Jika dalam permainan bola sepak seringkali kita mendengar rungutan dan komen seseorang pengurus selepas perlawanan. Bagi yang menang, elok sahaja ulasannya, tetapi bagi yang tewas, pelbagai alasan diberikan termasuk menyalahkan pihak lawan dan pengadil perlawanan. Kesalahan sendiri amat sedikit dikaitkan. Apakah itu lumrah?
Kini gendang yang sama turut dipalu dalam persaingan merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Umno. Tidak kira di peringkat bahagian mahupun pusat. Memang sudah dijangka, namun tidak dapat dielakkan.
Kini gendang yang sama turut dipalu dalam persaingan merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Umno. Tidak kira di peringkat bahagian mahupun pusat. Memang sudah dijangka, namun tidak dapat dielakkan.
rama senada dengan permainan bola sepak. Yang kalah menyalahkan yang menang. Yang menang memperlekehkan yang kalah. Maksudnya, masing-masing tidak mahu mengalah. Ini menguatkan lagi persepsi, dalam Umno perasaan iri hati, dengki dan merendah-rendahkan darjat seseorang adalah hakiki.
Setelah semua bahagian Umno selesai bermesyuarat (kecuali yang diarahkan bermesyuarat semula), banyak taruhan yang menang, dan tidak kurang juga yang kecundang. Bagaimana cara menang dan tewas tidak perlu dijelaskan, kerana semua sudah tahu. Cuma kita ingin menilai sejauh mana kesan ‘perhitungan ‘ itu tadi memberi impak kepada semua.
Di Terengganu, tuduh menuduh, ejek-mengejek, cabar mencabar selepas pemilihan juga tidak dapat dielakkan. Jika di Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, bekas Exco kerajaan negeri yang tewas begitu lantang menghentam barisan Jawatankuasa Bahagian baru yang diketuai Speaker Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, di Bahagian Marang pula, Razali Idris di pihak yang menang bertikam lidah dengan Senator Abd. Rahman Bakar.
Kedua-dua mereka (Rosol dan Razali) bukanlah barisan penyokong Ahmad Said. Lantaran itu, mereka dilihat bebas melontarkan kritikan dan mengeluarkan kenyataan yang kadang kala dilihat tidak berasas.
Benarkah Ahmad Said tidak melakukan kerjanya sebagai Menteri Besar (MB) Terengganu? Bonekakah dia! Jika bukan, kenapa pertikai?
Andai tohmahan sebegitu datang daripada pihak pembangkang, ianya bukanlah suatu kehairanan. Tetapi jika nada yang datang dari rumpun yang sama, ia ada sedikit kejanggalan. Apa semua ini! Pandai membuat tuduhan yang menyakitkan, dan dalam masa yang sama turut menuduh pembangkang hanya pandai membuat kritikan.
Umno melaungkan kematangan. Namun, sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan pemimpin yang tewas dalam pemilihan tidak membuktikan senua itu. Golongan pro Idris di Terengganu semakin galak menyalahkan Ahmad Said dan barisan penyokongnya sebagai gagal mentadbir negeri. Malah, Rosol dalam blog dan kenyataan medianyanya tidak segan menyalahkan golongan itu menang dengan bantuan kuasa ‘wang’. Malah, di seantero Terengganu, kumpulan ini begitu galak membenihkan rasa kebencian masyarakat terhadap kepimpinan Ahmad.
Bawalah bersabar. Berilah ruang dan masa kepada Ahmad membuktikan kredibilitinya dalam mengurus. Semua orang tahu, sesiapa sahaja yang berada ditampuk MB, sudah tentu mempunyai banyak kerja dan agenda untuk dilangsaikan. Bukan mudah!
Ahmad juga ada maruah dan perlu membuktikan jati dirinya. Jika asyik menyalahkan beliau, timbul pula persoalan…apakah MB sebelum ini sudah terlalu bagus? Malangnya, ada pendokong kuat seteru Ahmad sekoyong-koyong mengeluarkan kenyataan begini pula, “selama Ahmad menjadi MB, apa yang dia dah buat?”.
Sekiranya ada pihak yang sukar menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi berkuasa, situasi akan menjadi bertambah rumit. Banyak komplen dan tohmahan dilemparkan. Semakin banyak kenyataan tidak berasas, makin membuak pekung yang didedahkan. Pihak yang tidak menerima hakikat tentunya menganggap diri mereka terlalu bagus. Mereka juga sering menyatakan bahawa, kenyataan dikeluarkan bukan bersifat dendam. Namun, sedarkah mereka, bahawa kenyataan itu sendiri merupakan satu dendam.
Renunglah ketika berkuasa. Hebatkah aku! Adakah semua projek yang dijalankan menepati spesifikasi dan telus. Manakala, modal insan yang dilaungkan telah berjaya diterapkan ke dalam jiwa masyarakat Terengganu.
Inilah Umno. Mereka bagaikan tiada penamat dalam mengejar juara perpecahan. Tidak serik dengan pengalaman mengaibkan, berebut jawatan dengan ‘jalan’ kotor. Apabila tewas, saling menuding jari terhadap orang lain. Dasar hipokrit telah menguasai Umno. Usah malu belajar daripada PAS yang menjadikan Majlis Syura sebagai jalan penyelesai masalah. Walaupun tidak seratus peratus ‘perfect’, ianya menawarkan wadah kepada kemakmuran dan kesepakatan. Bermesyuarah dalam semangat setiakawan untuk mencapai keputusan . Samada suka atau tidak, jika keputusan dicapai, semua akur dan tidak perlu untuk memperlekehkan orang lain selepas itu.
Semua itu tidak berlaku dalam Umno. Hanya timbul rasa kelam di dada. Kata sepakat masih terus dipertikai yang menunjukkan mereka tiada istiqamah.
Sewajarnya, sewaktu menang atau kalah tidak kira sesiapa sekalipun, pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan dan bertanggungjawab dengan kekalahan. Apatah lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan MB, Exco, atau Wakil Rakyat. Kemenangan adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah ahli tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah Muraqabah dengan Allah SWT. Bukan masa untuk bercakaran sesama sendiri dengan menyalahkan orang lain tanpa mempedulikan kelemahan sendiri. Jika memegang prinsip, apa yang kita sentuh bertukar menjadi emas dan orang lain hanya menjadi kayu, selagi itulah sesuatu kumpulan itu tidak aman, tenteram dan bersatu.
Bagaimana orang akan mengikuti kita sedangkan diri sendiri lemah dan tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada semua. Watak ini jangan dilihat seperti mengajak orang lain berjihad sedangkan kita tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Mengajak orang berbaik sangka, sedangkan diri sendiri celupar. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain.
Firman Allah SWT: “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44).
No comments:
Post a Comment