Wednesday, April 30, 2008

ELEGI SEPI DAERAH TERPENCIL!


Bisukah Pemimpin Hulu Terengganu?

SEJAK sekian lama, semua rakyat Terengganu sedar akan kewujudan sebuah daerah terpencil di Terengganu. Walaupun dalam topografinya, ia merupakan satu kawasan (daerah) yang paling besar, namun jiwa pemimpin Umno Terengganu dalam memperkasakan pembangunan di daerah tersebut amat kecil.

Sinonim dengan namanya, Hulu Terengganu, ianya merupakan ‘elegi sepi’ daerah terpencil di Negeri tersohor, Terengganu.


Mungkin kita masih segar dengan tragedi kematian konglomerat terkenal era 90an, Tan Sri Dato’ Yahya yang terkorban dalam nahas helikopter di sempadan Tasik Kenyir. Hanya ketika eranya penulis merasakan daerah ini agak terkenal ke seantero Malaysia. Selain menjadi sahabat baik mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, usaha beliau memperkenalkan daerah ini, khususnya Tasik Kenyir wajar diberi sanjungan.

Segalanya itu akhirnya terkubur bersama jasadnya yang lebur, dan kini nama Hulu Terengganu kembali sepi. Perancangan pembangunan Tasik Kenyir semakin hanyut, sebagaimana hanyutnya batang kayu reput yang tiada nilai.

Lebih 50 tahun masyarakat hulu ‘dijajah’ pemikiran dan cara hidup yang ‘membelenggu’, namun kesetiaan sejati masyarakat di sini terhadap pemimpin dewa mereka, dalam konteks yang begitu jumud untuk berubah sebenarnya membawa rebah kepada status kolot mereka. Tidak hairanlah ramai pemimpin Amno di sini amat Berjaya. Walaupun tidak perlu bersusah payah membela nasih rakyat, mereka di Hulu Terengganu berada di zon selesa. Alangkah bertuahnya mereka. Peduli apa pada kesengsaraan? Arrrrghh..persetankanlah dengan perjuangan, apatah lagi dalam menegakkan Islam.

Inilah rupa sebuah daerah bernama Hulu. Sepatutnya, di sebalik keliling banjaran Timur yang indah itu kelompang pemikiran mereka tidak patut turut dibelenggu kegelapan. Tetapi saban pagi mereka membuka mata, hanya sekadar untuk menguap melepaskan sebak di dada, bukan untuk bersyukur dengan nikmat anugerah Allah yang masih memberikan nyawa dan sesungguhnya mereka masih berada dalam kalangan orang-orang Islam.

Begitu girang Tok-Tok Wakil di kawasan ini. Mereka hanya perlu risau ketika konflik perebutan penamaan untuk diisytiharkan sebagai calon sahaja. Dan jika nama mencadak naik, maka derita di lubang gelita sudah berakhir. Tidak gusar dengan pengundian? Langsung tidak memberikan kesan. Biarlah ada propaganda pihak pembangkang, biarlah ada kes yang mencemar diri, keluarga dan taulan, biar juga ada sabotaj sahabat yang terkecewa, namun YB tetap akan menang. Kenapa? Kerana mereka tahu siapa sebenarnya penduduk kampong mereka, dan apakah pegangan hakiki mereka.

Beruntunglah kamu wahai YB di Hulu Terengganu. Tetapi, malanglah nasib daerah ini yang saban waktu mengharapkan perubahan yang meyakinkan. Apa yang ada, dan jika kita bertanya kepada pakcik berusia 40 tahun, mereka akan berkata, “same je wook” (sama sahaja anakku). Bermakna sejak dulu dari kecil hingga kini daerah ini sama saja rupanya, tetap Hulu Terengganu.

Siapa YB di sini yang berani menyanggah kepimpinan untuk kemajuan? Hanya mementingkan ‘tangki’ keluarga mereka, itulah hakikat yang rakyat hulu terima. Oleh itu, perlu perubahan, yakinlah pada perjuangan suci PAS. ...bersambung...

No comments: