Friday, July 11, 2008

TAHNIAH TKO.fm


Saluran Radio Alternatif Semakin Hangat

TAHNIAH diucapkan kepada pengendali Radio TKO.fm yang telah bertungkus lumus menjayakan sebuah stesen radio alternatif bagi menyampaikan info buat pendokong reformis dan ahli Pakatan Rakyat serta masyarakat umum keseluruhannya.

Ia juga merupakan sebuah chanel radio alternatif Maya yang pertama di negara ini dan mungkin di dunia yang menjanjikan siaran bermaklumat dan telus. Pengendali siaran yang dikenali dengan Akhi GB (Gaban) merupakan seorang DJ paling popular dan telah menyediakan satu susunan rancangan yang bermutu. Ia termasuk juga siaran TV memaparkan siaran ceramah dan filem berkaitan dengan perjuangan Islam.

Tinjauan penulis mendapati, siaran radio itu mengalami waktu puncak ketika ke udara sekitar jam 10 - 12 malam. Malah dengan pembentukkan jawatankuasa kelab yang di Pengerusikan oleh YB_PMN dan Puteri Salsa sebagai setiausaha, merancakkan lagi agenda kelab serta mampu merancang aktiviti tahunan dengan lebih berkesan.

Radio ini juga menjadi medium alternatif bagi mengimbangi mana-mana saluran media elektronik arus perdana yang banyak menabur fitnah dalam menjayakan siaran mereka. Sekurang-kurangnya pecinta kebenaran mampu menarik nafas yang lega dengan wujudnya siaran radio ini.

Syabas diucapkan kepada radio TKO.fm dan saya mengalu-alukan penyertaan saudara semua sebagai sebahagian daripada ahli kami.

No comments: