Thursday, May 15, 2008

KRISIS ROYALTI MINYAK


Cukupkah duit yang dirompak untuk padam API NERAKA?

Sejak akhir-akhir ini, kita asyik ditokok oleh berita royalti minyak, terutama yang membabitkan negeri Terengganu. Penafian demi penafian telah dibuat oleh para pemimpin Amno Pusat mahupun negeri berkaitan dengan isu tersebut. Daripada isu yang serius, kini ianya nampak seperti satu sandiwara yang lucu pula.

Sejak pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Amirsham A.Aziz bahawa sebanyak RM7.3billion duit royalti telah diberikan kepada Terengganu, banyak pihak panas punggung (mungkin minyak dah ducucuh nak bakar dia orang kot). Yang jelas, mantan MB Terengganu, Idris Jusoh yang tidak mengaku menerima wang tersebut untuk perbelanjaan di negeri "terkaya?" itu.

Nah! Bila Idris hanya mengaku terima sebanyak RM1.3billion sahaja, di mana bakinya itu? Mustahil bekas ketua eksekutif sesebuah kerajaan negeri tidak tahu perbelanjaan negeri tadbirannya sendiri. Membuktikan betapa silapnya rakyat Terengganu memilih seorang wakil rakyat yang kolot mentadbir.

Begitupun, penafian beliau mungkin ada benarnya, di atas kapisiti duit yang lesap itu adalah bahagian-bahagian yang telah diagih-agihkan sesama mereka dalam bentuk projek membazir. Projeknya ada, tetapi kosnya adalah tidak masuk akal.

Sebenarnya sudah banyak isu rasuah dan salah laku yang melibatkan pemimpin Amno dan BN keluar, namun masih ada rakyat yang BUTA atau MEMBUTAkan mata mereka semata-mata kurangnya iman atau hanya mementingkan keduniaan.

Buat apa pihak kerajaan menyediakan kursus bertaraf dunia dalam bidang akauntansi, jika masalah simpan kira atau akaun kerajaan negeri tidak dapat dikira secara jujur. Perlu diingat, bahawa semua yang bersekongkol dengan kehilangan duit rakyat itu mestilah bertanggungjawab sepenuhnya. Dan jangan lupa bahawa balasan yang setimpal juga akan menanti diakhirat kelak.

Alahai...bang! Cerita apa pasal akhirat? Kan mati nanti kubur aku asing...kubur hang asing..Mana ada orang tau?

Hehe...lantak ko oranglah. Tapi ingat, dan semua yang terlibat dengan penyelewengan itu patut bertanya kepada dirinya, 'dah cukup banyak ke duit yang disonglap tu nak buat beli air, nak padam API Neraka?' Macamana? Cukup ke Bodolah, Deris, Rosol n The gang?

Kita tunggu dan lihat bagaimana keiaban mereka ini didedahkan oleh puak-puak mereka sendiri tanpa perlu dibongkar oleh pihak pembangkang. Semoga pembongkaran demi pembongkaran itu akan memberikan hidayah kepada seluruh rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia, amnya untuk terus berubah kepada kepimpinan yang lebih telus.

4 comments:

kamarul said...

kalau susah susah bagi je kat negeri lain. la ie kan kita nak sama rata. melayu sama, cina sama, india sama, kadazan, dusun, iban pun sama. tak kan johor, pahang, melaka, perak, penang, kedah, perlis, selangor, n sembilan tak leh dapat yg sama.

sham said...

Assalamualaikum,

Alla..kalau laa pemimpin2 nih fikir tentang pembalasan yang pedih dan sekda di akhirat kelak,mungkin berfikir2 jugak tentang hal2 songlap menyonglap duit rakyat nih.
Takut tak mampu untuk menjawab di padang mashyar nanti.
Yang masalahnya,apa yang mereka buat sekarang nih seolah2 beranggapan hidup nih tak bercukupan tanpa ada penyudahnya
Dak per laa,hidup ni bukannya lama dan mati itu pasti sekali
dan bersedialah


itupun kalau MAMPU

pirah lah said...

betullah tu kamarul....hang ni memang bodoh sombong buat tak paham jer..kalau bagi elok sapa nak marah..kan citer tu soglap duit...org makan duit haram pun lu sokong...yahudi betul lu ni

Saiful Bahari said...

semua islam bersaudara...........
tak diiktiraf islam seorang yang beriman selagi dia tidak menyayangi saudaranya.

diakhirat bukan hanya yang makan rasuah kena bicara....
malah kita yang diberi allah ilmu untuk menilai baik buruk sesuatu...juga akan ditanya....

sudahkan kita usaha sedarkan saudara kita yg makan rasuah?

sudahkan kita usaha sedarkan saudara kita yg beri rasuah?

bukan masalah kubur masing-masing....
dipadang mahsyar pun tak ada sesaat pun luang masa untuk manusia memikirkan perihal orang lain sebab memasing sibuk dengan masalah dirinya oleh kerna pahala dan dosa.
Jadi jika yg bergelar saudara seislam adalah tanggungjawap bagi yang mampu untuk menasihatinya....bukan dibiar berlaku zalim dan kufur....

Sebenarnya hidup manusia mudah ajer.....
Ikut perintah allah & rasulnya....
Tegakkan hukum allah.....nescaya allah menurunkan rahmatnya....

ps: teringat kata2 sahabat ana...
"Sekarang ni lah waktu yg diperkatakan dalam al-quran waktu akhir zaman, lihatlah disekeliling kita....agama semakin runtuh, hukum dipermainkan, ekonomi dunia hampir kejurang kemusnahan,pemimpin yang haloba,ulama dibunuh dan disekat, perang,kebuluran,wabak,bala bencana alam dan bermacam-macam lagi. Semuanya telah ada didepan mata, inilah masanya akhir zaman yang diperkatakan.....tapi tak siapa perasan sebab kita semua sibuk dengan dunia......"

wallahu a'lam