ANAK tersohor dalam bidang seni suara, bapak gah sebagai Menteri Belia & Sukan. Kedua beranak yang familiar ini hidup penuh kemewahan, dikelilingi intan, makan beralas dulang bak duduk di kayangan. Malangnya, rakyat beliau di Kampung Pasal, Bera terpaksa menunggu kekunang berterbangan bagi menghiasi keindahan malam.
Amat malang dan memang tidak berperi kemanusiaan. Bagai mak inang cantik bersolek di pentas depan, namun punggung terpalit najis yang tidak sempat untuk dicucikan. Itulah rupa sebenar Ismail Saberi Yaacob MP Bera yang petah berkata-kata.
TV3 suku melaporkan satu kisah tragis penduduk kampung Pasal yang tidak pernah kenal apa itu api elektrik, dan bagaimana bentuk kepala paip. Yang ada hanyalah pam air dari telaga dan yang berkemampuan menjana generator untuk menghasilkan elektrik. Apabila ke pekan pula, penduduk tak perlu berbedak sakan, sebab debu jalan melekat di muka sudah cukup untuk melaram.
Apa hal YB? Dah lebih 50 tahun merdeka dan selama itulah BN memerintah Pahang, ada lagi kampung yang tak ada kemudahan asas itu? Itu bukan tempat pembangkang, lubuk BN...takkanlah beratus aduan yang ditelan hanya dibalas dengan penipuan. Mentang-mentanglah kat situ penduduknya majoriti orang asli, mengikut laporan kat situ tak ada pulak cawangan parti pembangkang. Mesti ada sesuatu yang special...kan?
Tapi, jangan bimbang...minggu depan pasti TNB akan pacak tiang, pertengahan bulan 'BULAN' pasti terang.
Wednesday, April 30, 2008
MEMALUKAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Manusia asalnya jahil.......
Allah turunkan rahmatnya....iaitu ilmu.
Dengan ilmu manusia menjadi lebih baik dan bagus dari semasa jahilnya...dan rahmat allah tidak putus-putus datang....
Namun manusia tetap jahil....
Apabila berjaya mulai berasa UJUB....
Ilmu yang ada sekadar ilmu....
dipelajari tidak difahami......
UJUB bertambah menjadi tidak terbendung.....
Lantas teserlah UJUBnya dengan perilaku RIAK pula...
Berlaku UJUB...
Berlaku RIAK...
Gugur AMALnya....
Riak mencengkam bagi duri dalam daging.....terbungkas amal yang lalu....
Tak bendung RIAK lantas....
Maka berlakulah pula TAKABUR....
Ingatlah kerana sifat TAKABUR ini yang merasakan berjayanya diri manusia adalah atas sebab ILMU yang ada padanya maka berjaya.....
Pasti sudah berlaku TAKABUR dalam diri....
TAKABUR kepada allah dan rasulnya...
Balasannya tiada lain selain NERAKA yang dipenuhi azab yang kekal selama-lamanya.
Ingatlah NYAWA kita adalah hak allah.
Ingatlah ILMU kita adalah hak allah.
Ingatlah PANGKAT DAN KUASA didunia adalah hak allah.
AMANAH allah tiada tolok banding amanah yang perlu dilaksanakan...
Berlakulah dengan amanah didalam hidup dan tanggungjawab....
Jangan dipersoalkankan AMANAH itu di khalayak makhluk di padang Mahsyar......
wallahu a'lam
ps:Pintu TAUBAT sentiasa terbuka...rebutlah ia.
Alhamdulillah! dan Insyaallah kita sama-sama berdoa agar insan yang tersasar dibukan hati untuk kembali ke pangkal jalan.
Saudara ada telent menulis, apa salahnya sebelum saya buka ruang menulis, hantar2lah coretan saudara via email, dan saya akan siarkan di sini..TK.
Insyallah jika berkesempatan..
email address mana?
setahunya penduduk yang tak dapat air tu penduduk dalam estet. kalau estet cam ner nak campur tangan sebab itu urusan estet melibatkan tanah mereka. ko kata dia senang lenang. org pr pernah ke pemimpin pr bagi duit gaji mereka dekat pengikut. lagi kutip masa ceramah adalah.. kesian kena jual lagi
kalau takleh campurtangan baik jangan jadi kerajaan..Ko nak tunggu org tuh mampus dulu baru nak kasi bantuan?
Banyak cantik...lagikan lembu masuk perigi pun sibuk org tolong angkatkan!
Post a Comment