Meminjam tulisan sahabat saya untuk tatapan umum...harap apa yang diutarakan TGNA ada kewajarannya, memandangkan beliau seorang ulamak dan amat faham dengan situasi politik diskriminasi BN-Umno sejak kebelakangan ini;
Baca juga ini: Kerajaan Haram: TGNA
SEWAKTU ingin menemui Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penulis tidak menduga Menteri Besar Kelantan itu akan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akur kepada keputusan Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran DUN negeri itu dan sekaligus meminta Menteri Besarnnya meletakkan jawatan. Ingatkan jawapannya berbaur negatif, rupanya positif.
“Saya (dalam hati kecil) sebenarnya tak mahu ulas soal yang mengaitkan institusi raja ini, sebab (segala keputusannya) adalah hak dan kuasanya”, itu kata-kata hati Nik Aziz yang dapat dibaca daripasa pengamatan penulis yang mengenalinya begitu lama dalam bidang kewartawan ini.
“Sebenarnya saya akur dengan keputusan itu, itu hak dia. Tetapi persoalannya, kita kena kaji bagaimana bermulannya kisah sehingga Sultan boleh buat keputusan begitu. Kita kena cari dan kaji puncanya kejadian sebelum itu. Mesti ada perancangan pihak tertentu (merujuk kepada empat Adun Pakatan Rakyat Perak yang lompat parti dan hilang itu). Ini suatu perancangan jahat, tak habis-habis nak mengkhianati hak rakyat yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya baru-baru ini,” kata Nik Aziz membuka komennya walaupun pada mulannya keberatan.
Penulis sudah dapat mengagak itulah jawapannya apabila diminta pandangan atau follow up berita yang menyentuh institusi raja. Penulis faham benar. Apapun jawapannya, yang disiarkan sepenuhnya dalam Web Bernama seperti yang dilaporkan itu, dapat meredakan sedikit sebanyak ketegangan apa yang disifatkan pergolakan dalam politik negara, khasnya di Perak.
Bagaimanapun, di celah-celah jawapan cool beliau itu terselit suatu amaran keras kepada pemimpin parti politik yang tidak ikhlas dalam perjuangan iaitu mereka yang menafikan hak rakyat sebagai peragut, pencuri politik milik rakyat yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya ke-12 lalu, di mana menyerahkan kepada Pakatan mentadbir negeri itu di bawah pimpinan Menteri Besar dari Pas, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Jika Ketua Pemuda DAP , Loke Siew Fook, menyifatkan mereka yang menolak keputusan rakyat dalam pilihan raya umum lalu sebagai “perompak politik”, maka Nik Aziz pula menyifatkannya sebagai “peragut hak rakyat”. Justeru itu Loke mahu DUN Perak dibubarkan untuk memberi mandat semula kepada rakyat bagi menentukan kerajaan yang mereka mahu.
Nik Aziz pula dalam temubual penulis menuduh dalang yang menumbangkan kerajaan itu sebagai tidak mengamalkan dasar demokrasi yang tulen. Katanya, “usahkan nak jaga Islam, nak jaga demokrasipun tak boleh diharap”.
“Ingat, orang ini zalim, tak kira pangkat, titih. Dan mereka yang zalim akan menerima tindakan (balasan) dari Allah Subhanahu Wataala. Cuba kita tengok, JW Bush, seorang pemimpin kuasa besar dunia boleh jatuh bersama parti demokratnya dan diaibkan pula oleh seorang wartawan dengan menerima balingan kasut”
Hati penulis terdetik, inilah mesej yang hendak disampaikan Mursyidul Am Pas itu tentang apa yang menjadi dendam kesumatnya untuk menjelaskan kepada umum berhubung dengan isu politik mutakhir ini.
Tetapi cara pendekatan yang Nik Aziz sampaikan kepada penulis berhubung isu itu amat sederhana dan berkesan dan patutlah ramai beranggapan cara MB Kelantan berpolitik lain dari yang lain, malah ada yang menyebut Nik Aziz bijak berpolitik tidak seperti sesetengah pemimpin Pas lain. Inilah kelebihan yang ada pada pemimpin politik bergelar ulama ini dan tidak hairanlah juga mengapa ramai kalangan cendikiawan dan kakitangan kanan kerajaan memenuhi ruang tapak kuliahnya di Dataran Ilmu (depan ibu pejabat Pas Negeri) setiap pagi Jumaat walaupun dalam keadaan tersorot-sorot.
Mungkin dengan kelebihan yang ada padanya itulah menyebabkan Nik Aziz berjaya melakar sejarah dapat mentadbir negeri Kelantan sehingga lebih 18 tahun, mengatasi rekod kerajaan negeri sebelum ini yang diperintah oleh BN atau Perikatan.
Allahu Akbar.
dari Nasir Hassan
http://www.riuhrendoh.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment