AHLI POLITIK PALING KEBAL DI DUNIA
TAHNIAH dan Syabas buat semua Wakil Rakyat BN, terutama yang memegang jawatan Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri Negara ini. Kenapa? Kerana mereka merupakan antara individu yang paling KEBAL di dunia. Kekebalan mereka itu mengalahkan sesiapa jua yang memegang jawatan yang sama di negara lain.
Namun, antara PM dan timbalannya, beliaulah paling berkuasa, kerana jika timbul percanggahan antara keduanya, maka TPM akan dikambing hitamkan sebagaimana nasib yang menimpa Anwar Ibrahim di era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jika tidak ada apa-apa perselisihan TPM juga akan dilindungi dengan kuasa kekebalan sebagaimana yang dinikmati oleh PM Malaysia. Itulah hakikatnya! Sebuah negara kecil di dunia, tetapi ahli politik pendokong dasar kerajaan memiliki kuasa yang paling besar....iaitu 'KEBAL'.
Di atas semua kekebalan yang dimiliki oleh PM & TPM serta Menteri Kabinet, malahan kroni mereka, rakyat sebenarnya telah tertipu sejak sekian lama. Rakyat terlalu taksub dengan sikap megampu sebenarnya menjadi golongan yang merosakkan sistem demokrasi di negara ini. Biar sehebat mana salah laku yang dilakukan oleh golongan itu, ianya tetap mendapat sokongan dan imuniti daripada rakyat marhein tadi. Akhirnya ia menjadi baeah yang sukar dibendung.
Kita tidak mengambil iktibar dengan apa jua senario politik yang berlaku di negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Di negara ini, PM atau Presiden juga mempunyai kuasa, namun mereka akan akur dengan tindakan undang-undang apabila disabitkan kesalahan. Mereka boleh disaman, direman, soal-siasat dan dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.
Kita jenguk di utara tanahair, Thailand. Bagaimana PM mereka mempunyai hati yang terbuka walaupun dilabel sebagai jahat atau kejam. Apabila dikenakan tuduhan, mereka akan disoal-siasat dan mesti mengikut arahan polis serta mahkamah untuk menghadiri perbicaraan sekiranya disabitkan kesalahan. Betapa hebatnya Samak, apabila dilakukan usul undi tidak percaya, beliau menerimanya dengan hati terbuka. Malah, masih mampu membuat kenyataan akhbar bahawa bersedia dengan usul tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada semua wakil di Parlimen untuk menentukannya.
Bagaimana pula di negara kita? Apabila dikenakan usul tidak percaya, PM bukan sahaja mengulas sinis tetapi ada pula pihak lain yang tidak bertanggungjawab cuba menghalang usul itu dibahaskan. PM Malaysia akan menggunakan semua saluran yang ada untuk menyelamatkannya. Bermakna tidak ada sesiapa yang berhak menyentuh PM dan TPM negara ini selain mereka sendiri yang melepaskan jawatan.
Kita terbang jauh sedikit dari kepompong pemimpin Asean. Jom kita ke USA dan Eropah. Di Amerika Syarikat (AS) Presiden yang paling jahat di dunia dan digelar Syaitan Dunia juga tidak mempunyai kekebalan sebagaimana PM di Malaysia. Semua Presiden AS terikat dengan undang-undang dan boleh didakwa pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga di Israel, anak Syaitan Dunia kepada AS. Pemimpin tertinggi mereka juga boleh disiasat dan didakwa jika mempunyai bukti atas sesuatu kesalahan. Jika bersalah mereka juga akan merengkok di penjara atau dilucutkan jawatan.
Penulis tidak mahu bandingkan dengan Jepun dan Korea, di mana pemimpin mereka mempunyai sifat HARAKIRI. Di sini, jika berlaku kecuaian yang melibatakan pegawai di bawah kementerian mereka melakukan kesalahan atau rasuah, Menteri yang terbabit akan melepaskan jawatan dengan 'Gentkleman'. Di negara kita? Bukan sahaja mereka tidak boleh didakwa, dihukum atau disiasat, sebaliknya tukang lapor hal kesalahan mereka yang terbabit akan 'dipadamkan' selama-lamanya. Samada pembuat laporan ditangkap, didakwa, atau dihukum, ada juga sesetengahnya dikenakan tahanan ISA yang tidak berperi kemanusiaan.
Sungguh hebat sesiapa jua yang menjadi Warga Pemimpin BN di Malaysia. Mereka begitu kebal mengalahkan kereta kebal buatan Yahudi atau AS. Mereka tidak kalis peluru dan lebih hebat daripada pemimpin Soviet Union. Dan mereka juga mempunyai alasan yang dikira logik juga untuk menipu Malaikat agaknya!
Fikir-fikirkanlah Rakyat Malaysia tercinta.
No comments:
Post a Comment