Thursday, February 26, 2009

Pas Terbuka Terima Sesiapa Sahaja Termasuk Sasterawan Negara

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) tidak menolak jika Datuk A Samad Said dan seniman yang lain terbuka hati menyertai Pas atau sekurang-kurangnya menunjukkan kebersamaannya dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Subjek Sains dan Matematik (PPSMI) sebenarnya telah menunjukan jalan kebersamaan itu. Walaupun Samad Said bukan ahli Pas tetapi beliau tetap berani untuk berdiri atas pentas Pas demi memperjuangkan kelansungan Bahasa Ibunda kita khususnya Bahasa Melayu.

Inilah pejuang Bahasa yang sejati kerana beliau tidak terbeli dengan apa jua agenda Politik walaupun disana ramai orang yang menganggapnya sudah bersama Pas.

Pemudawilayah mengaminkan anggapan yang dibuat oleh ramai pihak itu, dan memang kita harap beliau masuk Pas. Cuma buat masa ini, kami juga jelas pada pendirian beliau dan kita hormat jika beliau memilih untuk bersikap neutral dalam soal politik.

Tapi dalam soal Bahasa dan membantah PPSMI, pemudawilayah amat berharap agar beliau terus kuat untuk meneruskan perjuangan ini walaupun kita sedar banyak lagi cabaran yang bakal dilalui.

Slogan 'Pas untuk semua' sudah cukup untuk menyatakan kesediaan Pas untuk bersama sesiapa sahaja yang ingin berjuang untuk kepentingan rakyat dan negara ini keseluruhannya.

Dasar Islam yang menjadi Teras Pas merupakan satu kelebihan untuk mendekati semua kaum dan pelbagai peringkat masyarakat termasuklah kumpulan seniman seperti Samad Said.

Disitu juga jelas pada semua bahawa untuk bersama dengan Pas tidak semestinya menjadi ahli. Pas menyediakan ruang untuk mereka yang belum sedia jadi ahli menyertai Kelab Penyokong Pas atau boleh hadir bila-bila masa dalam program Pas seperti ceramah umum dan sebagainya.

Pas juga mempelawa mana-mana aktivis untuk tampil bersama di Pentas Pas seperti Samad Said untuk menyatakan pendirian mereka terhadap isu-isu rakyat yang tertindas dan juga memperjuangkan hak-hak rakyat yang kian terabai oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Politik hanyalah satu pilihan, namun perjuangan itu harus terus berjalan dimana jua pentasnya dimukimkan. Oleh itu, Pemudawilayah terbuka dalam soal perjuangan rakyat dan menerima segala saranan yang positif untuk kebaikkan rakyat.

Pemudawilayah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas kebersamaan yang ditunjukan oleh Samad Said, rakan-rakan seniman serta aktivis lainnya dalam menangani isu PPSMI ini.

Pemudawilayah juga tekad untuk turut bersama perjuangan Gabungan Membantah PPSMI (GMP) dan mengajak rakyat untuk turut hadir di himpunan menghantar memoranum bantahan PPSMI kepada DYMM Yang diPertuan Agong pada 7 Mac 2009 nanti.

1 comment:

umar_skyscooter said...

hai,nice blog n gud info,sye nak jemput tuan rumah ke blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,dan jgn lupe linkkan blog ni yer,ok thanks n bye