Sunday, December 21, 2008

BN TERDESAK..

Sikap prejudis Barisan Nasional (BN) yang mendakwa Pas menggunakan provokasi dalam pertembungan pilihan raya kecil Kuala Terengganu nanti hanya tindakan terdesak parti itu sendiri.

Dakwaan bahawa Pas akan menggunakan provokasi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti secara langsung telah merendahkan kemampuan Pas untuk menggugat calon BN di sana.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid berkata sikap sebegitu telah menjadi lumrah dan BN terutamanya Umno mula melabelkan parti-parti lain yang bertanding dengan pangilan yang tidak baik, namun BN sendirilah yang sering memulakan provokasi terhadap parti pembangkang.

“Tindakan dan pandangan yang dilontarkan oleh pihak kerajaan sebenarnya tidak sihat dan sewajarnya Umno mengajak pihak lain menjalankan kempen secara sihat, dan bukan menuduh Pas bersikap sedemikian rupa,” katanya lagi.

Menurutnya, Pas sentiasa terbuka dan mengajak anggota serta penyokongnya ke arah kebaikan dan keamanan. Rakyat perlu mendapatkan maklumat yang tepat daripada Pas agar mereka tidak dikelirukan dengan dakyah songsang tersebut.

“Jika mahukan gambaran tepat mengenai Pas, ikutilah ceramah-ceramah dan melalui kenyataan rasmi pemimpin parti itu sahaja, dan bukannya daripada kenyataan pemimpin Umno yang tidak pernah menyenangi semua gerak-geri Pas.

“Setiap tohmahan mengatakan penyokong Pas bertindak agresif semasa pilihan raya juga tidak benar. Kenyataan sebegitu sebenarnya dibuat untuk mencemar nama baik Pas yang semakin diterima rakyat,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Pas tidak hairan dengan semua kenyataan pemimpin Umno-BN terhadap parti itu. Harapan beliau agar rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah itu dan seboleh-bolehnya cubalah mendapat maklumat tepat dari sumber yang boleh dipercayai sahaja.

No comments: