Saturday, October 11, 2008

CIKGU MAD NONG DAN PENYOKONG MAKIN TERASA BAHANG

Pemilihan Ketua Bahagian Hulu Terengganu yang bakal berlangsung tanggal 25 Oktober ini menyaksikan bahang ‘panas’ makin menyelubungi kem Cikgu Mad Nong (Mohd Nor Othman) Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Dengan Bahagian Hulu Terengganu tersenarai antara bahagian yang ‘terpanas’ dalam sesi pemilihan kali ini selain Bahagian Marang, Mad Nong dilihat semakin kelemasan dan hanyut dengan angan-angan beliau untuk mencabar Speaker Dewan Negeri Terengganu, iaitu mantan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tengku Putera Tengku Awang ( Ku Tera).


Orang kuat Exco Kerajaan Negeri, Rozi Mamat dilaporkan berkata, impian Mad Nong mengalahkan Ku Tera dalm pemilihan kali ini tampak kabur dan sukar terlaksana.

“Impian cikgu Mad Nong nampaknya bakal tinggal impian semata-mata. Jika sebelum pemilihan cawangan, ada penentang Ku Tera mengatakan beliau bakal tewas di tangan Mad Nong akibat rasa tidak puas hati, kini sebaliknya berlaku,” katanya lagi yang enggan mendedahkan nama kepada Buletin Online.

Kenyataan itu pada asasnya ada kebenarannya, di mana beberapa tindakan yang dilakukan oleh Ku Tera bagi memastikan kemenangan beliau semakin nyata. Dengan penyingkiran tiga orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian, termasuk setiausaha dan adik YB Zawawi Ismail sendiri, kini hampir melumpuhkan team ‘penentang’.

Manakala salah seorang wakil team Mad Nong pula dilaporkan berkata, mereka optimis dengan sokongan yang akan diberikan oleh perwakilan dalam mesyuarat agung nanti. Malah katanya, Mad Nong akan menang menerusi undi protes terhadap Ku Tera yang banyak melakukan sogokan kepada perwakilan.

“Kita tidak hairan dia (ku Tera) menang awal dalam pencalonan baru-baru ini. Banyak cawangan yang respon kepada kita bahawa mereka tak dapat buat apa-apa semasa mesyuarat cawangan di sebabkan kawasan panas dan dijangka mencalonkan Mad Nong telah dihadiri oleh Ku Tera sendiri.

“Malah paling memalukan, Ku Tera sendiri yang bertindak membilang undi pada setiap mesyuarat, bimbang ahli tidak memberika sokongan terhadapnya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilihan 25 Oktober nanti juga menyaksikan pertembungan dua sahabat karib, Rozi mamat dan bekas Exco rosol wahid bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Laluan Rozi dilihat amat cerah berdasarkan sikapnya yang ‘low profile’ dengan semua lapisan masyarakat di Hulu Terengganu. Manakala, Rosol pula semakin sukar ditemui akibat merajuk selepas krisis Umno Terengganu dulu dan lebih banyak mendiamkan diri daripada bertemu ahli.

Apa pun ramalan, keputusan muktamad adalah pada Sabtu depan dan jika Mad Nong tewas, bermakna team beliau termasuk Rosol, dan Cikgu Awi bolehlah menempah keranda untuk mengucapkan sayonara kepada politik Umno Hulu Terengganu.

No comments: