SEJAUH MANA KITA KITA WAJIB MENTAATI PEMIMPIN
Benar! Saya amat setuju dengan lontaran idea tersebut. Amat setuju. Sememangnya kita wajib mentaati pemimpin selagi mereka masih seorang muslim. Bersaksi perkara yang sama. Tetapi mungkin sahabat tersebut teruja atau berpandangan sebaliknya hasil nukilan saya yang mungkin berbaur teguran dan nasihat atau mungkin sedikit sebanyak menyentuh kepimpinan yang menjadi pemerintah yang ada hari ini. Mungkin!.
Secara logiknya, kita cukup yakin 98 peratus di kalangan penduduk Malaysia masih mentaati pemimpin, akur akan pemerintah yang ada hari ini, tidak kiralah apapun fahaman mereka. Ya! Ramai di antara kita sendiri tidak pernah sekalipun engkar akan arahan dari pemerintah kita. Masih amat setia bahkan mungkin lebih setia dari kalangan pemimpin yang ada hari ini lagi.
Lihat bagaimana rakyat yang setia berbaris mengisi borang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walau hanya berapa sen sahaja cukai yang dikenakan, masih setia menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan walaupun mungkin ada di kalangan pemimpin yang membuat dasar pendidikan itu sendiri tidak pun menghantar anak mereka ke sekolah yang sama, malah masih ramai yang setia membayar saman yang dikenakan biarpun terpaksa berhujah dengan penguasa yang seakan-akan inginkan sesuatu, sehingga sesetengahnya ada yang mencarik kesetiaan ini pada pemerintah sehingga sanggup melakukan rasuah.
Walau bagaimana naik sekalipun cukai-cukai pintu, tanah atau apa sekalipun rakyat masih cukup setia berbaris melangsaikan segalanya dengan senyuman. Belum cukupkah lagi kesetiaan itu?
Apabila tiba masa mengkritik!
Salahkah untuk mengkritik memberikan teguran dan idea kepada pemerintah, sedangkan Saidina Umar sendiri antara pemimpin yang maha tegas, sanggup menerima teguran di khalayak ramai oleh seorang wanita apabila beliau ingin menghadkan mahar bagi seorang wanita, beliau akur! Betapa terbukanya hati seorang pemimpin.
Justeru itu dalam soal memilih rasanya bukanlah satu kesalahan untuk kita dan rakyat umumnya memilih siapapun pemimpin di kalangan yang mereka suka. Samada kelompok BN atau kelompok BA, biarlah rakyat memilih atas dasar dan nilaian yang ada pada diri masing-masing. Mungkin pada pandangan masyarakat, mereka ada pertimbangan sendiri bersama nilai tidak sama dengan apa yang ada dalam hati masing-masing. Lagipun, bukankah bila kerajaan memberikan kita peluang untuk memilih
Mungkin sudah ditakdirkan kelompok kita, bangsa Melayu mempunyai jiwa yang baik. Amat baik. Tidak pernahpun terniat untuk menentang kerajaan yang ada. Tidak pernah kedengaran pemimpin kita mati ditembak seperti di negara-negara Teluk atau Timur Tengah pembunuhan di sana sini, letupan dan rancangan membunuh pemimpin sebagai satu tentangan tidak pernahpun didengari, syukur alhamdulillah!. Apapun yang mereka minta kita akur. Terima seadanya.
Ketaatan rakyat negara ini jelas terpancar apabila diberi peluang
No comments:
Post a Comment