Saturday, July 5, 2008

BRAVO NECKJIB....SERAH DIRI PADA ALLAH!


Usaha Terdesak Raih Simpati

TAHNIAH TPM, Dato' Najib Tun Razak apabila dengan berani menyerahkan nasibnya kepada Allah SWT. Sesungguhnya itulah tawakkal bagi seseorang dilihat terdesak mempertahankan diri dari diasak di segenap penjuru berkaitan kes pembunuhan al-Hantuya.

"Saya serahkan kepada Allah untuk menentukannya. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Silap-silap bukan mendapat balasan di akhirat, tetapi di atas dunia ini lagi Allah akan membalasnya," ujar TPM dengan muka penuh gabra.

Kenapa baru sekarang Najib menyerahkan nasibnya kepada Allah SWT? Sedangkan sebelum ini beliau juga turut ditohmah dengan pelbagai tuduhan yang boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai orang nombor dua negara.

Adakah kerana situasi sekarang tidak lagi menyebelahi beliau, dan akauntabiliti sebagai seorang TPM sudah tergugat? Mungkin ada kebenarannya. Abdullah Badawi selaku Pm maybe sudah mual dengan Najib, yang dianggap TPM yang paling banyak kes memalukan dalam sejarah negara.

Bukan tidak menyokong NeckJIB, tetapi Bodolah sedar jika beliau terlalu mempertahankan Najib, maka kedudukannya juga akan terancam. Oleh itu, beliau mengambil sikap lepas tangan dan memerhati sahaja. Mungkin juga Pak Lah sudah memberi kata dua kepada Najib agar menyelesaikan masalah dalaman itu dengan segera atau disingkirkan daripada team beliau.

Mengapa Bodolah berani berbuat demikian, sedangkan suatu ketika dulu beliau amat takut dengan pengaruh Najib. Sifirnya mudah sahaja, Pak Lah sedang melihat Najib dalam keadaan lemas sekarang. So, kalau dia 'sound' NeckJIB sekalipun, beliau tidak akan tergugat berdasarkan keadaan Najib yang memerlukan banyak masa beliau untuk mempertahankan diri daripada tuduhan. Masa untuk memperkemaskan jentera menentang Pak Lah sudah sedikit terabai.

Walaupun rakyat dihidangkan kenyataan terbuka sokongan Bodolah kepada Najib, ia tak lebih daripada lakonan semata-mata. Tersirat sebenarnya, Pak Lah lebih suka melihat Najib terus diasak dari segenap sudut agar kedudukan beliau dan keluarganya terus kukuh. Bermakna perhatian melampau kepada Najib dan isterinya amat menguntungkan Bodolah. Ia seperti perjudian. Pemilik kasino selalunya menang, biarpun penjudi yang hadir itu seorang profesional. Dalam hal ini, Pak Lah adalah tauke Kasino itu.

Dalam tangan, Bodolah mempunyai dua peluru. Sebiji untuk NeckJIB, dan satu lagi untuk Nuar Brahim. Tapi awas! Kadang-kala ada juga peluru yang tidak meletup dan akhirnya makan tuan.

Kembali kepada Najib...sekadar nak ingatkan sahaja. Jangan hanya menyerah diri kepada Allah dalam soal ini sahaja. Lupakah bahawa maruah keluarga juga menjadi tugas kepala keluarga untuk menjaganya. Tarbiyahkanlah dulu isterimu Najib sebelum bibir dibasahi zikir kepada Allah SWT.

Kita sama-sama lihat.

2 comments:

Mat Komando said...

den mmg harap beno apo yg dio cakop tu nyato....
huhu....
jgn kno kat batang idong sudehhh....

hehe..

pirah lah said...

batang idung sapo mat komando weiii???