Tuesday, October 14, 2008

KENAPA TIDAK?

Era Najib, Semua Boleh Jadi...

Najib Tun Razak yang sinonim dengan HANTUTANTUYA dilaporkan sudah mula menunjukkan taringnya apabila mula mengeluarkan kenyataan angkuh berkaitan peralihan kuasa secara aman.

Beliau yang diasak media, dengan bangganya menyatakan bahawa jika Umno tidak mengikut kehendak akar umbi, maka akibatnya terjadilah nasib malang PRU12 baru-baru ini. Kenyataan beliau itu bermakna beliau telah menempelak Abdullah Badawi yang menunjukkan PM itu tidak diterima oleh ahli akar umbi. Dan peralihan kuasa itu merupakan satu jalan yang terbaik untuk menyelamatkan Umno.

Jika selama ini kita sering melihat wajah Najib yang tidak keruan ekoran spekulasi masa depannya dalam percaturan politik Umno, ditambah kekalutan dikaitkan dengan kes Altantuya, kini Najib menarik nafas lega.

Selepas menyaksikan semua Bahagian yang selesai bermesyuarat memberikan kredit kepadanya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara dan Umno. Apabila keadaan berkabus sudah berlalu, Najib tidak segan silu lagi menguntum senyum, sehingga kadang kala meleret-leret tidak seperti mana kita dapat lihat sebelum ini.

Pun begitu, jangkamasa sehingga Mac nanti masih terlalu lama dalam kalendar politik negara. Biarpun sudah diberikan lampu biru (hijau) oleh semua ahli dan kepimpinan tertinggi Umno berdasarkan pelan peralihan kuasa, Najib sebenarnya masih melalui mimpi ngeri.

Beban memikirkan status pemimpin agung Umno, sekaligus memaut gelaran Perdana Menteri Malaysia amat berat. Bukan memikul tanggungjawab, tetapi berat memikirkan apakah ianya akan berlaku sebagaimana yang dirancangkan. Biarpun perancangan rapi sudah dibuat oleh parti, namun kita masih mempunyai ketentuan Ilahi yang akan menentukan segala-galanya.

Lihat sahaja perlumbaan kereta di litar.Formula One (F1). Kita sering dihidangkan dengan aksi yang mendebarkan sehingga ke akhir perlumbaan. Dan dalam banyak siri perlumbaan yang diikuti, kita juga dihidangkan bagaimana babak menyakinkan seseorang pelumba yang begitu yakin menghabiskan perlumbaan, tetapi tidak kesampaiaan.

Perlumbaan antara Kimi Raikonen dan Michael Shumacer menjadi contoh terbaik. Di mana Kimi yang hanya beberapa meter mengapai kejayaan di podium utama dengan meninggalkan jauh Schumacer, akhirnya berputih mata akibat kerosakan mekanikal enjin Mclarennya betul-betul di hadapan garisan penamat. Akhirnya Schumacer yang ketinggalan jauh di belakang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan Kimi tidak mendapat apa-apa habuan pun.

Ia mungkin berbeza dalam arena politik. Namun, apa jua kemungkinan boleh berlaku, hanya kerana ketentuan Ilahi itu adalah muktamad.

Kita lupakan seketika perlumbaan F1 dan ketentuan Ilahi tadi. Cuba renungkan apa yang sedang berlaku dalam Umno masa kini. Dengan pelbagai kekalutan dan kecelaruan dalaman, prinsip Umno mampu berubah-rubah pada bila masa sahaja. Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan drama peralihan kuasa menjelang pertengahan 2010, ianya telah diubah lebih awal pada Mac depan. Sebelum diputuskan, adakah sesiapa di antara kita yang menyangka perkara itu akan berlaku?

...bersambung

No comments: