Friday, August 29, 2008

KAKITANGAN AWAM: BONUS SEBULAN GAJI, MINIMA RM1000


Seramai 1.2 juta kakitangan awam di negara ini akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008.

Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.

Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus ialah pada 2006 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran.

Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

-- BERNAMA

2 comments:

cybernetics mind said...

menghargai ker...gula-gula Pak Lah..???? musykil....musykil

mcm mana pun syukur di atas segala rezeki yg dikurniakan Allah...

yb....ari ni jom kita buat survey berapa kerat rakyat Malaysia yg guna elektrik bawah RM20....hehehehe dan sudah semestinya kompemmmm rumah orang tuh tk der peti ais.

riuh rendoh... said...

taklah..cybernetics...just tempelkan stori jer