Saturday, December 27, 2008

UNDANG2 PLKN: SIAPA PTUT HORMAT SIAPA?

GEMPAR! KECOH! Pasal seorang artis, Diana Daniaelle yang 'terlepas' daripada menjalani latihan PLKN. Ada yang marah cuma sikit yang sokong, kenapa?


Dalam soal ini kita nak tahu siapa yang patut hormat siapa?? Pengarah PLKN Abdul Hadi Awang Kechil berkata dia buat keputusan itu semata2 nak elak Diana dikenakan tindakan mahkamah oleh syarikat yang dia ikat kontrak. Adilkah bagi sebuat perlembagaan yang telah diputuskan dan dijadikan syarat untuk pengecualian bagi PLKN??

Siapa Syarikat Productions itu dalam hak mereka mendapat pengecualian dan keistimewaan? Dan siapa pula Diana dan keluarganya beroleh kebebasan sedemikian rupa?


Ini bermakna, dalam soal ini, pihak Kerajaan dan Pengarah PLKN sememangnya mengangkat martabat astis di negara ini. Jika pihak PLKN memberi penerangan yang sewajarnya kepada pihak KRU dan White Entertaiment dengan selengkapnya, mereka mesti KENA faham arahan termaktub dalam syarat yang diwajibkan.


Soal mereka terpaksa tangguhkan atau terpaksa menyaman artis berkenaan bukan masalah PLKN. Pihak penerbit juga mempunyai pilihan menghentikan kontrak Diana sebagaimana YUsuf Haslam menamatkan kontrak Norman secara serta merta kerana melibatkan sesuatu kes.

Ia sama juga dgn hal ini. KRU wajar tamatkan kontrak Diana jika mereka merasakan mereka itu lebih patriotik. Malangnya dalam hal ini, pihak yang dipercayai oleh rakyat berjaya diperkotak-katikkan oleh seorang artis hingusan yang menjadi ikon maksiat kepada remaja.

Apabila rakyat melenting dalam soal ini, akan ada sahaja jawapan daripada pihak yang berkaitan. Inilah pegangan yang ada dalam kerjaan BN sekarang, mereka boleh menetapkan sesuatu secara 'ad-hoc' w/pun sudah termaktub dalam peraturan yang telah diputuskan. Apa guna berbahas sekian lama membentuk dasar jika tidak dipatuhi??

Tetapi tak perlu hairan...kerana kerajaan BN juga golongan yang memang ingkar dengan peraturan. Jika mereka telus dan adil dengan rakyat, mereka tidak akan melanggar kontrak atau perjanjian bertulis yang termaktub sebagai perjanjian mahupun undang-undang, sebagaimana mereka sewenang-wenangnya melanggar perjanjian pemberian Royalti Minyak Terengganu.

Dalam kes itu dan kes Diana semacam ada persamaan yang menyenangkan di pihak kerajaan.....

....Kes royalti minyak sebab tak suka duit diuruskan oleh Pas
....Kes Diana sebab mereka sukakan artis dan sangup tanggung malu dikutuk rakyat apabila melanggar syarat yg mereka sendiri tetapkan...

HIDUPALAH artis di bawah naungan BN-Umno!!

Hidup Islam...
Allahu Akbar!!

2 comments:

Zolkharnain Abidin said...

Biasalah, bila artis tu bergetah sikit ramailah yang lembik tengkok. Pelajar sekolah agama kena masuk PLKN sebab mereka mengaji agama. Mengaji agama tak patriotik, sebab tu kena masuk.

Artis dedah sana sini, peluk sana sini tak perlu masuk sebab mereka dah patriotik.

Dunia sedah mau terbalik ke?

pirah lah said...

itulah apabila pemikiran jumud KERAjaan yang dipengaruhi oleh unsur kemaksiatan. Mereka tahu tapi tidak mahu sedar..

..sampai bila?....ntah lah!