Sunday, April 27, 2008

Pilihanraya ke-13: SPR dah mula bantu BN


Sebagaimana jangkaan ramai, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dinaungi oleh PM Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi sudah mula memainkan peranan mereka dalam mengerakkan usaha membantu Barisan Nasional (BN) dalam PRU ke-13 nanti.

Belum puas mendalangi BN dalam PRU yang baru berlalu, SPR masih bertindak sebagai salah satu proksi yang kuat untuk menyelamatkan kerajaan 'dayus' BN. SPR yang sekian lama berdiam diri selepas PRU12, tiba-tiba sahaja membuat kenyataan 'nakal' mereka melalui Timbalan Pengerusi nya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dengan menyatakan "SPR meluaskan bidang kuasanya sehingga mencakupi kempen menerusi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), berbanding hanya tertumpu kepada kaedah konvensional seperti pemasangan bendera, sepanduk, risalah, ceramah dan kenyataan media ketika ini".

Tindakan mereka itu seolah-olah mengambarkan bagaimana terdesaknya BN dalam menjamin kemenangan dalam PRU akan datang. Malah, telahan saya bahawa BN akan semakin banyak kerja yang perlu dibuat, sudah terbukti kini. Sekiranya dahulu hanya perlu merancang pakatan untuk menjatuhkan kerajaan Kelantan dan Terengganu, kini mereka perlu memulakan gerak kerja seawal mungkin untuk menawan 5 negeri PR dan satu Wilayah Persekutuan, di samping terpaksa memastikan Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan Terengganu tidak dibungkus dengan 'tsunamat' (tsunami penamat).

Oleh itu, gerak kerja itu mestilah memerlukan kerjasama rapat dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak polis yang semestinya sentiasa berkompromi bagi memastikan kerajaan BN terus kekal memerintah. Jika selama ini kita telah menyaksikan pengurusan dangkal SPR, perhitungan licik JPN, serta kesetiaan polis terhadap 'tuan'nya, maka jangan hairanlah sekiranya PRU ke-13 nanti beberapa perkara dahsyat di luar tahap pemikiran kita akan berlaku.

Sepatutnya, SPR, JPN dan PDRM sebagai badan bebas dan pemegang amanah rakyat sebagai Penjawat Awan menunjukkan tahap kredibilitinya yang tertinggi dalam erti kata ketelusan yang setara. Bukan menjadi bahan ketawa dan kutukan rakyat sendiri yang terpaksa pula membayar gaji mereka setiap bulan. Kini, kita telah nampak bagaimana SPR mendahului rakan-rakannya yang lain; dan langkah pertama adalah uasaha bersungguh membendung ahli politik menggunakan blog atau website sebagai bahan kempen.

Buat SPR, kita harap janganlah melulu bertindak. Tak kesian ke kat YB2 BN/Umno yang baru nak berjinak dengan blog2 ini? Atau apakah bila ahli politik BN dah mula syok guna blog, tersalah lapor SPR malu2 kucing pulak nak ambil tindakan. Kalau SPR tak malu, pergilah belajar dulu kat mana-mana kelas tadika supaya lebih mengenal huruf dahulu sebelum membaca. Cuma ingat satu perkara buat pencacai SPR, JPN dan PDRM, suatu hari akan tiba masa kamu semua. Tunggulah!

No comments: