Thursday, July 3, 2008

TAKZIAH BUAT KELUARGA SHAHRIAL



Bukti Kerajaan BN Lebih HINA daripada Syaitan.

SEBELUM penulis memanjang coretan rasa ini, marilah kita sama-sama menhgadiahkan Al-Fatihah buat allahyarhamah adik Aina Mardiah Shahrial yang meninggal dunia semalam akibat koma setelah terjatuh di rumahnya. Al-Fatihah!

Tidak dapat digambarkan bagaimana hancurnya perasaan sebuah keluarga yang sudah 7 tahun dihina dan didera secara fizikal dan mental oleh pihak kerajaan BN. Malah, penulis sendiri tidak dapat menahan sebab sebenarnya apabila membaca dan menulis artikel ini untuk tatapan semua. Jika selama ini ada manusia yang menitiskan air mata di atas kematian binatang peliharaan kesayangan mereka, inikan pula sebuah kematian yang menyayat hati daripada episod kecelakaan sebuah kerajaan KEBINATANGAN.

Kita merasa amat hairan dan begitu hampa dengan sistem birokrasi di sebuah negara yang melaungkan kebebasan bersuara dan demokrasi berpelembagaan. Jika benar Menteri KDN telah memberikan kebenaran keluar sejak jam 1.00 tengahari, kenapa Shahrial tidak boleh sampai ke hospital dalam tempoh sehingga anaknya meninggal dunia sekitar jam 6.30 petang?


Sebenarnya, pasukan cawangan khas yang menguruskan perjalanan Shahrial turut berkongsi dosa besar sehingga mereka gagal melaksanakan satu tugas yang amat penting dan kritikal. Apa alasan mereka? Atau semua skrip itu merupakan satu arahan daripada Bos Botak mereka sendiri? Ini amat menjengkelkan. Malah, ini juga merupakan satu skrip Syaitan bertopengkan manusia.

Jika jalanraya boleh dikosongkan dengan siren bagi membolehkan orang-orang ternama dan berpengaruh meluncur laju ke sesuatu destinasi, kenapa pihak polis tidak mampu menggunakan 'advantage' itu untuk menabur sedikit bakti kepada rakyat yang amat memerlukan? Atau pertarungan nyawa, hidup mati hanyalah secerbis mainan bagi golongan ini terhadap rakyat, yang mereka anggap terlalu hina? Banyak persoalan di sini, namun apa yang kita mampu buat.

Dalam pada rakyat sendiri dan masyarakat dunia mengutuk sistem perundangan dan keadilan negara di tahap paling rendah, wujud lagi di zaman serba moden ini satu kumpulan 'hati batu' seperti pasukan cawangan khas di bawah KDN ini. Memalukan!

Cukuplah menghina Shahrial dan keluarganya dengan tuduhan yang tidak jelas. Cukuplah mendera rakyat yang tidak berdosa, cukuplah melakukan kerja-kerja Iblis. Tapi, syaitan dan iblis mana ada masa yang cukup untuk mengira waktu, apa lagi jika mereka mahu membuat amal kebajikan.

Dalam saat sebuah keluarga menangisi tragedi anak mereka diambang maut, mereka terpaksa pula meratap memohon 'Ehsan'pihak tidak berakal itu agar dapat meredakan sedikit kesedihan dengan sekurang-kurangnya melihat kelibat ketua rumah yang paling disayangi, dan dirindui di sisi anak kesayangan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

KERAJAAN BN telah 7 tahun 'mematikan' Shahrial di KEMTA, sepatutnya insaf dengan kejadian keluarga ini. Namun, dengan jiwa kebinatangan, mereka sanggup pula 'mentalqinkan' anak Shahrial demi kononnya menghormati undang-undang negara. Tidak wujud langsung rasa belas. Malah, tidak terdetik di hati mereka ini akan pembalasan dosa dan pahala serta wujudnya Syurga dan Neraka.

Penulis tidak tahu lagi apa cara mahu mengambarkan bagaiamana hibanya sebuah keluarga yang dihina sebegitu rupa. Penghinaan itu dilakukan, mungkin disebabkan orang yang melaksanakan hukum songsang ini terlupa bahawa Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Semoga roh adik Aina Mardiah Shahrial diterima sebagai ahli syurga. Buat keluarga Shahrial, terus tabahkan hati dan percayalah sesuatu kejadian itu ada hikmahnya walau terlalu perit untuk ditelan. Bertawakallah kepadaNya, neschaya segala kebatilan akan dimusnahkan jua suatu hari nanti. Sesungguhnya pengorbanan ini tidak ternilai harganya. Allahuakbar!

No comments: