Monday, April 28, 2008

RIBENA ada kandungan ARAK



BERITA TERKINI & TOLONG SEBARKAN....
BERITA SAHIH
- RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan
menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita
menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak
mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada
ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya ,selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka

sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan
rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan
dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label. "Kita
amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan
seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya," katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman
Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak
beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan
pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen
bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. "Sesetengah bahan perasa
mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya
pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami," katanya.


Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau,
tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima
perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

4 comments:

rizal_D.0 said...

Boleh saya tahu daripada sumber mana saudara dapat berita pasal RIBENA ni. Adakah Ribena Malaysia pun terlibat

Rendah diri said...

saya nak tau jgk air ribena kat malaysia terlibat juga ke mcm kat sana tu?

pirah lah said...

Terima kasih atas komen. Sebenarnya ana dapat dari sahabat via email. so ana postkan kat sini, memang ada pertimbangan dalam halal haram alkohol dan arak, cuma kita ragu-ragu apakah hukum sebenarnya. Ana takleh putuskan di sini.

cuma bila ana tau ada campuran arak dan jika rasa was-was, buat apa kita nak minum jugak. Banyak lagi minuman alternatif lain. sila rujuk di sini: http://www.halal.gov.my/index.php

Anonymous said...

http://www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=2732&a=U

jakim dah buat pengumuman di sini