Sunday, April 27, 2008

Abg Mid Songkok Tinggi

Apa punya Lahabau lu ni bang Mid...

Dalam pada umat Islam Palestin dan tanah Arab lain berjihad menentang rejim Israel, dan umat Islam seluruh dunia mengutuk puak paling celaka di dunia itu, Bang Hamid Songkok Tinggi dengan senyum simpulnya membenarkan dua warga Israel dari pasukan bolasepak Chelsea masuk ke negara ini dengan tangan terbuka.

Apa punya Lahabaulah lu ni bang Mid? Tak da perasaan langsung ka? Atau dah buta sangat ka nak cari pasukan lain yang boleh mengelakkan kontrovesi. Kalau abg Mid tak minat nak bela Islam pun, janganlah cuba bermain api dengan mencurah petrol supaya lebih marak.

Sejak sekian lama, dah berapa banyak pasukan bola sepak dunia yang dibawa masuk oleh FAM ke negara ini. Tetapi semakin majukah atau semakin mundur bola sepak kita? Bukan marah bawa masuk team pro yang hebat, tetapi janganlah jadi dungu macam Kaldai tunggangan. Sebagai Menteri Dalam Negeri, abg Mid Songkok Tinggi tak boleh nak fikir mana baik atau buruknya apabila berkeras nak bawa masuk team tersebut.

Inilah manusia yang paling disukai syaitan dunia seperti Israel dan Amerika Syarikat, mereka mengambil kesempatan ke atas negara yang mereka tahu sensitif dengan perkara agama, tetapi dalam masa sama mereka sedar ada golongan JAHIL di kalangan pemerintah yang PASTI akan ikut telunjuk mereka dalam segala hal. Inilah masa mereka nak hancurkan Islam di Malaysia. Bermakna dengan sokongan bang Mid yang akan menguruskan visa, w/pun tak ada hubungan diplomatik dua ekor warga Isreal itu mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Dahlah kena bayar wang penampilan yang entah berapa juta? Sambut pasukan HARAM itu pula nanti mestilah dalam suasana meriah,....VIP lah katakan!

No comments: