Berita yang paling mengejutkan di sepanjang minggu lepas tidak lain adalah berkaitan tindakan nekad Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) kawasan Bota, Perak ‘melompat’ parti menyeberangi kem Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ia merupakan satu senario yang membuatkan semua pemimpin BN terutama daripada Umno terkejut dan tidak mempercayainya. Namun, sehingga setakat ini, ianya merupakan satu kesahihan di mana Datuk Nasaurudin Hashim ADUN Bota dari Umno secara rasminya menyertai PKR.
Bagi sesetengah penganalisis politik, tindakan itu merupakan satu tindakan berani dan bakal menjadi satu igauan buruk buat Umno-BN. Dalam keadaan BN mencanang waki rakyat PKR akan melompat parti ke BN, tiba-tiba sahaja perkara sebaliknya berlaku.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja DAP Cawangan Kampung Cina, Kuala Terengganu, Ng Chai Heng berkata, tindakan Nasarudin yang menyertai PKR itu dianggap sebagai satu ‘platform’ dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mempercepatkan proses penukaran senerio politik Negara.
“Tindakan itu merupakan satu berita gembira buat PR, memandangkan keyakinan yang diberikan oleh wakil rakyat Umno itu.
“Kita percaya tindakan yang dilakukan oleh beliau (Datuk Nasarudin) merupakan tindakan rasa tidak puashati kepada BN, dan masih ramai lagi yang akan mengikut jejak langkahnya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, katanya ini merupakan satu tindakan di mana sekumpulan pemimpin Umno yang tidak berpuas hati serta hilang keyakinan terhadap parti yang mana tidak mampu lagi untuk memimpin negara.
Malah, tindakan itu boleh dianggap tepat memandangkan BN dan Umno sudah tidak mampu mengukuhkan parti itu setelah berhadapan dengan pelbagai masalah yang melanda negara serta parti tidak berupaya untuk diselesaikan.
Tindakan Datuk Nasarudin itu juga memberi satu pukulan hebat kepada kepimpinan Umno Perak sehinggakan Pengerusinya Datuk Tajol Rosli terpaksa melepaskan jawatan yang disandangnya. Secara tidak langsung, fenomena ini akan memberi kelebihan kepada PR mengukuhkan pakatan mereka di Perak untuk terus menekan BN-Umno dalam kerajaan negeri.
1 comment:
teng kieww brooo..
Post a Comment