Wednesday, May 14, 2008

SELAMAT HARI GURU


Guru Cemerlang, Guru Temberang

Saya nak ucapkan selamat hari guru buat semua warga guru di tanahair darat, laut atau udara..Huhuhu! Macamana tu?

Ye lah...dah guru Malaysia kan GLOKAL...mesti sampai dah taraf tu...kan? Mesti ada kat mana2 darat, air ka udara. Seronok jadi guru kat Malaysia, cemerlang, gemilang, terbilang & temberang. Hehehee....tang temberang tu, bila time ajar Sain & Matematik dalam Bahasa Inggeris lah. Mana ada guru yang BI dpt 9 mampu ajar semua tuh! Kan temberang namanya.

Dulu tak ada nak jadi cikgu, kononnya 'komang' tak standard, itulah...inilah, macam2 alasan. La ni..haha tengok macamana? Tak abih exam lagi dah tanya borang nak masuk Institut Guru di seantero negara.

Lepas masuk, jadi cikgu...barulah tau betapa malangnya nasib si guru. Bertambah-tambah malang lagi bila Hisangmunding jadi Kepala Menterinya. Waduh-waduh..bapak Hisang...kalu itu sama masa anta jadi Kepala Bapak Menteri Pelajaran, kalu itu juga itu Kementerian jadi kelibut bah!

Apa tak kelibutnya, duk bincang kedai kopi 3 hari...hari keempat lancar PPSMI. Mai Terengganu makan keropok ngan Pok Yeh...buat pekeliling itu...buat pekeliling itu. Sekarang pekeliling dan pusing sekeliling...FEning..fening lalat laaa.

Macamana masalah kenaikan pangkat yang caca-marba. Ada Cikgu yang penat2 blajar sambung kat 'U' balik-balik dapat gaji rendah pada guru bukan siswazah....

Dah mengajar lama berpuluh tahun, bila sambung blajar dapat 'degree' dikira baru tahun pertama pulak, biarlah dah nak pencen pun.

Disebabakan terlalu tinggi taraf guru di Malaysia, kerja kat sekolah semua kena buat. Mengajar wajib! Sukan wajib! Persatuan Wajib! Unit beruniform wajib! Kursus wajib kena attempt! Segala macam mak nenek borang datang kat meja yang sepatutnya di isi oleh kerani atau PAP pun wajib kena isi sendiri.

Apatah lagi nak buat claim perjalanan. Kena taip sendiri...

Banyak wajibnya. Tapi bila nak mintak sedikit keselesaan dari yang berhak....banyak sunat pulak...Tak layan , tekan sikit dah Makruh! Ugut nak buat perhimpunan , terus jadi HARAM! Apala nasib ko cikgu!

Kalau nak tau duk kat sekolah tu....bukan guru cemerlang, tetapi guru yang dungu jer ..sebab takut nak tegur murid yang kurang asssssammmm! Betul, kalau tegur dia orang jeling kita rasa bimbang. Kalau rotan, mak bapak dia datang balik HENTAM.

Eeeee bayk ler lagi aku nak royat bagitau sini...nanti muak pulak nak baca noooooo.. Itulah Guru Malaysia. Guru Cemerlang + guru temberang.

Kalau ada yang indah2 kat sorat kabor tu, janganlah percaya idup2...tanya guru dulu. Yang hebatnya guru ni pada slogan saja. Realitinya hampasss jer!

Cikgu ni adalah tempat EKSPERIMEN Kepala-kepala bapak kat atas tu jer sebenarnya!

Takbir!

2 comments:

kamarul said...

temberang? jangan lah temberang rendahkan martabat guru. semua guru layak mengajar subjek tu kalau guru bersedia. kecuali lah yang menjerit tak mau ngajor rupanya saje je gatal nak menyalak

pirah lah said...

kenapa hang komen ada 'kalau'? Sebab tu setiap komen lu macam kuda kayu!
Hang tulah jangan nak temberang, aku ni cikgu yang 'terpaksa' ngajor PPSMI...bodohhh! Aku BI SPM 9, tapi diARAHKAN pergi kursus PPSMI sains tahun 4, sebab sekolah tak ada guru lain.

Kalau macam aku tak tahu apa BI hang jangan jadi bongoklah kamarul...memang naya budak sekolah. Aku dalam dunia pendidikan akau tau macamana bahlolnya KPM memberi kursus 5 minggu untuk ajar PPSMI dalam BI.

Lu ingat mudah ke nak ajar dalam BI kalau tak tahu asas? Sebab tu budak sekolah luar bandar makin teruk pencapaian sains dan matematik. Ramai yang dapat A bukan kerana markah 90-100%, tetapi ehsan Kementerian yang menurunkan markah sehingga 70% untuk dapat A. Faham!

Sebab itu, kalau student dari luar bandar banyak yang 'lari' balik semula selepas hanya beberapa minggu berada di asrama penuh, walaupun UPSR dapat 5A. Mereka tak dapat ikut sebab UPSR adalah bonus dari Kementerian bukannya di atas kecemerlangan pelajar.

Bukan masalah menerit, hang pi tanya yang dapat 9 BI SPM kena ngajor PPSMI....hehehee...jalan jugak, sebab Guru Besar observe sama tak tau BI.

Paham Mangkukkk!