Wednesday, May 28, 2008

EZAM: BANDUAN TULEN YANG MUNAFIK???


Ikon Pemusnah Bangsa

KITA Umat Islam yang cintakan kesyumulan Islam itu sendiri tidak perlu gusar dan bersedih dengan 'rejoin' Ezam ke dalam Amno.

Ezam bolehlah diibaratkan sebagai seorang banduan tulen yang yang Munafik...

Kenapa aku gelar dia munafik, sebab paling utama adalah melalui kata-kata beliau selepas melepaskan jawatan Ketua AMK PKR, dan beliau pernah juga menyatakan dihadapan TGNA bahawa dalam semua PArti Politik yang wujud negara ini, hanya PAS sahaja yang boleh dipercayai.

"Selepas saya perhatikan secara mendalam kedudukan Parti Politik di tanahair, saya percaya PAS adalah parti politik yang boleh dipercayai berbanding dengan parti lain termasuk PKR.

"Tidak ada pemimpin parti lain yang begitu bersungguh-sungguh berjuang untuk menegakkan keadilan melainkan PAS. Dan lihat sahajalah para pemimpin mereka yang sanggup berkorban demi menegakkan, Islam, perjuangan dan keadilan,"... macamtulah kata-katanya.

Kini, setelah mengangkat PAS sebagai yang terbaik, kenapa beliau masuk kembali Amno?? Adakah beliau seorang munafik yang hanya pandai berkata-kata?

Rasionalnya: Jika beliau memperjuangkan keadilan, beliau tidak akan bermuka-muka di hadapan muryid kesayangan ahli PAS itu semata-mata inginkan publisiti murahan.

Bekas sahabat karibnya, Cikgu Fariz Musa ketika diminta mengulas tentang kemasukan semula Ezam kepada Amno berkata, itu adalah haknya mutlak beliau. Malah PKR tidak merasakan apa-apa kerugian dengan 'rejoin' Ezam itu.

"Kita tak ada apa-apa lagi kepentingan dengan Ezam, dan beliau sendiri tidak bersama dengan kita sudah begitu lama. Bagi PKR, selepas beliau keluar dari parti ini, bermakna Ezam sudah tidak ada apa-apa lagi.

"Buat apa kita nak mempertahankan beliau. Itu haknya untuk menyertai mana-mana parti. Malah semasa dan sebelum pru sekalipun, beliau tidak ada hubungkait dengan PKR pun," kata Fariz lagi.

Wallahuaallam!

10 comments:

Cybernetics Mind said...

salam bro......aku tumpang kecewa dgn berita neh....masih teringat2 lagi bicara yg keluar dr mulut Ezam satu ketika dulu....inilah yg dikatakan tiada Istikhomah dlm perjuangan.....marilah kita sama2 doakan agar beliau dpt melaksanakan apa yg dikatakan sebgai "reform" dlm AMENU tu..amin

pirah lah said...

nak buat macamana cybernetics mind....maybe ada hikmahnya..

Allah SWT Maha Esa...

kamarul said...

hikmahnya. ko la jadi jambu utk bos plak

pirah lah said...

dah hilang ke sedey lu mamak kamrurartatuk pasal bos lu Chet Det letak jawtang???

Lama ntelam baru timbul...hehehe..tulah jangan masuk barisan dudk dalam bulatan..hang ni bebal , babil , suka hidu taik...nak wat macamana!!!

kamarul said...

hidu taik tu org yang main belakang je cam lu n bos lu. hahaha. AWAS. JANGAN MAIN BELAKANG

shifumaster said...

kamarul,

anta jadi saksi dengan mata kepala sendiri ka yg bos pirah lah buat benda tu???

jangan jadi saksi bohong,azab yang pedih allah janjikan diakhirat...

jangan ikut bisikan syaitan yg meniupkan rasa amarah......

sabar separuh dari iman...

wallahu a'lam

kamarul said...

aku tgk lah... tu yg aku cakap. ko tgk ke dia tak buat, yg ko pertahankan dia. apa buktinya.

sabar je pirah.. mana tau bos suka kat lu pulak.

jgn marahkan org kena tipu sebab yg tiaptiap hari jumpa dia pun kena tipu apa lagi yg kenal bos lu tu cuma dekat surat khabar dan tv. insaflah

kamarul said...

Kenyataan Nora

di petik dari blog Nora

Ini kenyataan Nora. Untuk makluman semua, Nora tidak menyertai UMNO. Nora masih berdiri sebagai seorang pejuang yang mahu memastikan nasib rakyat marhaen terbela dan tidak di tindas oleh mana-mana kerajaan memerintah. Sungguh pun banyak spekulasi tentang Nora menyertai Ezam untuk pergi kepada UMNO, itu sama sekali tidak benar. Sungguh pun begitu Nora hormat keputusan Ezam untuk menyertai UMNO. itu hak beliau. Ezam pasti mempunyai alasan sama ada yang tersurat mahu pun yang tersirat.

Dalam isu ini Nora agak kesal dengan kritikan-kritikan yang tidak beretika,melampau,sumpah seranah termasuk maki hamun yang di lemparkan terhadap beliau. Ingat! sewaktu Anwar terpenjara Ezam lah yang turut bersama pejuang-pejuang reformasi untuk berkorban demi keadilan dan menentang kezaliman rejim Mahathir.

Anehnya,tidak siapa pun bertanya kenapa Ezam beralih pandangan terhadap Anwar Ibrahim. Lebih menyayat hati, setelah Anwar di bebaskan, Ezam yang sebelum ini menjadi tunggak reformasi tiba-tiba senyap. Hairan kan, kenapa ini boleh berlaku? Ezam juga adalah seorang manusia.

Nora juga rasa terkilan menerima ratusan sms dan email yang penuh dengan kata-kata nista terhadap Ezam dan UMNO. Nora setakat ini Insyallah tidak pernah terlintas untuk menyertai UMNO, tetapi untuk mengeji UMNO dan ahli-ahli nya dengan kata-kata sedemikian bukan “style” Nora.

Salah satu SMS yang paling Nora terkilan adalah seperti berikut :

Salam, Allah dah pilih Nora untuk bersama-sama dalam parti yang memperjuangkan Islam iaitu PAS. Nora jangan sekali-kali terpengaruh dengan Ezam yang Allah campakkan balik dalam lubang yang penuh najis iaitu UMNO.

Untuk mengelar UMNO lubang najis dan ahli-ahlinya terpalit dengan najis, Nora ada sesuatu yang mahu dikongsi bersama:

Dalam hidup Nora sebagai peniaga kecil, Nora berdepan dengan pelbagai masalah. Kesempitan hidup, perniagaan yang semakin merosot,penindasan dari pihak DBKL dan persaingan warga asing, menambah kepada penderitaan kehidupan.

Ini adalah apa yang kami sebagai reformis lalui. Kemelaratan ini berlarutan sehingga ke hari ini bagi sesetengah mereka yang bergelar reformis. Sungguh pun perkara ini tidak asing dari pengetahuan kepimpinan PKR, namun tidak ada satu tindakkan kemanusiaan di ambil untuk membantu kami.

Namun, Allah itu Maha Kuasa. Yang terbuka pintu hati untuk membantu adalah orang yang kita kata terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis. Entah mengapa, orang yang di katakan terpalit dengan najis dan berada dalam lubang najis mempunyai nilai kemanusiaan lebih tinggi daripada tempat yang pernah Nora perjuangkan agenda mereka.

Orang yang di katakan berselubung dengan najis menghulur tangan-tangan bantuan kepada Nora. Nora telah diberi peluang untuk bekerja. Lebih mengejutkan lagi,orang yang di katakan terpalit dengan najis turut membela beberapa orang teman-teman yang semuanya terbabit dengan reformasi dan berlainan parti, termasuk PKR dan PAS.

Aneh sekali,orang yang dikatakan terpalit dengan najis tadi tidak pernah mempersoalkan wadah dan penglibatan kami secara berterusan sehingga kini. Malah bagi orang yang terpalit dengan najis tadi membenarkan prinsip masing-masing dan tidak menghalang kami untuk menyertai mana-mana perhimpunan demonstrasi mahupun perhimpunan-perhimpunan bagi memperjuangkan hak rakyat.

Mungkin benar kata orang, tidak hilang nilai intan biar di salut debu dan lumpur serta dalam konteks ini dalam lubang najis sekali pun.

Mana dia pemimpin-pemimpin PKR yang gah melaungkan perjuangan membela nasib rakyat sedangkan nasib ahli pun di pandang remeh dan ada kalanya dihina.

Nora ingin menyarankan agar janganlah kita prejudis kepada sesetengah ahli UMNO yang kita katakan terpalit busuk akibat najis yang kemungkinannya kita terlupa mempersoalkan diri kita tentang kemanusiaan. Jangan ambil serong komen Nora ini,apa yang Nora cuba sampaikan adalah apa yang Nora dan rakan-rakan reformasi lain rasakan. Nora hanya berharap agar kita semua berpijak pada realiti kehidupan. Sekali lagi Nora ingin tegaskan Nora tidak menyertai UMNO tetapi janganlah kita menjadi hipokrit dalam perjuangan.

Salam

pirah lah said...

sori saudara kamrulartaturk....ana bz seminggu nih!

Alhamdulillah minat hang kat blog aku masih ada...oklah tu! Cuma kalau nak palitkan PR dengan catatan hang buat tu, nampak macam org bodoh jer. Carilah bahan utama yang lain...kan bagus!

Dan pasal nuar brahim hentam pungkoq org lain, hang jangan buat tuduhan melulu. Jika tak benar hang seorang munafik bro.., dan jika benar kenapa lu tak tampil ke mahkamah bagi bukti?

Atau juboq hang sendiri yang nuar sodok sampai lu malu nak tampil kasi bukti??

Jangan bimbang, doktor kalau cek juboq hang pun dia tak teliur punya. Dia nak buat statnment...nuar rodok terkoyak ke tidak jer.

Jangan malu saudara kamarultartukyer!!!

kamarul said...

hello. kalau ko kata dia tibai gua maknanya ko ngakulah dia gay. awas jgn pandang belakang