Thursday, October 2, 2008

KEMBALILAH BERJUANG...

1 Syawal kini berlalu sudah, namun perjuangan umat Islam untuk membebaskan kemelut sekularisma dan sistem kapitalis yang mencengkam masih terlalu jauh. Dengan manusia semakin hanyut dengan kebendaan dan saban hari mencipta pelbagai jenis dosa yang tampak bagaikan halal, dunia semakin tenggelam.

Negara kita yang tercinta, Malaysia turut tidak terlepas. Dalam keghairahan berjuta-juta umat Islam meraikan hari lebaran; hari kemenangan...mereka sebenarnya lupa akan erti 'kemenangan' sebenarnya.

Tiada erti kemenangan bagi pencinta Islam selagi daulah Islamiyah tidak tertegak di negara ini. Perayaan bukanlah kemenangan sebenar bagi umat, kerana kita mempunyai tugas dari Allah SWT untuk mentarbiyah seluruh umat di sini agar mencintai Islam. Menegakkan sebuah negara Islam. Dan meletakkan asaa-asas Islam sebagai pegagangan.

Kenapa umat Islam begitu taat menghabiskan sebulan berpuasa? Adakah suruhan melaksanakan puasa itu datang dari kitab lain, dan bukannya dari Al-Quran? Jika ianya daripada ayat-ayat kalamullah, mengapa pula manusia hanya akur dengan arahan itu sahaja? Sedangkan masih banyak ayat-ayat al-Quran yang lain yang ditegaskan untuk mewujudkan sebuah negara Islam dengan adil dan saksama?

Inilah lumrah manusia. Mereka lupa bahawa suatu hari mereka akan mengadap Allah SWT. Mereka juga lupa bagaimana untuk menuju jalan bersemuka dengan Allah SWT, mereka mestilah mempunyai banyak bekalan dan taat pada perintahnya. Lihat sahaja bagaimana seseorang pelancong asing yang mahu ke sesuatu destinasi. Jika mereka tidak mempunyai maklumat (guide) sudah tentu mereka akan tersesat dan gagal tiba ke destinasinya.

Begitu juga dengan kita. Jika tidak mempunyai bekalan, maka kita akan terus sesat untuk selamanya. Namun, manusia masih tetap ingkar seolah-olagh mereka lupa mereka ada pencipta. Ada tanggungjawab dan ada kerja yang perlu ditegakkan.

Jika mereka anggap aidilfitri sebagai hari kemenangan, ianya satu kesilapan besar. Kita masih belum menang jika tidak terlepas seksaan kubur. Tidak juga terlepas jika gagal dalam timbangan di akhirat, lantas gagal meniti titian siratumustaqim. Apatah lagi kita pasti belum merdeka jika terhumban ke neraka jahanam.

Bangkitlah umat Islam. Kumpulkan kekuatan untuk menghapuskan kedayusan. Percaya bahawa kita akan kembali dan meraih kemenangan di akhirat nanti...tentunya janji Allah Syurga Firdausi.

No comments: