Sunday, August 17, 2008

PERMATANG PAUH: BERAPA RAMAI HANTU AGAKNYA???


Melihat kepada sokongan dan sambutan yang diberikan oleh penyokong kuat PR kepada Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika penamaa calon baru-baru ini, jelas sekali BN/Umno terasa gerun yang amat sangat.

Masakan tidak, dengan kehadiran melebihi 50,000 orang penyokong PR di situ membuktikan Permatang Pauh bukan calang-calang tempat bagi PKR. Anwar dan Wan Azizah sebenarnya sudah sinonim di situ. Mereka mempunyai cerita tersendiri untuk menjadikan Permatang Pauh sebagai kubu kuat PKR.

Namun persoalannya sekarang, berapa ramaikah HANTU-HANTU yang akan menjelma di Permatang Pauh?? Mampukah Umno/BN menewaskan pengundi tulen dengan pengundi hantu di situ nanti?

Senerio lebih kurang sama dengan apa yang berlaku di Kelantan, di mana hantu-hantu import yang dibawa oleh BN/Umno untuk menakluki bumi Puteri Siti Wang Kembang itu gagal dilaksanakan.

Sebabnya amat mudah, kerana disebabkan rakyat sudah muak dengan sikap pemimpin BN/Umno yang telah memegang tampuk pemerintahan negara selama lebih 50 tahun. Mungkin banyak isu yang diketengahkah di Kelantan, namun ia masih belum cukup kuat untuk menumbangkan kepimpinan PAS yang sudah sinonim dengan kehidupan rakyat marhein di sana.

Tidak dapat dinafikan bahawa BN/Umno akan melakukan apa saja yang termampu di Permatang Pauh, asalkan mereka meraih kemenangan, walau hanya dengan perbezaan satu undi. Di sini adalah pertentangan maruah, dan masa depan parti masing-masing. Kedua-dua calon mewakili intipati perjuangan. Dan inilah masa membuktikan mereka masih relevan dan diterima rakyat.

Jika mahu dibandingkan dengan BN/Umno dalam menghadapi PKR, ianya tak ubah sebagaimana biasa; sebuah kerajaan yang menentang sebuah parti. Tetapi harus diingat, kemenangan tetap akan berpihak kepada PKR sekiranya 'mood' rakyat yang sentiasa membenci kerajaan dengan segala penipuan, korupsi, ugutan, dan penyelewengan. Manakala, BN/Umno pula tiada pilihan lain selain meraih undi secara peribadi dengan penduduk Permatang Pauh serta memohon bantuan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendafaftaran Negara (JPN) untuk meringankan beban.

Mungkin senarai baru daftar pemilih akan dikeluarkan sehari dua sebelum pengundian diadakan, yang pasti akan meresahkan PKR. Namun, mampukah BN/Umno menampung majoriti lebih 13 ribu pengundi agar memihak kepadanya?

Secara rambang, BN/Umno mungkin boleh mendabik dada dengan isu Liwat Anwar Ibrahim, ekoran sedikit bantuan Saiful Bukhari yang melakukan sumpah laknat. Pun begitu, adakah perancangan Umno/BN yang melakukan setiap 'serangan' yang hadir di setiap detik penting sebagaimana sumpah Saiful yang dilakukan sehari sebelum penamaan calon akan diterima bulat-bulat oleh rakyat Permatang Pauh?

Walaupun ditepis oleh pemimpin tertinggi Umno/BN dalam kes sebegini, ia merupakan retorik Umno dalam berpolitik. Satu kesilapan nyata, mereka terlalu ghairah mencipta gimik dalam menjatuhkan DSAI. Sedangkan semua perjalanan (skrip) cerita itu telah dibaca lebih awal oleh penganalisis politik dan juga masyarakat umum.

Cuba kita renung sejenak! Apakah Umno/BN mampu mengekalkan pengaruhnya tanpa mencipta sesuatu isu gempar? Rakyat amat mengharapkan Umno/BN menghadapi pilihanraya dengan telus dan bersih, namun sampai bilakah rakyat akan menanti?

Cuba pula kita terokai perjalanan pilihanraya di Permatang Pauh. Bagaimana agaknya nasib BN tanpa isu liwat DSAI. Apakah mereka mempunyai kekuatan dalam situasi rakyat menolak mereka secara total? Bagaimana pula taktik dan agenda mereka berhadapan dengan masyarakat sekira tiada isu panas. Gagahkah mereka (BN) atau terus sahaja longlai. Fikirkanlah!

Namun, bukan mudah rakyat menagih keikhlasan daripada BN yang amat terdesak memulihkan imej mereka di mata rakyat. Walaupun hampir lemas, BN/Umno mampu lagi menengelamkan perahu yang dinaiki orang lain, kerana prinsip 'lemas' bersama lebih baik daripada lemas keseorangan.

No comments: