan dan tindakan yang perlu diambil terhadap Amerika dan Israel..

Sebagai contoh, Bodolah sebagai PM di negeri Hadhari ini hanya membisu tidak mencadangkan supaya negara Islam lain bersatu untuk melumpuhkan dua negara DAJJAL itu, apakah beliau akan terlepas dari Hukuman Allah nanti?

Jangan katakan nak memberi cadangan sedemikian rupa, ada para Syahid yang membaling kasut kepada BAPAK SETAN dunia itu pun turut diselar oleh Bodolah.

Jdi tidak hairanlah apabila masuk tahun baru 1430 Hijrah, anak-anak buah Bodolah turut menjadi kurang ajar dan begitu celupar mulutnya. Kelansungan itu, Menteri Banyak cakap (Penerangan) Shabery Chek terlupa mahu 'chek' tutur katanya apabila membuat kenyataan bahawa "Pas membuat JENAKA baru berkaitan hukum HUDUD".

Itu sekaligus melambangkan ceteknya ilmu agama Shabery dan beliau bercakap seolah-olah bukan seorang Islam. Memang benar...ada rungutan daripada rakyat yang menyatakan, jika tidak suka pada Hudud sekalipun, janganlah bermain kata-kata, kerana ia sama juga seperti menghina Allah SWT. Hukuman orang yang menghina Allah itu hanyalah hukum bunuh sahaja yang selayaknya.

Tahniah BN-Umno....untuk tahun baru hijrah tahun ini, kamu semua sudah mulakan mengumpul sebanyak mana mungkin dosa. Teruskanlah dan tunggulah azab daripada Allah SWT nanti..

baca selanjutnya...

Salam Ma’al Hijrah 1430

Selamat Tahun Baru Hijrah 1430H

“Ya, Allah ampunkanlah segala dosaku untuk tahun ini dan jadikanlah tahun depan tahun yang baik bagiku… Aamiiin”

Baca doa akhir tahun sebanyak 3 kali pada akhir waktu asar (sebelum maghrib)
Baca doa awal tahun selepas maghrib

Azam tahun ini:
Gunakan 5 perkara sebaiknya sebelum datang 5 perkara lain.

Doa akhir tahun

Doa awal tahun

baca selanjutnya...

Saturday, December 27, 2008

UNDANG2 PLKN: SIAPA PTUT HORMAT SIAPA?

GEMPAR! KECOH! Pasal seorang artis, Diana Daniaelle yang 'terlepas' daripada menjalani latihan PLKN. Ada yang marah cuma sikit yang sokong, kenapa?


Dalam soal ini kita nak tahu siapa yang patut hormat siapa?? Pengarah PLKN Abdul Hadi Awang Kechil berkata dia buat keputusan itu semata2 nak elak Diana dikenakan tindakan mahkamah oleh syarikat yang dia ikat kontrak. Adilkah bagi sebuat perlembagaan yang telah diputuskan dan dijadikan syarat untuk pengecualian bagi PLKN??

Siapa Syarikat Productions itu dalam hak mereka mendapat pengecualian dan keistimewaan? Dan siapa pula Diana dan keluarganya beroleh kebebasan sedemikian rupa?


Ini bermakna, dalam soal ini, pihak Kerajaan dan Pengarah PLKN sememangnya mengangkat martabat astis di negara ini. Jika pihak PLKN memberi penerangan yang sewajarnya kepada pihak KRU dan White Entertaiment dengan selengkapnya, mereka mesti KENA faham arahan termaktub dalam syarat yang diwajibkan.


Soal mereka terpaksa tangguhkan atau terpaksa menyaman artis berkenaan bukan masalah PLKN. Pihak penerbit juga mempunyai pilihan menghentikan kontrak Diana sebagaimana YUsuf Haslam menamatkan kontrak Norman secara serta merta kerana melibatkan sesuatu kes.

Ia sama juga dgn hal ini. KRU wajar tamatkan kontrak Diana jika mereka merasakan mereka itu lebih patriotik. Malangnya dalam hal ini, pihak yang dipercayai oleh rakyat berjaya diperkotak-katikkan oleh seorang artis hingusan yang menjadi ikon maksiat kepada remaja.

Apabila rakyat melenting dalam soal ini, akan ada sahaja jawapan daripada pihak yang berkaitan. Inilah pegangan yang ada dalam kerjaan BN sekarang, mereka boleh menetapkan sesuatu secara 'ad-hoc' w/pun sudah termaktub dalam peraturan yang telah diputuskan. Apa guna berbahas sekian lama membentuk dasar jika tidak dipatuhi??

Tetapi tak perlu hairan...kerana kerajaan BN juga golongan yang memang ingkar dengan peraturan. Jika mereka telus dan adil dengan rakyat, mereka tidak akan melanggar kontrak atau perjanjian bertulis yang termaktub sebagai perjanjian mahupun undang-undang, sebagaimana mereka sewenang-wenangnya melanggar perjanjian pemberian Royalti Minyak Terengganu.

Dalam kes itu dan kes Diana semacam ada persamaan yang menyenangkan di pihak kerajaan.....

....Kes royalti minyak sebab tak suka duit diuruskan oleh Pas
....Kes Diana sebab mereka sukakan artis dan sangup tanggung malu dikutuk rakyat apabila melanggar syarat yg mereka sendiri tetapkan...

HIDUPALAH artis di bawah naungan BN-Umno!!

Hidup Islam...
Allahu Akbar!!

baca selanjutnya...

Friday, December 26, 2008

MUSLIMAT PAS BANTU KEMPEN

Sebagaimana sayap parti lain, Muslimat Pas tetap turun padang dan mengerakkan jentera mereka dalam membantu calon Pas dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti. Mereka akan bekerja keras bagi memastikan calon parti itu meraih kemenangan selesa dan merampas kembali kerusi Parlimen itu dari tangan Barisan Nasional (BN).

Toh Puan Fatimah Ibrahim, Ketua Dewan Muslimat Pas negeri berkata, walaupun mereka tidak begitu menonjol berbanding sayap parti yang lain, tetapi mereka sentiasa bekerja keras bagi menguatkan jentera di peringkat akar umbi.

“Kita mula melakukan persiapan dan bergerak dengan program dan aktiviti bersama Muslimat di semua cawangan dan akar umbi,” katanya lagi.


Menurutnya, Pas telah memenangi tiga daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu, iaitu DUN Ladang, Wakaf Mempelam, dan Batu Buruk. Justeru, tidak mustahil dalam pilihan raya kecil kali ini, calon Pas akan menguasai kerusi Parlimen Kuala Terengganu berdasarkan sambutan semasa daripada rakyat.

Katanya, Muslimat Pas akan terus bergerak membantu parti walaupun siapa jua calon yang akan diketengahkan nanti. Malah, mereka bersama jentera parti tanpa mempersoalkan siapa pun calon kerana kerja yang dijalankan adalah demi parti yang ditunjangi.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut melaungkan keyakinan bahawa calon Pas mampu menewaskan calon BN dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Ketuanya, Fariz Musa berkata, ‘mood’ jentera parti yang disusun tidak akan berubah dan sentiasa bekerja kuat membantu Pas, walaupun siapa jua yang diketengahkan sebagai calonnya nanti. Mereka sentiasa bersedia dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan.

“Kita lihat ‘mood’ jentera parti begitu bersedia menghadapi pilihan raya. Kita sentiasa bersedia dan bekerja keras bagi memastikan Berjaya merampas kerusi Parlimen ini dari tangan BN,” katanya lagi.

baca selanjutnya...

Wednesday, December 24, 2008

APABILA UMNO HANYA MINAT KUMPUL NAJISS

Salam sejahtera!

Asalamualaikum!!
Jumpa lagi....

Cuba renungkan artikel yang saya ambil dari Malaysiakini ini.....bagi saya ada sesuatu yang tersirat, di mana kebanyakan penyokong umno lupa membuat tafsiran yang nyata!!
Tak calon Mat Taib

PETIKAN:
Zahar mendakwa, Muhd Taib telah menyalahkan Dr Mohd Khir di atas kekalahan teruk (Barisan Nasional) di Selangor.

"Hubungan saya dengan Tan Sri Muhd Taib sudah renggang," katanya.

Beliau mendakwa, satu ketika dulu, beliau yang mempertahankan Muhd Taib apabila menteri besar Selangor ketika itu, meminta Tan Sri Muhd Taib tidak dicalonkan bertanding dalam pilihanraya.


Zahar juga mendakwa, banyak kesilapan yang dilakukan oleh Muhd Taib dalam Umno.

"Kerana itu, bahagian saya - Petaling Jaya Selatan (PJS) - tidak mencalonkan beliau (Muhd Taib) untuk bertanding jawatan timbalan presiden Umno.

"Dia (Muhd Taib) marah saya kerana saya bercakap bahagian PJS tidak akan mencalonkan beliau, semasa berada di rumah Muhd Taib," katanya.

Sebab itulah, dakwa Zahar, Muhd Taib mensabotaj mesyuarat Pemuda Umno PJS, tetapi beliau tidak mengulas lanjut mengenainya.

Ketika diminta mengulas tawarannya pejabatnya kepada PAS, Zahar berkata, bangunan tersebut adalah miliknya.



sekiranya seorang bekas ahli umno menganggap orang yang tidak berguna diambil semula berkhidmat untuk partinya, maka jelaslah ia merupakan satu penghinaan buat pendokongnya sendiri.

Atau memang jenis parti umno yang sanggup mengumpul kebusukan daripada 'tahikk' untuk dijadikan modal membimbing rakyat??

Buat semua penyokong umno...kembalilah ke pangkal jalan, jangan ditunggu sehingga kamu tidak diperlukan baru nak tergandah...kerana bukan semua tahikk dalam umno akan dikumpulkan kembali.

Syabas dan tabik buat Kapten Zahar...

Tabik tuan!!

baca selanjutnya...

Sunday, December 21, 2008

KAMI MAHU TANGKAP 'HANTU'

Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani memberi amaran keras kepada semua pengundi ‘hantu’ yang bercita-cita hadir di Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu nanti.

Sambil menggingatkan kehadiran mereka tidak diperlukan, beliau akan memastikan semua jentera terutama barisan Pemuda Pas bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan kehadiran pengundi hantu tersebut.

“Awas pemgundi hantu! Pihak kami akan berjaga-jaga dengan kehadiran kamu dan akan ‘menangkap’ mana-mana mereka yang terlibat semasa hari pembuangan undi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan pihaknya memang menjangkakan kehadiran pengundi hantu dan telah mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak teragak-agak menangkap sekiranya personaliti yang tidak dikenali ditemui ketika proses pembuangan undi dijalankan.

Gerak kerja yang sama turut dilakukan ketika pilihan raya umum lepas, di mana terdapat ramai pengundi luar yang hadir di kawasan DUN Rhu Rendang dalam Parlimen Marang sebagai senjata untuk mengalahkan Tuan Guru Presiden Pas, Hadi Awang. Namun, dengan kecekapan barisan Pemuda Pas, kebanyakan pengundi hantu itu tidak sempat membuang undi, dan keputusan pilihan raya di kawasan tersebut menunjukkan peningkatan ketara dari segi majoriti kemenangan kepada calon Pas.

Sementara itu, Azman Shapawi juga menggangap pemberian wang tambahan royalti bernilai RM400 juta serta penurunan harga minyak berupaya menjejaskan undi kepada calon Pas. Ini akan berupaya menarik minat para pengundi terhadap Barisan Nasional (BN).

Bagaimana pun, masih banyak isu yang boleh dicanang oleh Pas untuk memikat hati masyarakat Kuala Terengganu, terutama hal kebajikan yang telah diberikan kepada mereka semasa memerintah dahulu.

“Kita tahu bahawa pengundi sudah sedia faham dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika hampir dengan pilihan raya. Isu itu tidak akan menjejaskan sokongan pengundi,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan bahawa pemberian wang royalti itu tidak akan dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak, sekiranya tidak ada pilihan raya kecil Parlimen tersebut. Menurutnya, ia semata-mata untuk memancing undi rakyat. Malah katanya, kerajaan negeri ketika ini tidak mengambil berat masalah rakyat, terutama berkaitan masalah pengambilan tanah.

baca selanjutnya...

BN TERDESAK..

Sikap prejudis Barisan Nasional (BN) yang mendakwa Pas menggunakan provokasi dalam pertembungan pilihan raya kecil Kuala Terengganu nanti hanya tindakan terdesak parti itu sendiri.

Dakwaan bahawa Pas akan menggunakan provokasi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti secara langsung telah merendahkan kemampuan Pas untuk menggugat calon BN di sana.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata sikap sebegitu telah menjadi lumrah dan BN terutamanya Umno mula melabelkan parti-parti lain yang bertanding dengan pangilan yang tidak baik, namun BN sendirilah yang sering memulakan provokasi terhadap parti pembangkang.

“Tindakan dan pandangan yang dilontarkan oleh pihak kerajaan sebenarnya tidak sihat dan sewajarnya Umno mengajak pihak lain menjalankan kempen secara sihat, dan bukan menuduh Pas bersikap sedemikian rupa,” katanya lagi.

Menurutnya, Pas sentiasa terbuka dan mengajak anggota serta penyokongnya ke arah kebaikan dan keamanan. Rakyat perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada Pas agar mereka tidak dikelirukan dengan dakyah songsang tersebut.

“Jika mahukan gambaran tepat mengenai Pas, ikutilah ceramah-ceramah dan melalui kenyataan rasmi pemimpin parti itu sahaja, dan bukannya daripada kenyataan pemimpin Umno yang tidak pernah menyenangi semua gerak-geri Pas.

“Setiap tohmahan mengatakan penyokong Pas bertindak agresif semasa pilihan raya juga tidak benar. Kenyataan sebegitu sebenarnya dibuat untuk mencemar nama baik Pas yang semakin diterima rakyat,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Pas tidak hairan dengan semua kenyataan pemimpin Umno-BN terhadap parti itu. Harapan beliau agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah itu dan seboleh-bolehnya cubalah mendapat maklumat tepat dari sumber yang boleh dipercayai sahaja.

baca selanjutnya...

JAGA UNDI POS; JANGAN UGUT RAKYAT

Umum sudah mengetahui bahawa pada pilihan raya umum yang lalu, terdapat 1,357 undi pos bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu. 1,089 dikira sebagai undi dan selebihnya didapati sebagai undi rosak, menyaksikan 999 memihak kepada calon Barisan Nasional (BN).

Untuk rekod, dalam pilihan raya lalu juga menyaksikan kerusi Parlimen itu dimenangi oleh calon BN, Razali Ismail dengan undi sebanyak 32,562 mengalahkan Mohd Sabu yang meraih 31,934 undi.

Timbalan Persuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, demi mengelakkan undi pos dimanipulasikan oleh BN, penipuan serta kesalahan dalam sistem pilihan raya perlu ditangani dengan serius bagi memastikan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu nanti berjalan lancar.

“Untuk itu, penjawat awam dan masyarakat keseluruhannya perlulah diberikan kebebasan serta hak untuk menentukan undi mereka . Malah, mereka wajar diberi peluang menjadi ‘pengadil’ dan tidak perlu dikenakan tekanan dan sebarang bentuk diskriminasi khususnya kepada anggota tentera dan polis ketika membuang undi, selaras dengan perlembagaan negara,” katanya ketika mengulas berkaitan undi pos dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Mengulas lanjut, beliau tidak mahu menerima laporan wujudnya ‘pergerakan terancang’ yang mahu mengugut serta menjejaskan proses pilihan raya kecil itu nanti. Malah, berharap rakyat diberi pilihan bebas secara adil untuk menentukan calon mana yang akan mereka pilih sebagai wakil mereka nanti.

“Rakyat perlu diberi ruang dan keadilan supaya dapat menggunakan kuasa yang ada pada mereka. Tidak perlu paksaan untuk mereka membuang undi demi menyaksikan satu pilihan raya yang adil dan telus.

“Sepatutnya rakyat diberi kefahaman berterusan betapa pentingnya pilihan raya yang dapat mengangkat, mengekalkan atau menggantikannya dengan yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Katanya, rakyat dan pegawai kerajaan harus diberi peluang yang sama supaya perjalanan pilihan raya berjalan secara telus dan bersih. Jangan ugut dan paksa mereka dalam membuat pilihan.

“Kita (Pas) sudah lama bersedia menghadapi pilihan raya kecil ini bersama-sama rakan pembangkang lain untuk merampas kembali kerusi Parlimen ini. Ianya adalah untuk membela hak dan nasib rakyat di sini,” katanya lagi. Sudah tiba masanya sistem pilihan raya dirombak setelah berjalan sekian lama. Ianya perlu kepada perubahan dan ketelusan di samping membaik pulih dalam usaha ke arah sebuah pilihan raya yang adil tanpa pengaruh mana-mana pihak.

baca selanjutnya...

Sunday, December 14, 2008

PENGUNDI CINA TETAP JADI KEUTAMAAN: PAS

Ng Chai Heng , Pengerusi DAP Terengganu.

Pengerusi Jentera Pilihanraya Kecil Pas Kuala Terengganu, Datuk Haji Wan Mutalib Embong berkata, Pas tidak akan mengabaikan masyarakat Cina di daerah Kuala Terengganu yang selama ini banyak menyumbang ke arah kerjasama dengan pihak mereka.

“Di sini (Kuala Terengganu) kita ada DAP dan Pakatan Rakyat (PR) yang mempunyai anggota berbilang kaum di mana boleh memastikan matlamat kita tercapai untuk membela rakyat dapat dilaksanakan,” katanya lagi.

Beliau optimis dengan kerjasama bersama DAP dan PKR, calon Pas yang akan bertanding di Kuala Terengganu nanti akan memperoleh kemenangan. Malah, ketika mengulas lanjut, beliau yakin pihaknya akan terus mendekati masyarakat itu lebih-lebih lagi pilihanraya kecil ini berbeza dengan pilihanraya umum.

“Dalam pilihanraya kecil ini kita rasa lebih bebas kerana ia melibatkan kerusi Parlimen,” katanya.

Berdasarkan unjuran keputusan pilihanraya umum lalu di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil kali ini bakal berlangsung sengit memandangkan landskap politik telah jauh berubah.

Menurutnya, masih banyak kekurangan yang dibiarkan oleh pihak kerajaan pusat dan negeri ke atas penduduk Terengganu terutamanya kadar kemiskinan yang masih tinggi. Malah, kemudahan asas yang di bandaraya itu juga masih jauh terkebelakang yang menunjukkan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebagai langkah menjamin kemenangan, kita ada mekanisme tersendiri untuk memastikan kemenangan milik kita nanti, dan kita ada kelab penyokong,” katanya lagi.

baca selanjutnya...

Wednesday, December 3, 2008

Contohi Muslimat Pas: Sakinah

Timbalan Ketua Muslimat Pas Terengganu, Safinah Jusoh berkata, Wanita Umno perlu mencontohi muslimat Pas dalam menentukan kepimpinan tertinggi mereka agar tidak timbul sebarang masalah.

Beliau berpendapat, sebagai pemimpin (ketua) mereka perlu menyerahkan kepada ahli akar umbi untuk memilih dan memastikan kepimpinan Wanita terus kekal sambil mencadangkan agar Wanita Umno mengikut prosedur biasa.

“Dalam Pas, kita tidak melobi untuk menjadi pemimpin. Kita serahkan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang berkelayakan dan kita pilih pemimpin bukan berdasarkan wang namun, berdasarkan kredibiliti yang ada pada mereka,” katanya lagi.

Katanya, biarlah akar umbi membuat pilihan mereka dalam Wanita Umno tanpa ada sogokan wang daripada mana-mana pihak. Itu perlu untuk menentukan seseorang pemimpin itu bersih atau tidak serta dipilih berdasarkan kemampuan mereka.

“Kita bukan nak campur urusan dalaman mereka, tapi kalau boleh pemilihan Wanita Umno berada diluar politik wang, jangan dicontohi pemilihan Umno yang lepas,” katanya sambil mengakui setakat ini belum pernah mendengar pemilihan Wanita Umno dicemari dengan politik wang.

Beliau yang mengulas berkaitan pelan peralihan kuasa Wanita Umno yang tidak menjadi turut menyarankan agar semua perwakilan wanita nanti diberikan kebebasan untuk membuat pilihan berdasarkan kelayakan. Sebelum itu, Shahrizat Jalil diberitakan akan menentang ketuanya, Rafidah Aziz dalam pemilihan Ketua Wanita Umno Pusat pada Mac akan datang. Ianya ekoran keengganan Shahrizat menerima anjakan peralihan kuasa dari Mac ke Jun 2009. Selain itu, dakwa Shahrizat, keperluan beliau bertanding adalah di atas ke hendak akar umbi bukan kerana ingin melawan Rafidah Aziz.

wasilah0nline

baca selanjutnya...

Tuesday, December 2, 2008

PEMECATAN ZAID: MENDEDAHKAN KELEMAHAN PAK LAH

Isu pemecatan Zaid Ibrahim; mantan Menteri di JPM semalam memang sudah diduga, dan kemungkinan beliau akan menyertai PKR tidak dapat ditolak. Zaid Ibrahim yang berfikiran etist (tiada agama) yang mengemparkan negara suatu ketika dulu apabila menyaman kerajaan Pas Kelantan yang mahu melaksanakan hukum Hudud dilihat mempunyai jiwa 'memberontak' terhadap dasar-dasar BN. Isu ISA dan ex-gratia bekas hakim negara telah mengheret beliau ke kancah kemelut peringkat tertinggi sehinggalah beliau dipecat. Malah, kehadiran beliau di perhimpunan PKR di Shah Alam hanya merupakan asbab kepada sebarang tindakan oleh Umno.


Kisah Zaid dipecat bukanlah main point untuk dibincangkan, tetapi kesannya adalah terpalit kepada Abdullah sendiri selaku PM yang mempunyai kuasa penuh melantik dan memecat seseorang Menterinya. Dengan terkeluarnya Zaid dengan isyarat paling berat dengan tidak dibenarkan membuat rayuan menunjukkan betapa 'bencinya' Pak Lah kepada Zaid sekarang ini. Namun, ingatkah kita isu kontrovesi Pak Lah melantik Zaid ke jawatan Menteri Kabinet yang turut ditentang oleh para pemimpin Umno? Walaupun Zaid tidak bertanding sebagai calon dalam PRU12, dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh JK tatatertib Umno, kenapa Abdullah memmilih beliau?

Ini merupakan satu petunjuk, bahawa dalam banyak kes atau tindakan yang dilakukan oleh Pak Lah, kes Zaid paling mengaibkan beliau. Kronologi tindakan Zaid dalam barisan Menteri Kabinet sehingga beliau meletakkan jawatannya turut memberikan tamparan hebat kepada PM.

Zaid bagaikan mahu menunjukkan 'siapa aku' dengan mempresendakan Pak Lah sebagai PM, dan tindakannya itu jarang dilakukan oleh mana-mana Menteri sebelum ini. Ia sekaligus mendedahkan bagaimana lemahnya seorang PM negara ini yang tidak mempunyai prinsip dalam membentuk JK Kabinetnya. Lakonan Zaid turut membuka pekung Pak Lah serta menambahkan lagi koleksi kelemahan beliau sebagai PM Malaysia yang penuh dengan ketempangan.

Title 'Mr. Clean' terhapus sama sekali. Kini Pak Lah hanya menunggu detik-detik terakhirnya sebagai seorang PM. Apakah kewajaran Zaid apabila beliau muncul kembali di pentas pembangkang? Ramai mengatakan ianya merupakan satu tindakan Zaid yang mahu membalas dendam dan mendedahkan kelemahan Pak Lah melantiknya. Tidak dapat dinafikan juga tindakan Zaid itu merupakan satu penghinaan kepada keseluruhan kepimpinan Umno yang semakin tempang.

Mungkin kisah Zaid adalah sebahagian daripada sejuta intipati kemusnahan umno dan BN. Hanya detik masa sahaja yang menanti parti gerakan Melayu Kebangsaan itu hancur dan akan terpahat sebagai salah sebuah parti yang paling lama memerintah sesebuah negara.

baca selanjutnya...