Guru-Guru Sakit Kepala Pikirkan PPSMI
Sesekali ingin juga berbicara pasal sekolah. Sebelum berceloteh panjang lebar, ana nak ucapkan tahniah kepada semua lepasan IPTA yang berjaya posting di sekolah masing-masing bermula 5 Ogos (hari ini). Kepada mereka selamat menempuh suasana cacar marba di alam persekolahan.
Buat masa ini, majoriti guru-guru yang mengajar PPSMI sakit kepala dengan pelbagai kursus dan pendekatan yang dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi 'mencerdikkan' guru-guru berkenaan agar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan sempurna. Maklumlah, perlaksanaan yang dibuat dulu hanya bincang kedai kopi. Setuju aja, terus laksanakan di sekolah tanpa memikirkan kesan langsung terhadap guru dan pelajar. Kalau bahasa kasarnya KPM tu buat pakai hentam jer...base bonggok!(Kata orang Terengganu).
Ana sendiri pernah mengajar PPSMI selama 4 tahun. Mengajar Sains dalam Bahasa Inggeris. Bukan nak ngajor sangat atau nak dapat 5% elaun, tetapi terpaksa mengajar akibat sudah tidak ada guru di sekolah itu masa itu untuk mengikuti kursus PPSMI. So, akhirnya tiba juga 'turn' saya yang hanya mendapat pangkat 9 dalam mata pelajaran BI dalam peperiksaan SPM.
Bayangkanlah, kalau dah BI - 9, macamana nak mengajar Sains dalam BI, sedangkan Kursus yang saya hadiri hanya dua minggu sahaja. Sedangkan Fasilitator yang handlle kursus pun dah diketahui latar belakannya , iaitu guru yang tak fasih berbahasa Inggeris.
Persoalannya bukan itu, tetapi kini bertiup kencang yang mengatakan pihak KPM sedang mencetak buku teks dalam versi Bahasa Melayu sepenuhnya. Bermakna, PPSMI bakal berkubur jua lah agaknya.
Berita ini tersebar luas di kalangan warga pendidik, yang mengatakan ada orang dalam bocorkan rahsia hal percetakkan buku tersebut. Jika benar, bermakna juga, pihak kerajaan Malaysia melalui KPM, memanglah bodoh dan membazir wang rakyat.
Dulu-dulu kalau ahli akademik menyarankan PPSMI dimasuhkan, pihak kerajaan tunjuk ego. Tak nak mengalah. Maklumlah mereka kerajaan yang tak sedor diri, siapa pilih mereka. Bila dah jadi Menteri, rasa diri macam Raja pulak. Raja pun mereka sanggah...huhuhu, itulah sikap banggang pemimpin BN.
Sekiranya dilaksanakan kembali pengajaran sains dan matematik dalam bahasa ibunda, cuba kita bayangkan berapa ratus juta pula duit rakyat yang akan hangus? Tidakkah duit itu boleh diselamatkan jika mereka membatalkan PPSMI di peringkat awal perlaksanaan. Sudahlah cetak buku versi baru PPSMI dibuat tergesa-gesa dan sehingga dua tiga bulan perlaksanaan tidak cukup buku, kini membazir lagi.
Nampaknya, KPM perlulah realistik. Jangan kerana ingin mengekalkan kuasa sebagai menteri, Hishamuddin mengadai maruah dan dasar KPM dengan menjadikan guru serta pelajar sebagai bahan eksperimen'. Malang sungguh nasib warga guru.
Turunlah! Baliklah! Berikan pula pada PR...berhentilah...wahai BN! Kamu hanya perosak bangsa sahaja.
Monday, August 4, 2008
BICARA TENTANG SEKOLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment