Monday, June 9, 2008

KERAJAAN NEGERI & MSN TAK PEKA TUNTUTAN AGAMA


Kompleks Canggih, Surau Haprak???

GONG BADAK- Memang tidak dinafikan ramai yang memuji keindahan senibina dua buah stadium di Kompleks sukan Gong Badak. Dua stadium itu adalah stadium utama dan stadium tertutup yang menelan belanja ratusan juta ringgit.

Namun, dalam keasyikan orang ramai membicarakan keindahan itu, pihak yang bertanggungjawab gagal menyediakan tempat beribadah (solat) yang sempurna di kawasan kompleks tersebut. Amat malang, satu kawasan paya yang dibangunkan dengan nilaian mencecah setengah billion ringgit dengan cahaya bergermelapan di waktu malam, tidak mempunyai surau yang canggih atau terbaik.


Tinjauan wartawan Buletin Online mendapati, keadaan surau di satadium utama dan kawasan bilik persalinan padang hoki dan boling padang amat menyedihkan. Suasana dalam tempat dinamakan surau itu amat kotor dan tidak terurus dengan sempurna sebagaimana mereka menguruskan venue dengan baik.

Seorang sukarelawan, Wan Mohd Syawali ketika ditemui selepas selesai solat asar kelmarin menyatakan kekesalannya di atas keadaan surau yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘teruk’ itu.

“Suasana dalam surau begitu menyedihkan. Lantai simen hanya dilapik dengan beberapa keping karpet dan tidak ada sejadah.

“Karpet yang memerangkap pasir pula kelihatan amat kotor dan berbau busuk. Namun, bagi umat Islam yang mahu melaksanakan solat, mereka terpaksa juga menggunakannya,” katanya kepada Buletin Online.

Rakannya berkata, sepatutnya pihak yang menguruskan kompleks tersebut mementingkan tempat beribadah melebihi keperluan lain di situ. Tetapi disebabkan bimbang akan mendapat malu yang tidak bertempat, mereka hanya mementingkan kawasan pertandingan sahaja berada dalam keadaan bersedia.

“Apa salahnya habiskan dua tiga ribu untuk makmurkan surau ini. Bagi kita umat Islam, perkara sebegini memang tidak masuk akal dan memalukan. Malah, jika pihak kerajaan negeri prihatin, sepatutnya di sini mesti dibuat sebuah mini masjid untuk kemudahan pengunjung dan atlet sukan, bukan hanya menjadikan stor bilik persalinan sebagai surau” katanya lagi.

No comments: