Thursday, June 26, 2008

NASIB ROSOL DAN CIKGU AWI


Ketua Penderhaka Hilang Wibawa & Bakal disingkirkan

BOS ‘penderhaka’ atau lebih dikenali sebagai ketua gang-22, Dato’ Rosol Wahid akhirnya mengangkat bendera putih sebagai tanda menyerah kalah kepada Speaker Dewan Negeri, YBM Dato’ Tengku Putera Tengku Awang (Kura) bagi perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu.

Kura, jika dimbas kembali merupakan ‘mantan’ guru kepada Rosol Wahid ketika beliau mula-mula menceburi dunia politik sepenuhnya sehingga dicalonkan sebagai ADUN Kawasan Ajil. Tetapi, sudah menjadi lumrah dunia bahawa memang ada anak murid yang selalu derhaka kepada gurunya demi mendapatkan sesuatu yang lebih. Oleh itu, tidak hairanlah jika selama ini sudah pandai menderhaka, maka Rosol tanpa segan silu pula melakukan perkara yang sama terhadap pihak Istana Terengganu.


Bukan kisah penderhakaan yang ingin penulis bicarakan, tetapi ianya berkaitan kekecewaan sebahagian besar penyokong Rosol Wahid, apabila mengetahui beliau mengangkat tangan tanda ‘surender’, dan tidak melawan ‘tokey’ dalam pemilihan parti yang dijangka diadakan bulan Disember nanti.

Pengakuan kalah tanpa bertanding ini merupakan satu tamparan bagi team beliau yang dilihat begitu bersemangat dan sudah bersedia melakukan ‘sesuatu’ menjelang pemilihan nanti.

“Saya telah menyatakan pendirian saya bahawa tidak akan bertanding dalam pemilihan sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu nanti. Oleh itu, saya berharap semua cawangan tidak mencalonkan saya untuk bertanding jawatan tersebut.

“Walaupun saya tahu ramai yang kecewa dan menaruh harapan penuh terhadap saya untuk bertanding melawan Kura, tetapi saya tetap dengan keputusan sebaliknya. Dan ini adalah muktamad,” katanya lagi.

Kenyataan itu bukan sahaja bernada mengalah, tetapi ia secara tidak langsung telah menyebabkan kem Rosol begitu suram. Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa kecewa di atas tindakan beliau itu.

Seorang AJK Bahagian yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, beliau begitu kecewa dengan sikap Rosol Wahid itu. Malah katanya, pendirian Rosol itu telah memberikan kemenangan moral kepada Kura. Katanya, jika benar keadaan sedemikian, maka Kura telah mendahului Rosol dengan 2-0, termasuk kes Menteri Besar Terengganu.

“Rosol sepatutnya turun menentang Kura. Beliau mendapat sokongan hampir keseluruhan cawangan di Hulu Terengganu, tetapi mengapa beliau mengaku kalah sebelum bertanding?,” katanya lagi.
Sementara itu kem ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail juga kelihatan murung apabila mendapat tahu bahawa Rosol tidak berani menentang Kura. Mereka anggap ini merupakan satu permulaan kepada titik noktah karier politik Rosol memandangkan Kura telah mempunyai perancangan licik menyingkirkan kumpulan derhaka daripada menjadi calon pada pilihanraya akan datang.

Menurut sumber dalaman Umno Bahagian Hulu Terengganu, Kura telah meracang strategi menyingkirkan Rosol Wahid sebagai ADUN Ajil. Nasib yang sama bakal diterima oleh ADUN Kuala Berang, Zawawi Ismail.

Walaupun pilihanraya masih jauh, Kura diberitakan akan meletakkan PA beliau, sebagai calon DUN Kuala Berang mengantikan Zawawi Ismail. Manakala beliau sendiri akan mengambil semula tapak lamanya di Telemong, sekaligus akan menyaksikan Exco Pertanian, Rozi Mamat ke Parlimen. Bagi Parlimen Hulu Terengganu, Cikgu Mohd Nor (penyandang) sedang diteliti kecondongannya ke arah mana. Walaupun diangkat sebagai calon oleh Rosol Wahid, Kura tidak ada masalah mencalonkannya semula jika Cikgu Mohd Nor sanggup berkompromi dengan beliau dalam segala hal. Jika sebaliknya, beliau juga dijangka kehilangan tampuk sebagai MP Hulu Terengganu.

Kecenderungan itu sudah mula nampak sekarang apabila isteri kepada PA beliau lebih dikenali ‘Din Botak’ telah mula bertukar sekolah dan mengajar di SMK Ajil. Sebelum ini beliau mengajar di SMK Putrajaya 4 tahun.

Tinjauan Buletin Online di sekitar bandar Kuala Berang, rata-rata ahli Umno mula mengulas dan membuat spekulasi masing-masing berkaitan masa depan beberapa ahli politik kesayangan mereka. Namun, di atas kelicikan politik, Kura dilihat mempunyai kelebihan semasa disebabkan kemampuannya menangani kemelut politik kampungan Rosol bersama teamnya.

Amat malang bagi Rosol Wahid yang begitu selesa di puncak kegemilangan karier politiknya, kini terpaksa pula berhadapan dengan saat-saat penyingkiran buat selama-lamanya.

No comments: