Thursday, November 13, 2008

SRAB CEMERLANG: 2010 SEKOLAH TUTUP...

Salam sejahtera..
Sebelum itu ana mahu ucapkan jutaan tahniah buat semua pelajar tahun 6 2008 yang telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan Khamis baru-baru ini. Sekalung tahniah juga buat semua guru yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kecemerlangan pelajar semua.

Jika di N.Sembilan, pelajar sekolah agamannya cemerlang, di Terengganu juga sedemikian rupa. Walaupun masih ramai rakyat Terengganu tidak sedar akan kewujudan sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang menumpang bangunan di setiap sekolah Menengah Agama Negeri di seluruh Terengganu namun, para pelajar yang dihasilkan di sini jauh lebih bermutu daripada sekolah harian biasa.


Sekolah yang diasaskan sewaktu kemenangan PAS yang membentuk kerajaan negeri suatu ketika dahulu telah mencapai kejayaan cemerlang samada dalam UPSR mahupun UPSR(A).

Apa yang menarik, SRAB di Terengganu menekankan pengajaran agama seperti al-Quran, Sirah, Bahasa Arab, Fekah, Akhlak, Tauhid dan Jawi sebagai teras pendidikan formal. Di samping itu tidak pula mengenepikan kurikulum Kementerian Pelajaran yang menjadikan lima mata pelajaran Teras sebagi subjek utama dalam UPSR.

Menariknya, pelajar yang ke sekolah bermula jam 8.00 pagi, hanya akan pulang jam 4.00 ptg tanpa menyusahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas fardu-ain sebagaimana lazimnya dilakukan di sekolah bantuan penuh kerajaan.

Sejuk hati ibu bapa apabila melihat anak-anak kecil mereka berjaya menguasai tulisan jawi dan asas bahasa arab seawal tahun 2 lagi. Disamping mampu juga menghafaz ayat-ayat al-quran. Jiwa dan keperibadian pelajar diasauh dengan baik bagi membentuk modal insan yang sempurna dunia dan akhirat.

Malangnya, walaupun melahirkan pelajar cemerlang akademik dan dalam bidang agama, pihak kerajaan negeri (BN) kini hanya membutakan mata untuk terus menyabung hayat sekolah berkenaan.

Inilah wadah BN...walaupun memegang kuasa dan boleh mencorakkan pengurusan di pihak mereka, namun apabila melibatkan soal keagamaan, mereka seakan FOBIA. Mereka lebih gemar melihat sekolah aliran agama berkubur tanpa nisan. Bagi mereka, SRAB adalah wadah pembangkang dan tidak perlu diteruskan.

Jika tiada tindakan segera, maka seluruh ibu bapa di Terengganu yang cintakan Islam hanya akan berputih mata melihat SRAB terhapus menjelang 2010. Satu berita duka buat pejuang Islam, namun ianya berita mengembirakan buat kaum Munafikin.

Ya.. Allah Ya Rabbi...Selamatkanlah Sekolah SRAB daripada terus berkubur daripada tangan-tangan manusia kejam yang tidak mahukan agamaMU, jangan biarkan mereka mengihilai tawa dengan kejayaan menidakkan peluang anak-anak Terengganu belajar di bidang agama sejak kecil lagi, dan berilah kekuatan kepada kami melawan segala kemungkaran...amin!

No comments: