Sunday, May 4, 2008

DERIS RANGKA STRATEGI DI AUSTRALIA?


Berhasrat Menimbulkan kembali Kapal Yang Tengelam.

Mungkin tak ramai yang sedar bahawa dalam diam-diam serpihan kumpulan 22 yang menderhaka kepada Istana baru-baru ini 'bercuti' ke Negara Kanggaroo pada minggu lepas. Ada yang mengatakan mereka ke sana saja-saja makan angin. Tetapi tidak kurang juga yang kata mengatur strategi.

Kalau nak kata makan angin, yang pergi diberitakan kumpulan serpihan dari geng 22 yang menyokong Idris dahulu. Cuma yang tak ikut sama adalah mana-mana ADUN yang telah dilantik Exco oleh abg Mad Said. Kenapa ke Aussie?

Berkali-kali saya katakan bahawa senario politik BN di Terengganu semakin kalut, tetapi dalam situasi senyap. Sekiranya mahu berehat, tak salah ke Australia, tetapi pergerakan secara kumpulan (walaupun ada yang memawa famili)itu mungkin membawa pengertian yang tersembunyi. Masih marahkah Idris, Rosol, Din Adam serta kumpulan mereka pada abg Mad Said?

Percaturan politik Umno/BN di Terengganu semakin menarik. Dan hari ini, dengan perlantikan Dato' Tengku Putera Tg. Awang sebagai speaker dewan, memberikan kemenangan moral buat mantan MP Hulu Terengganu itu.

Namun, pada hemat saya, kumpulan Idris pasti merangka strategi, iaitu dengan memastikan semua orang-orangnya melawan mana-mana Ketua Bahagian yang menyokong Ahmad Said. Kerana samada by hood or by crook, mereka mesti gamble untuk servive politik mereka. Kalah atau menang : Lawan tetap lawan.

No comments: