Friday, January 2, 2009

BADUT Hashim RTM: Mempersendakan Solat Istiqarah

Asalamualaikum!


Nampaknya pengulas akhbar RTM setiap pagi, BADUT Hashim semakin dangkal dan menghala ke arah laluan kesesatan; yakni melencong dari ajaran Islam sebenar.

Dek kerana dendam kesumat dan ingin membuktikan bahawa beliau seorang pengulas akhbar yang terbaik dalam menjatuhkan Pas, maka beliau sanggup mempersendakan agama demi satu kepuasan. Sedangkan badut ini tidak sedar bahawa apa yang diulas itu kadang-kadang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Retorik ulasannya kadang-kala hanya memikirkan bahawa semua rakyat di negara ini adalah golongan umno yang fasik sahaja, tanpa memikirkan soal hati orang Islam lain.


Apabila beliau mempertikaikan Tuan Guru Abdul Hadi melakukan solat Istiqarah untuk mendapat petunjuk Allah swt dalam memilih calon Pas, Badut Hashim turut mempersendakan Allah swt itu sendiri.


Beliau lupa dan memang buta agama di mana dalam Islam sendiri dianjurkan melakukan solat Istiqarah ini jika mengalami sesuatu kebuntuan, dan menyerahkan segala ketentuan itu dengan mengadu kepada Allah swt. Rasulullah juga pernah bersabda;

Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."

Badut Hashim RTM juga mengulas bagaimana TGHA melakukan solat Istiqarah dan hanya dapat bayangan Mohd Abd. Wahid Endut sahaja. Dipersoalkannya kenapa tidak nampak muka Mustapa Ali, Wan Mutalib, Mahfuz Omar dan orang lain...

Apabila seseorang yang fasik memandai-mandai sangat mahu mengulas hal keagamaan, maka ianya tampak biadap dan kurang ajar sekali. Lupakan soal dosa pahala seketika, apa yang nak dinyatakan di sini adalah bagaimana beliau memperlihatkan imej sebenar RTM itu sendiri.

RTM soalah-olah menjadi satu tapak menyesatkan fikiran umat Islam di negara kita. Tidak ada alternatif untuk berubah dan semakin tidak matang apabila menjelang mana-mana pilihan raya di negara ini.

Malang sungguh Si Badut itu yang gagal menghayati erti solat Istiqarah itu sendiri akibat kejahilan dan kesungguhan untuk membuktikan beliau seorang pengulas hebat!

Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)

Jika perkara (soal agama) ini dipermainkan, tak hairanlah golongan Islam aliran ini juga merupakan penentang utama perlaksanaan HUDUD di Malaysia.

2 comments:

al-brangi said...

Usah kata solat Istikharah, solat fardhu yg lima pun lintang pukang.

yg tak tinggal solat idul fitri dan adha, tu pun sesetengah dtg ketika khutbah je.

dina said...

memang badut pun... aku yg bukan org PAS pun rasa marah! Tolong la jangan persendakan hukum Allah kalau ilmu di dada tak cukup... betul tak yob