Wednesday, July 2, 2008

MENTERI KDN MACAM BUDAK TADIKA


Cakap tu pikir panjang sikit Abg Mad Songkok Tinggi

KENYATAAN Menteri yang jaga KDN, Hamid Albar (Abg Mad Songkok Tinggi) di TV3Suku semalam benar-benar menyerlahkan betapa bodohnya pemikiran dan ingatan para pemimpin Umno/BN yang menerajui negara kita tercinta ini. Beliau bercakap mengeluarkan kenyataan yang amat songsang, bagaikan tidak boleh membezakan mana yang betul dan yang 'auta'.

Mamat Songkok Tinggi lagi senget itu dengan bangganya mengatakan bahawa sudah menjadi tugas polis menyiasat segala laporan termasuk laporan yang dibuat terhadap DSAI. Tak payah ceritalah Tok Mad oiii...semua orang dah tau tuh. Tambahnya lagi, "mana ada di dunia ni polis menyiasat tanpa ada loporan?,".

Waaa...pandai gak dia nih berkata-kata ye!. Tapi sayangnya kata-kata itu macam burung tiong yang pandai bercakap tetapi tak tahu maksudnya. Malang sungguh kita dapat seorang Menteri KDN macam tu. Untung pula Bodolah dapat Tok Mad yang memang boleh dijadikan tukang karut yang bengap.

Saudara Tok Mad tau tak yang dia cakap tu adalah benda yang cucuk JU**R dia sendiri? Dengan bangga dan sombongnya dia kata macamtu, sedangkan dalam masa yang sama beribu laporan polis dari pihak pembangkang tidak disiasat oleh pihak polis dan BPR. Bukan Bumiputera Rokers...tapi Bodoh Punya RRRRRRRRR.

Mana ada seperti yang dikata oleh hang,..Tok Mad? Kenyataan yang mengatakan polis menyiasat semua laporan yang dibuat adalah merupakan satu penipuan semata-mata. Bohong, Fitnah, Angkuh dan Ego. Itulah rupa pemimpin Umno tak sedor diri ini. Mana ada siasat? Bukan kata nak siasat semua laporan salah laku pemimpin BN/Umno, orang curi rim sport kat umah aku pun tak selesai2 pun.

Mentaliti yang rendah dan tidak menghormati undang-undang demokrasi yang dicanang, membuatkan golongan BN semakin kurang ajar. Membuat kenyataan sesedap rasa, tak cukup rasa tambah dosa. tak cukup manis tambah fitnah, tak cukup masin tambah riak. Itulah kerja kamu wahai pemimpin Umno/BN.

Kalau dah nak auta tu, cakap jerlah lebih kurang macam ni ,"kalau ada laporan boleh menjatuhkan PR, kita akan arahkan polis dan BPR siasat SEGERA, kalau boleh tak kasi pihak berkenaan sempat makan dan buang ayor besar pun. Tapi jika ada laporan dari pembangkang yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan, jangan layan. Ambil jer laporan, than sumbat dalam tong sampah. Cari asam dan garam buat pekasam jer laporan tuh," kan Bang Mad Songkok tinggi.

Ingat ler....Sesungguhnya orang yang berlidah bercabang akan dilaknat oleh Allah SWT nanti.

4 comments:

Anak Kuala said...

hello.. cayalah pisau toreh.. gempak

pirah lah said...

terima kasih anakmuda...teruskan perjuangan ...Allahuakbar!

Anak Kuala said...

gunakan perkataan ALLAH utk mengutuk org. tak baik

pirah lah said...

Kadang-kadang manusia lupa mereka itu dijadikan oleh siapa?

Harap-harap saudara tak lupa asal usul saudara. Semua kejadian milik Allah. Takbir!