Tuesday, May 6, 2008

BUKTI KEBODOHAN KEMENTERIAN PELAJARAN


Selepas 30 tahun sandaran baru dapat Sijil

Ana nak tunjukkan di sini satu lagi kebodohan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita. Terperanjat juga apabila membaca Kosmo hari ini bahawa seorang ibu tunggal, Che Fatimah Che Mat yang bergelar nenek (53 tahun) berjaya mendapat sijil perguruan selepas 30 tahun menjadi guru sandaran.

Mungkin kisah nenek, ibu tunggal yang mendapat sijil itu menjadi kebangaan Institut Perguruan Sultan Mizan, Terengganu khususnya, dan Kementeria Pelajaran Malaysia amnya. Namun, jika diselami kepayahan dan menanggung penderitaan bilakah akan diserapkan ke jawatan tetap, sebenarnya tidak berbaloi dengan apa yang nenek lima anak itu perolehi. Malang sungguh nasib beliau.

Mungkin KPM boleh menjadikan ini sebagai contoh pengorbanan yang baik untuk orang lain. Tetapi tidakkah mereka terfikir sumbangan dan kepayahan nenek itu selama ini. Kita tidak tahu berapa puluh kali agaknya beliau telah memohon untuk menjadi guru tetap. Dan bayangkan selama 30 tahun menjadi guru sandaran dengan tidak memperolehi sebarang kemudahan serta ganjaran sebagaimana guru tetap, Che Fatimah sebenarnya sengsara.

Dalam tempoh itu juga beliau sepatutnya sudah bergelar sebagai GURU BESAR sekarang jika KPM menghargai dan prihatin dengan nasibnya 30 tahun lalu. Malang sungguh nasib mana-mana guru sandaran yang masih belum menerima tawaran tetap.

Sebenarnya inilah rupa sebenar KPM, yang hanya pandai merangka dasar tetapi tidak tahu melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab. Pandai pula mengerah tenaga orang lain untuk kemudahan mereka, sedangkan tidak dalam masa yang sama tidak pandai pula merangka sesuatu untuk masa depan insan yang digunakkan kudratnya itu tadi.

Bukan masalah di atas sahaja, sejak Hishamuddin memegang jawatan Menteri di KPM, pelbagai cerita caca-marba yang telah dilakukannya sehingga masyarakat memandang sinis alam pendidikan di negara kita. Apa lagi yang kita dapat harapkan daripada KPM? Ianya bukan lagi menjadi lubuk kebajikan sosial rakyat, tetapi tempat pihak berkepentingan mengaut keuntungan dalam kepayahan rakyatnya sendiri.

No comments: