Thursday, July 10, 2008

PERALIHAN KUASA: BEGITU MUDAH?


Jun 2010 pasti dinanti

Akhirnya PM, Abdullah Badawi meredakan seketika tekanan terhadapnya selepas diasak secara berterusan oleh Team NeckJIB. Pelbagai reaksi diterima selepas beliau mengumumkan proses peralihan kuasa itu. Namun dalam kegembiraan, NeckJIB sebenarnya tidak bernafas lega. Ianya hanya disebabkan pengumuman Bodolah itu hanya 'cadangan' sahaja.

JANGAN HARAP: Cadangan Bodolah itu hanyalah retorik semata-mata. Siapa tidak kenal Bodolah Bodowi?? Hanya orang yang buta mata dan beku hati sahaja yang masih belum mengenali PM Malaysia ini. Beliau adalah 'Mr. Cool' paling licik, selicik belut yang amat laris di pasaran sekarang.

BEGITU MUDAH? Jangan haraplah NeckJIB. Dan Najibtantuya juga sedar era beliau dalam politik kotor BN semakin samar. Hanya orang hilang akal sahaja akan mengeluarkan kenyataan 'bodoh' seperti yang dilakukan oleh Pok Loh.

Strategi Bodolah semakin menekan NeckJIB, di mana dengan kenyataan itu, beliau sedar Najib akan semakin mengelabah dan tidak senang duduk. Mahyuddin Yassin tunggul kayu ke? Walaupun asakan Putera Raja Pencen dari Gua Musang Pupus tidak menyengat mana, namun skrip drama Korea Klasik ini semakin rumit dan menuju ke satu sad ending yang trajis.

Jangan kata 2010, penulis rasakan awal tahun depan atau pada pemilihan Umno nanti pasti berlaku kejutan lagi. Plotnya mirip Akademi Fantasia. Tetapi dalam Umno ia adalah 'Fuck To Sial'..hehehe! (maaf sebab terpaksa guna perkataan mcm tu).

Rakyat juga semakin muak apabila mendengar pengumuman kebudakan dari seorang PM yang tiada kredibiliti sebagai pemimpin. Elok jugalah serah kuasa pada 2010, hanya tinggal sedikit masa sahaja bagi NeckJIB melakukan persiapan pilihanraya ke-13. Pok Loh pun harap NeckJIB tak menang besar atau kalah terus, sebab lepas tu beliau pula yang akan mewarisi bakat Che Det. Apa lagi dia pun turut isytihar keluar Umno lah, sebab tak puas hati dengan NeckJIB dan Rosmah MANSUH tu!!!

No comments: