Friday, May 16, 2008

CACA MARBA KERAJAAN DAN PIHAK AKHBAR


JPM Saman Akhbar Bukti Mereka Terdesak

Tindakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang membuat laporan polis berkaitan penyiaran berita keputusan Suruhanjaya diRaja yang menyiasat Klip Video Lingam, mendahului kenyataan yang dikeluarkan Kabinet membuktikan Kerajaan BN begitu terdesak untuk menutup segala kepincangan yang berlaku di antara mereka.

Ini juga menunjukkan bahawa dalam BN sendiri wujudnya golongan yang tidak sebulu dengan semua dasar yang dibuat, lantas mereka berlumba-lumba membocorkan segala maklumat yang ada kepada orang luar. Janganlah teperanjat apabila isu laporan ini nanti akan menjadi lebih sensasi daripada isu 6 jahanam yang akan dihadapkan ke mahkamah kelak.Apa pun tindakan JPM itu, rakyat pasti akan menyaksikan satu lagi drama kebobrokkan BN yang amat jelek dalam sejarah kemerdekaan negara. Kita juga tidak tahu bagaimana nasib siasatan itu sekiranya tidak disusuli dengan siasatan diraja.

Ketakutan pemimpin BN dalam apa jua desakan untuk diadakan siasatan diRaja sebenarnya ada kebenaran. Mereka amat takut dengan ketelusan siasatan yang dibuat melangkaui kejelikkan siasatan yang dibuat oleh pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah.

Namun, apa yang dikesalkan, masih ramai rakyat yang terpedaya dengan sandiwara BN. Pemikiran mereka seolah-olah sudah dibelenggu selama lebih 50 tahun. Dari sudut 'tarbiyah' pemikiran, BN dan Umno amat berjaya menjadikan ahlinya jumud. Kerana mereka tahu, sekiranya berlaku pelbagai perubahan serta kebangkitan rakyat, bukan mudah pihak pembangkang mahu melakukan 'brain wash' kepada golongan ini.

Lantaran itu, walau apa jua kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin BN, rakyat dalam kepompong itu hanya akan memandang sepi sahaja. Sedangkan dalam masa yang sama, andai kata ada pihak yang bangkit memperjuangkan nasib rakyat, ianya pula dianggap sebagai penderhaka.

4 comments:

shifumaster said...

Pada pendapat ana yang tak seberapa ini disisi pengetahuan allah tuhan sekelian alam,

Perihal masalah ni mudah ajer.....

Bukti ada........
saksi ada........
tertuduh ada......
jalankan saja perbicaraan......
dan jatuhkan saja hukuman jika bersalah.......

Kita manusia akhir zaman beginilah sikapnya....
Keyakinan kepada allah tiada....
Yang ada hanya ucapan diatas bibir yang tiada kosad didalam hati...
Kita lazim berkata-kata tanpa ada kesedaran kepada ilahi didalam hati...
Beginilah hasilnya apabila nafsu diikuti....
Agama diperlekeh........
Azab allah menanti....

Kita sememangnya telah lupa....akan azab allah....
Bah kan ada yang menafikan azab kubur....
Apa boleh buat mereka tu semua telah pandai....
Lazimnya mendabik dada atas kebijaksanaan yang allah pinjamkan buat masa yang sebentar saja..

Pokok pangkalnya adalah KEYAKINAN KEPADA ALLAH.....

Allah maha penyayang.......
allah maha penerima taubat.....
allah amat kasihkan semua mahkluknya....

Manusia selalu berdosa.....
Keampunan allah sentiasa dekat dengan kita.....
tapi tak semudah itu untuk allah ampunkan kita jika kita tiada tawaduk kepadanya....
bah kan tanpa taubat dosa tidak terampun....

Bagi mereka yang terlanjur......
Azab atas dunia adalah sebagai penebus dosa....
Penghinaan allah diatas dunia semasa hidup adalah satu cara penginsafan kepada diri yang semakin usang.....

Itulah tandanya allah sayangkan hamba-hambanya...
Diberi azab siksa didunia supaya TERHAPUS DOSA DIDUNIA....MAKA BAHGIA DIAKHIRAT...

Jika manusia mempunyai keyakinan kepada allah....
Pasti mereka.....
awal-awal lagi mengaku kesalahan....kalau benar mereka berbuat salah...
mohon dijatuhkan hukuman....
supaya tiada siksa dihadapan allah nanti....

Tapi apakan daya.....
janji allah.......
mereka yang tamak haloba....
nafsu bermaharaja lela......
rasa selamat didunia....
berlaku zalim pada jelata...
pasti tiada TAUFIK dari allah....
setiap dosa berlaku.....
maka satu titik hitam terbina didalam hati....
apabila dosa tiada terhenti....
maka tiada tempat didalam hati yang tidak diduduki titik hitam....
saat itu......
allah telah PATERI HATI-HATI mereka....
allah panjangkan umur mereka lagi..
allah berjayakan segala kerja jahat mereka...
allah murahkan rezeki mereka...

TETAPI SEMUANYA ALLAH BERI DENGAN TIADA PANDANGAN RAHMAT....
HANYA UNTUK DITENTUKAN AZAB YANG PEDIH BUAT MEREKA.....

Didunia mereka ditelanjangi tanpa sedari...
Didalam kubur siksa yang tiada terperi....
Dipadang mahsyar aib kepada sekelian makhluk....
Dineraka mereka kekal selama-lamanya jika tergelincir sudah akidah mereka....

bertaubatlah untuk kita semua menuju kearah kejayaan...
bertaubatlah kita semua untuk mendapat surga firdaus.....

wallahu a'lam

kamarul said...

brtaubatlah kita dari melakukan fitnah.

shifumaster said...

bertaubatlah dari perilaku MENGADU DOMBA....
bertaubatlah dari sikap munafik.......

selalulah cermin diri apabila kita mengingatkan saudara kita yang lain....

wallahu a'lam

kamarul said...

amin. semoga tak dibukakan hati akan melihat dengan mata hati.