Wednesday, June 18, 2008

RAKYAT DI MATA PEMIMPIN BN

Evolusi Mengarut Era Pak Lah

SERONOK melihat sekoyong-koyong tubuh badan orang kampungku berbaris panjang semata-mata mahu mendapatkan RM165.00 Rebet minyak untuk sebuah motosikal. Bijak pula para pimpinan Umno/BN yang mencipta sedikit kelainan dalam 'menyusahkan' rakyat jelata.

Sudahlah harga minyak mahal, kerajaan tanpa belas mendera pula rakyatnya yang amat 'laparkan' duit bagi menyambung sara hidup biarpun untuk seketika waktu. Malang sungguh nasib rakyat yang hidup di negara bernama Malaysia ini. Jika difikirkan secara mendalam sudah ditakdirkan agaknya, makhluk yang bernama rakyat di mana jua adalah barang mainan kepada pemimpin yang zalim.


Terlalu banyak kepincangan berkaitan pemberian rebet minyak oleh pihak kerajaan. Selain keuntungan atas angin yang dikaut oleh syarikat ECM Libra milik Khairy JINmaluddin, rajyat kebanyakan dipaksa pula berbaris panjang bagaikan 'pengemis' di bumi sendiri demi mendapatkan seratus dua.


Lihatlah betapa sesaknya semua Pejabat Pos di seluruh negara 'diserbu' segenap lapisan masyarakat, menunjukkan betapa miskinnya rakyat di sebuah negara yang dilaungkan sebagai sebuah negara kaya dan makmur. Di mana letakknya muka para pemimpin BN dalam menghadapi situasi ini. Memang sejak dulu lagi dasar yang dibuat kerajaan banyak yang 'bodoh' dan menyusahkan rakyat. Perancangan dangkal merupakan kelemahan ketara barisan kepimpinan BN dalam merealisasikan sesuatu perkara.

Tidak terfikirkah pemimpin BN betapa susahnya rakyat di kampung-kampung yang terpaksa menghabiskan masa semata-mata untuk ke pekan atau bandar untuk mendapatkan rebet? Walaupun diberikan tempoh yang agak panjang untuk menuntut rebet, mereka sebenarnya tahu rakyat jelata tidak akan menunggu saat akhir bagi mendapatkan duit mereka disebabkan keperluan perbelanjaan harian yang mendesak. Ini bukan arahan membayar cukai, yang mana ramai yang akan berpusu-pusu di saat akhir.

Cuba kaji semula bagaimana pula golongan serdehana yang memiliki kereta melebihi kuasa 2.0CC. Mereka tidak akan mendapat rebet satu sen pun daripada pihak kerajaan, sedangkan mereka tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana yang hanya membeli kereta 'mewah' setelah 10 tahun dipakai oleh golongan elit. Manakala golongan elit pula yang membeli kereta berkuasa kuda di bawah 2.0CC pula berhak menerima rebet, sedangkan mereka mempunyai harta yang tidak habis untuk dimakan.

Adilkah sebegitu rupa? Cerdik atau tidak kerajaan BN kita? Ini menunjukkan perancangan yang dibuat bukan mengambil masa yang lama, tetapi sekadar dasar kedai kopi yang dilaksanakan oleh Menteri-Menteri Kabinet mengampu PM sebenarnya. Mereka memutuskan sesuatu perkara tanpa merujuk kepada kepentingan rakyat tetapi lebih kepada keperluan mendesak yang kononnya untuk rakyat.

2 comments:

kulatlapok said...

PISAU TOREH,

RASANYA SERONOK DAPAT DUIT TERMASUKLAH SAYA, TERPAKSA BERBARIS PANJANG UNTUK DAPATKAN RM625. LEPASLAH JUGA DUIT BELANJA MAKLUMLAH TENGAH BULAN.

RSANYA MACAM NAK UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH JE KEPADA PAKLAH SEBAB BAGI REBAT TU MASA KITA ORANG NI TENGAH KERING. TAPI MASA NI JELAH PAS TU BULAN DEPAN MULALAH KOREK LAIN.

TULAH YANG MULA HAMPEHH TU. RAKYAT SEMUA SENYUM TEERSENGGEH MACAM KERANG BUSUK BANGGA SESANGAT DAPAT DUIT DARI PAKLAH YANG MANA SEBENARNYA DUIT YANG DI BERI TU SEBENRNYA DUIT RAKYAT SENDIRI YANG DIGUNAKANNYA.

PS* HUK.. HUK.. TIPAH TERTIPU LAGI RUPANYA..!!

http:kulatlapok.blogspot.com

pirah lah said...

biasalah kulatlapok...ana lagi haru kete 2.2CC langsung tak rasa duit rebet. Gatal sangat beli kete buruk nak berlagak mewah..hehehe padan muka aku!