Tuesday, December 2, 2008

PEMECATAN ZAID: MENDEDAHKAN KELEMAHAN PAK LAH

Isu pemecatan Zaid Ibrahim; mantan Menteri di JPM semalam memang sudah diduga, dan kemungkinan beliau akan menyertai PKR tidak dapat ditolak. Zaid Ibrahim yang berfikiran etist (tiada agama) yang mengemparkan negara suatu ketika dulu apabila menyaman kerajaan Pas Kelantan yang mahu melaksanakan hukum Hudud dilihat mempunyai jiwa 'memberontak' terhadap dasar-dasar BN. Isu ISA dan ex-gratia bekas hakim negara telah mengheret beliau ke kancah kemelut peringkat tertinggi sehinggalah beliau dipecat. Malah, kehadiran beliau di perhimpunan PKR di Shah Alam hanya merupakan asbab kepada sebarang tindakan oleh Umno.


Kisah Zaid dipecat bukanlah main point untuk dibincangkan, tetapi kesannya adalah terpalit kepada Abdullah sendiri selaku PM yang mempunyai kuasa penuh melantik dan memecat seseorang Menterinya. Dengan terkeluarnya Zaid dengan isyarat paling berat dengan tidak dibenarkan membuat rayuan menunjukkan betapa 'bencinya' Pak Lah kepada Zaid sekarang ini. Namun, ingatkah kita isu kontrovesi Pak Lah melantik Zaid ke jawatan Menteri Kabinet yang turut ditentang oleh para pemimpin Umno? Walaupun Zaid tidak bertanding sebagai calon dalam PRU12, dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh JK tatatertib Umno, kenapa Abdullah memmilih beliau?

Ini merupakan satu petunjuk, bahawa dalam banyak kes atau tindakan yang dilakukan oleh Pak Lah, kes Zaid paling mengaibkan beliau. Kronologi tindakan Zaid dalam barisan Menteri Kabinet sehingga beliau meletakkan jawatannya turut memberikan tamparan hebat kepada PM.

Zaid bagaikan mahu menunjukkan 'siapa aku' dengan mempresendakan Pak Lah sebagai PM, dan tindakannya itu jarang dilakukan oleh mana-mana Menteri sebelum ini. Ia sekaligus mendedahkan bagaimana lemahnya seorang PM negara ini yang tidak mempunyai prinsip dalam membentuk JK Kabinetnya. Lakonan Zaid turut membuka pekung Pak Lah serta menambahkan lagi koleksi kelemahan beliau sebagai PM Malaysia yang penuh dengan ketempangan.

Title 'Mr. Clean' terhapus sama sekali. Kini Pak Lah hanya menunggu detik-detik terakhirnya sebagai seorang PM. Apakah kewajaran Zaid apabila beliau muncul kembali di pentas pembangkang? Ramai mengatakan ianya merupakan satu tindakan Zaid yang mahu membalas dendam dan mendedahkan kelemahan Pak Lah melantiknya. Tidak dapat dinafikan juga tindakan Zaid itu merupakan satu penghinaan kepada keseluruhan kepimpinan Umno yang semakin tempang.

Mungkin kisah Zaid adalah sebahagian daripada sejuta intipati kemusnahan umno dan BN. Hanya detik masa sahaja yang menanti parti gerakan Melayu Kebangsaan itu hancur dan akan terpahat sebagai salah sebuah parti yang paling lama memerintah sesebuah negara.

No comments: