Sunday, November 30, 2008

AZMIN BIDAS MAHYUDDIN


SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, membidas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyelar tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengadiri Kongres Nasional parti itu, kelmarin.

Katanya, sebagai seorang calon dalam merebut jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pemilihan UMNO akan datang, Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sepatutnya membawa satu agenda pembaharuan dalam parti

baca selanjutnya...

KEBANYAKAN YANG KECEWA DLM UMNO MAHU SERTAI PEMBANGKANG

Sejak akhir-akhir ini trend 'Melompat Parti' bakal menjadi satu fenomena mengerunkan buat BN dan Umno. Parti itu bukan sahaja terpaksa berdepan krisis kepimpinan paling buruk dengan dakwaan pelbagai penyelewengan dan rasa tidak puas hati ahli, malah menjadi bahan cemuhan setiap pemimpin komponen mereka terutama gerakan, MCA dan parti-pari kecil gabungan di Sabah dan Sarawak.


Sehari dua ini pula kedengaran suara-suara 'nakal' dari YB BN dari Umno sendiri pula yang secara terang meluahkan rasa tidak puashati mereka dan membayangkan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR). Kelantangan Hishamuddin yang turut mencabar mana-mana pemimpin yang menongkah arus dalam Kerajaan keluar dari parti BN juga membayangkan betapa rapuhnya ikatan BN sekarang.

baca selanjutnya...

Banjir Sekitar Hulu Terengganu

Aku sempat tinjau kawasan banjir area Hulu Telemong ngan member pagi tadi. Alang-alang meround...daku snap222222 ler beberapa keping gambor suasana banjir sekitar Kampung Matang, Nibong dan Paloh Nyior.

Ni..kampung Nibong masih belum boleh dilalui oleh
kenderaan murah....

ni pulak kawasan depan SMK Matang....
berok pun dah boleh melintas....

aaa..ahh..tu Berok. Duk tunggu tuan dia kot2
nanti dihanyutkan arus banjir.

ni..lah umah tuan Berok tu..
dalam rumah ...JAWS masih boleh berenang masuk lagi...





baca selanjutnya...

Saturday, November 29, 2008

NOSTALGIA PILIHANRAYA MENGAMIT WARGA KT


Al-Fatihah buat Saudaraku Razali Ismail yang telah kembali ke Rahmatullah- mengadap PenciptaNya yang Maha Esa, semoga dimudahkan segala urusan di alam barzakh.

Kini kita yang tinggal hanya menunggu detik ketika bagi meneruskan agenda 'hidup' di atas muka bumi Allah SWT yang telah memberikan kita (makhlukNya) tanggungjawab sebagai Khalifah. Dalam erti kata manusia itu wajib menyembah kepadaNya yang mencipta, harus diingat juga, peranan Khalifah itu sendiri bukan untuk bermegah tetapi satu beban tugas yang amat berat bagi yang beriman.

Yang mati tetap mati menunggu dihidupkan kembali. Namun, yang hidup pasti banyak tugas yang perlu dibereskan. Setelah berlaku kekosongan kerusi di Parlimen Kuala Terengganu, sudah tentu Pilihanraya mengamit warganya. Jika tiada aral sebelum musim persekolahan baru dibuka atau selepas itu, kita hanya menunggu isyarat.

baca selanjutnya...

Friday, November 28, 2008

AWAS...BANJIR MULA MELANDA GANU KITE...


Hujan berterusan selama 2 hari kini mula melimpahkan air ke permukaan yang rendah. Dan di Terengganu, awal pagi ini diberitakan kawasan rendah di Merchang, Marang dinaiki air melintasi jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan. Manakala di Hulu Terengganu, jalan Kuala Berang-Kuantan di Kampung Kolam Ajil juga dinaiki air, dan ditutup untuk kenderaan ringan.
Laman banjir Terengganu.

baca selanjutnya...

NOSTALGIA PILIHANRAYA KUALA TERENGGANU


Nostalgia Pilihanraya Umum ke-12 kini mengamit kembali di Terengganu, lebih-lebih lagi kembalinya Datuk Razali Ismail, MP Kuala Terengganu ke rahmatullah akibat serangan sakit jantung di IAB Genting Highland, 6.30 petang hari ini.

Sememangnya Terengganu begitu familiar dalam kamus politik negara. Apakan tidak, di sini adanya Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa tokoh kanan Pas Pusat. Sudah tentu ianya dicemburui oleh pemimpin Umno/BN yang sentiasa mencari kesilapan pemimpin utama Pas itu untuk dijadikan modal politik.

Kini, dengan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diadakan semula, percaturan politik BN dan PR pasti mengegarkan! Ingat lagi dengan peristiwa berdarah Batu Buruk? Calon nenek paling tua dalam pilihanraya...Tok Mun yang bertanding menentang allahyarham Datuk Razali dan Mat Sabu? Macam-macam ada di Kuala Terengganu.

baca selanjutnya...

Thursday, November 27, 2008

DEMONSTRASI BOGEL 12 DISEMBER: RAMLAN


Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) akan memohon permit untuk mengadakan demonstrasi bogel yang bakal diadakan pada 12 Disember 2008 ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.

“Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

baca selanjutnya...

DESAKAN HIDUP JADIKAN GOLONGAN MUDA MINAT POLITIK



Akibat desakan hidup dan kesempitan yang dilalui masyarakat sejak kebelakangan ini ekoran keadaan ekonomi tidak menentu telah menarik minat golongan muda mendekati politik tanahair.

Kesedaran golongan ini dilihat semakin menunjukkan perkembagan positif disebabkan keinginan mereka melakukan perubahan hidup ke arah yang lebih sempurna. Ianya begitu menular di kalangan mereka bukan sahaja tertarik dengan senerio politik semasa malah, sudah menjadi tanggungjawab untuk menentukan kepimpinan dalam kerajaan.

Timbalan Persuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong berkata, tindakan golongan itu bukanlah mengejutkan kerana mereka sudah tiba masanya untuk mendekati politik bagi mengubah situasi semasa demi sebuah kehidupan yang harmoni.

baca selanjutnya...

Wednesday, November 26, 2008

TAHNIAH SAHABAT KARPET KUNING


Syukur alhamdulillah dengan kemunculan blog baru dalam dunia Sesawang (dunia Maya) sebagai pemangkin dan akses kepada para sahabat untuk bersembang, dan memberikan input berguna kepada semua.

Tahniah juga buat tuan rumah asal, Man yang berusah menjadikan http://www.karpetkuning.blogspot.com sebagai alternatif kepada semua ahli yang mempunyai wawasan memajukan jamaah. Dengan sokongan kuat UT, Piz, KC, Salsa, dan sahabat lain, Insyaallah ianya akan menjadi salah satu blog paling diminati dalam masa terdekat ini. Teruskan usaha murni tanpa prejudis. Jadikan blog sebagai wadah perjuangan, bukan sebagai topeng menunjukkan kealiman. Syukran!!

baca selanjutnya...

Monday, November 24, 2008

APA KHABAR PAS TERENGGANU???


Sudah agak lama penulis tidak menyentuh perihal Parti Islam SeMalaysia (Pas) Terengganu. Geladangan gendangnya juga agak sepi, bagaikan tiada apa yang berlaku pada mereka. Timbul juga tohmahan bahawa Pas Terengganu kini menuju kehancuran dek kemelut kepimpinan mereka sendiri. Apakah itu benar?

Sewajarnya, untuk mengelak segala tohmahan negetif terhadap Pas Terengganu, mereka perlu bangkit pada Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti, supaya rakyat di Terengganu khususnya dan di negeri-negeri lain amnya terasa kewujudannya dan masih relevan dalam arus politik negara.

baca selanjutnya...

Thursday, November 20, 2008

WAR EPISOD DI KEM WANITA


Ketenangan yang dijangka hingga ke petang rupanya bergelombang di tengahari. Sayap 'Boeing' Umno (Wanita) kini hampir rebeh walaupun belum patah apabila Shahrizat Jalil mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Wanita Umno menentang regu karibnya, Nek Pidah Ajis.

Jika segala kecelaruan dan kelemahan telah didedahkan dalam apa jua sayap dalam Umno, kini tiba pula giliran ahlinya membuka segala pekung yang busuk di dalam pertubuhan wanita tersebut.Jika selama ini nek Pidah merasakan beliau amat kebal di gelanggang wanita, kini muncul heroin urdu dari Lembah Pantai pula yang bakal mencabut taringnya.

baca selanjutnya...

Wednesday, November 19, 2008

AHMAD TAKUT ATAU TUNGGU DULU?


Nampaknya sehingga hari ini MB Terengganu masih terkedu dan terus mengkaji kedudukan Exco Yahya Khatib. Dari kelantangannya ingin menjatuhkan Yahya, kini beliau merasakan diancam bahaya akibat penyatuan barisan ahli Umno di belakang Yahya di Bahagian Marang...

Apa kesudahan di Marang agaknya, dan apakah tindakan Ahmad nanti...tunggu endingnya bersama.

link

baca selanjutnya...

Sunday, November 16, 2008

PEMIMPIN UMNO TAK HORMAT SESAMA MEREKA


Jika dalam permainan bola sepak seringkali kita mendengar rungutan dan komen seseorang pengurus selepas perlawanan. Bagi yang menang, elok sahaja ulasannya, tetapi bagi yang tewas, pelbagai alasan diberikan termasuk menyalahkan pihak lawan dan pengadil perlawanan. Kesalahan sendiri amat sedikit dikaitkan. Apakah itu lumrah?

Kini gendang yang sama turut dipalu dalam persaingan merebut pelbagai jawatan dalam pemilihan Umno. Tidak kira di peringkat bahagian mahupun pusat. Memang sudah dijangka, namun tidak dapat dielakkan.

baca selanjutnya...

Thursday, November 13, 2008

SRAB CEMERLANG: 2010 SEKOLAH TUTUP...

Salam sejahtera..
Sebelum itu ana mahu ucapkan jutaan tahniah buat semua pelajar tahun 6 2008 yang telah berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan Khamis baru-baru ini. Sekalung tahniah juga buat semua guru yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kecemerlangan pelajar semua.

Jika di N.Sembilan, pelajar sekolah agamannya cemerlang, di Terengganu juga sedemikian rupa. Walaupun masih ramai rakyat Terengganu tidak sedar akan kewujudan sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang menumpang bangunan di setiap sekolah Menengah Agama Negeri di seluruh Terengganu namun, para pelajar yang dihasilkan di sini jauh lebih bermutu daripada sekolah harian biasa.

baca selanjutnya...

TAHNIAH ANAKKU....5A UPSR 7A UPSR(AGAMA)


Tahniah buat anakanda sulungku Muhammad Aqil Irfan yang cemerlang dalam UPSR dengan 5A. Dan memperolehi 7A dalam UPSR Agamanya. Kejayaanmu adalah kejayaan kami sekeluarga.
Teruskan kecemerlanganmu hingga ke akhir hayat...Syabas!

baca selanjutnya...

Tuesday, November 11, 2008

RPK BAGAIKAN BOM JANGKA BUAT NAJIB


Awas Najib....
baca link ini...

baca selanjutnya...

Monday, November 10, 2008

AJAR SEJARAH DI SK WAJAR...TAPI SEJARAH PERLU DITUKAR

Sejak akhir-akhir ini banyak kecelaruan yang ditimbulkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menentukan dasar di peringkat sekolah. Pelbagai kerenah dan maenah yang ditimbulkan oleh pengubal dasar di KPM ini dan telah menjadikan sekolah sebagai tempat eksperimen.

Antara yang paling hangat adalah perlaksanaan PPSMI yang jelas ditentang oleh para ilmuan serta ahli akademik. Namun bak kesombongan pemimpin BN yang tidak mahu menurunkan level keegoannya ke paras minima, maka kecelaruan tidak dapat dielakkan.

Kini panas pula dengan isu mata pelajaran sejarah di sekolah rendah. Samada akan diajar atau tidak menjelang 2010 nanti bermula dengan pelajar tahun tiga.

baca selanjutnya...

Sunday, November 9, 2008

OBAMA VS OSAMA


"Satu dunia dah tahu bahawa Barack Husein Obama (OBAMA) menang kerusi Presiden Rumah Putih. Satu Dunia juga menyambutnya bagaikan kelahiran baru buat dunia yang menunggu seorang SuperHero (kalau kelate ado Gomoman from wakaf che yeh).

Harapan dan impian berbillion rakyat dunia rupanya terarah kepada seorang Penganut Khatolik yang berbapakan Islam itu. Obama seolah-olah kewujudan sebagaimana AF melahirkan MAWI yang dikira cukup sempurna bagi peminat seni tanahair.

baca selanjutnya...

UMNO PENUH KEHINAAN

Namun Masih Ada Yang Sayang...

Berulang cerita dan skrip yang mengambarkan kebodohan dan kebobrokan Umno sepanjang 62 tahun usiannya. Pelbagai kerenah yang BERNANAH dan GAMPANG menjadi sejarah mendukacitakan, namun ia tetap menjadi idola dan sokongan bagi sesetengah kaum Melayu yang tiada pendirian.

Bukan bermakna Umno tiada guna langsung, kalau kita teropong dalam hal Pembangunan memanglah banyak yang dilakukan, namun apakah ianya benar-benar mengikut lunas-lunas Islam? Betapa maruah Melayu dijual oleh Umno...tetapi Umno tetap Umno bagi pendokongnya. Terlalu banyak kelemahan serta pekung busuk yang dibuka oleh mereka sendiri, namun Umno tetap jadi pujaan...KENAPA?

..nanti kita ulas!

baca selanjutnya...

Wednesday, November 5, 2008

SEJUKNYA HATI....


Pelajar Kelantan yang sedang menuntut di Universiti Al Azhar, Mesir sekarang berjumlah 1,800 orang dan ia merupakan bilangan paling ramai di negara terbabit."Negeri-negeri lain telah mempunyai rumah mereka sendiri untuk menampung pelajar mereka yang belajar di Kaherah iaitu di Hayyu Sabi'," ujarnya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohd Amar berkata, semua anak negeri sama ada ibu bapa menetap tinggal di negeri-negeri lain sekarang juga layak tinggal di aparment tersebut.

Katanya, sebelum ini Kelantan memiliki dua bangunan untuk menempatkan pelajar di Al Azhar, bagaimanapun rumah itu sudah lama dan tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

Menurutnya rumah terbabit masih boleh didiami, bagaimanapun perlu dibaiki semula.

baca selanjutnya...

ROSOL KARAM, AHMAD SAID YANG BIMBANG


Nama Rosol Wahid, bekas Exco Kerajaan Negeri dan bekas Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Terengganu memang dikenali di sini. Semua tahu siapa Rosol dan bagaimana nasibnya sehingga kini. Bekas orang kuat Idris Jusoh itu kecundang dalam pemilihan Umno Bahagian Hulu Terengganu. Beliau bertanding menentang ‘anak buahnya’ Rozi Mamat (Exco Pertanian) bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu dengan perbezaan 37 undi yang menyakitkan.

Walaupun Rosol hanya bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian, namun aura pertandingan mengatasi perebutan jawatan Ketua Bahagian yang dimenangi oleh Tengku Putera Awang (Ku Tera) yang menang tipis ke atas Cikgu Mohd Noor Othman (Ahli Parlimen) Hulu Terengganu.

baca selanjutnya...

Sunday, November 2, 2008

EUROCOPTER: BPR NAK KENAKAN NAJIB ATAU TUTUP MULUT PR??


" Awas! Kenapa Pak Lah benarkan BPR menjengak kes Eurocopter? Rasanya ia merupakan bunga-bunga kejatuhan Najib, di mana beliau selaku PM dan Menteri Pertahanan memberi lampu hijau untuk BPR melakukan siasatan.

Kita akan tunggu apa kesudahannya. Di sini mungkin ada dua kemungkinan. Pertama, beliau arahkan BPR siasat dan keputusannya tiada kes yang boleh disabitkan..bermakna beliau memang jujur nak selamatkan Najib.

baca selanjutnya...