Thursday, November 20, 2008

WAR EPISOD DI KEM WANITA


Ketenangan yang dijangka hingga ke petang rupanya bergelombang di tengahari. Sayap 'Boeing' Umno (Wanita) kini hampir rebeh walaupun belum patah apabila Shahrizat Jalil mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita Umno menentang regu karibnya, Nek Pidah Ajis.

Jika segala kecelaruan dan kelemahan telah didedahkan dalam apa jua sayap dalam Umno, kini tiba pula giliran ahlinya membuka segala pekung yang busuk di dalam pertubuhan wanita tersebut.Jika selama ini nek Pidah merasakan beliau amat kebal di gelanggang wanita, kini muncul heroin urdu dari Lembah Pantai pula yang bakal mencabut taringnya.

Shahrizat sebenarnya yang tersepit di antara perebutan jawatan di antara mereka berdua. Manakala, nek Pidah pula hanya menunggu masa sahaja untuk menyerang Shaharizat apabila beliau mengumumkan untuk bertanding.

Sebenarnya dalam Umno samada pemuda atau wanita, semua exco dan segelintir ahli mereka mempunyai jiwa besar. Jiwa yang mahu jadi pemimpin bukan kerana ikhlas tetapi kerana 'kepentingan' dan habuan yang menanti. Jelas dalam wanita perkara sedemikian tidak dapat dielakkan. Memang ada pro dan kontranya bila ada pertandingan jawatan ketua wanita Umno itu namun, ia bakal menjadi satu barah pula buat pergerakan itu apabila penyandangnya tidak mahu mengalah dan mahu terus mengekalkan jawatannya nanti.

Bermakna Shahrizat bukan sahaja bakal berhadapan dengan cabaran nek Pidah tetapi turut berhadapan dengan serangan peribadi yang tidak dijangkakan. Apa kita nak hairan dalam Umno, mereka boleh berbaik untuk seketika sekiranya berada dalam regu yang sama. Tetapi dalam waktu lain mereka akan swing habis-habisan untuk menjatuhkan sama sendiri, walaupun selama ini sering puji-memuji.

Wajah Umno mudah diteka. Sifat mereka memang penderhaka malah, dalam wanita ini ramai yang akan menimbulkan celaka demi mempertahankan maruah ketua yang didokong masing-masing. Tunggulah bagaimana team nek Pidah menghentam team Shahrizat dengan pelbagai keburukan, dan sebaliknyalah akan berlaku.

Namun, walaupun berjuta guni kejahatan, kelemahan, kesalahan serta keburukan didedahkan, ahli umno tetap ahli umno....hidup penuh dengan tipu daya asalkan bergaya.

No comments: