Monday, February 9, 2009

Minggu Penuh Penghinaan Buat Umno?

Minggu lepas insiden penuh memalukan berlaku di Perak, ekoran 'rampasan' kuasa daripada pihak BN yang telah 'berjaya' menubuhkan kerajaan di sana. Walaupun dengan penuh keraguan, TPM, Najib telah mengumumkan sebuah kerajaan negeri yang baru biarpun tidak mengikut prosedur sewajarnya, dan hanya bergantung kepada 'sokongan' Istana.

Minggu ini, satu lagi kes mengemparkan apabila ADUN Bukit Selambau, Kedah turut meletakkan semua jawatannya sebagai ADUN serta Exco kerajaan negeri. Beliau yang merupakan calon bebas semasa PRU12, telah dilantik sebagai Exco selepas 'join' PKR. Namun, pendedhan beliau yang mengatakan tekanan berterusan daripada BN yang memeras ugut dirinya, keluaega serta pegawai merupakan satu pendedahan mengejutkan serta satu perkara amat hina dilakukan oleh pihak BN.

lihat di sini

Malangnya, apakah tindakan SPRM yang begitu lantang terhadap kes sebegini? Mana intergriti pihak Polis dan SPRM? Inilaha antara wadah yang menjadikan rakyat semakin memencilkan BN-Umno. Biarpun mereka melaungkan sokongan rakyat bertambah, namun senaliknya mereka kini dihina dan dipingirkan oleh masyarakat majmuk negara kita.

2 comments:

timangbanjar said...

Ugutan bunuh dan rasuah wang digalakkan oleh sultan Perak itulah sebabnya terjadi dan akan terjadi lagi.

lim said...

hindu pun ada maruah hingga tak sanggup untuk di jual ni apa gelap mata bila ditawarkan.maruah yb bkt selambau lebih mulia dari 3 ekor katak.MARUAH bukan untuk dijual beli...